Salah satu sayap dalam Umno Malaysia ialah Puteri Umno Malaysia.Hebatnya mereka ini dalam gerak kerja membantu Umno tidak dinafikan.
Namun tenang air bukan tiada gelodak.Perebutan kuasa dalam puteri terlalu jelas kelihatan namun Ketua Puteri mengambil sikap pejam mata.Mengapa YB Mas hanya berdiam diri? Adakah beliau merestui perkara tersebut atau memilih kronisme dalam menyusun atur memastikan kedudukan beliau kukuh?
Dimana Puteri bila Presiden Umno diserang luar dalam?
Penerangan Puteri lesu dalam menangani isu yang membabitkan Presiden.Dimana peranan biro media mereka? Difahamkan "team media" diletakkan dibawah satu biro iaitu biro ICT dan diketuai oleh Yb Dato Sabrina Mohd Noor yang hanya AJK Lantikan.
Dimana letaknya sdr Mimie Harianie yang sepatutnya mengepalai "team media" Puteri? Apakah sdri Mimie yang menang dalam pertandingan merebut jawatan perlu akur kepada Yb Sabrina?
Disini perlunya Yb Mas bertindak bijak.Dua biro yg berlainan seharusnya tidak disatukan kerana tugasan yang berlainan.Mana nilai undi kepada yang menang tapi terpaksa tunduk kepada yang kalah?Atau ada unsur kronisme ketara dalam Puteri?
Yb Mas perlu buat rombakan semula dengan memisahkan biro dan siapa yang mengepalai biro tersebut secara total.Ini amat penting agar setiap biro berkesan dalam menangani setiap isu yang membabitkan Umno.
Tidak mudah untuk penerangan Puteri bergerak jika terikat dengan biro lain.Wajarlah rombakan dibuat oleh Ketua Puteri dalam isu ini.Beri kepercayaan kepada yang layak bukan atas dasar "kenyit mata".
Moga Penerangan Puteri akan lebih mantap dengan rombakan dan nafas baru.
No comments:
Post a Comment