Sunday, 16 August 2015

Komplot Jatuhkan Perdana Menteri...Siapa Terlibat???

Sejarah mengajar bahawa UMNO pernah terbahagi kepada 2team akibat perebutan kuasa satu masa dulu.

Kini ianya seolah berlaku semula.Dikala Dato Sri Najib diserang oleh pembangkang yang menggunakan media luar ada pihak dalam Umno sendiri mengambil peluang menangguk.

Dikejutkan dengan dakwaan oleh Dato Seri Zahid Hamidi yang mengatakan ada komplot tertentu yang sedang licik dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.Enggan mengulas lanjut tentang pembongkaran itu Zahid bertegas tidak akan membiar perkara itu berlaku.

Dimanakah nilai kesetiaan dalam Umno kini?Amat mudah menghukum Presiden Umno dengan hanya mendengar cerita.
Apa yang terjadi kini ialah perpecahan antara penyokong Umno sendiri.

Ditambah dengan aksi 'tikam belakang' oleh sesetengah pemimpin yang rakus untuk berkuasa.Menggunakan isu 'derma' terus terusan serangan dibuat sedangkan SPRM sendiri telah mengesahkan tiada unsur rasuah.

Apa yang penulis lihat kini pemimpin yang digugurkan menggunakan platform yang salah dalam menentang Presiden Umno.Walau kenyataan menyebut sayangkan Umno namun ia tidak selari dengan sikap.

Hanya berani konon mendedahkan rahsia setelah tiada jawatan.Bagi penulis ini adalah tindakan bacul.Disokong pula oleh opportunis politik yang hanya akan menyokong bila ada berkepentingan dalam karier politik keadaan menjadi buruk.

Pembangkang kini mampu tersenyum lebar kerana tugas mereka telah diambil alih oleh MUSANG dalam Umno.Tanpa perlu mencipta persepsi buruk terhadap pemimpin lagi kini mereka hanya menunggu peluang untuk merealisasikan impian ke Putrajaya.

Apakah MUSANG akan terus berbulu ayam dalam UMNO?Diharap tindakan tegas akan diambil oleh Presiden.

No comments:

Post a Comment