Terkejut bukan?
Kalau melihat pada tajuk tersebut, apa maknanya? Apakah ada hubungkait antara Muhyiddin dan Claire melalui anak perempuannya atau ada hubungan perniagaan antara anak perempuan Muhyiddin dengan Claire melalui menantu baru muhyiddin atau Muhyiddin sebagai ejen Claire?
Pelbagai persoalan timbul disebalik tajuk yang tertera. Yang penting, wujudkah hubungkait tersebut seperti yang sedang hangat dipekatakan di kedai kopi di London?
Antara percaya ataupun tidak.
Renungkan kisah Abdullah ibn Ubai. Bapa munafik yang cukup terkenal namanya di zaman Nabi saw dan Allah kekalkan nama beliau hingga kiamat untuk seluruh manusia melihat bagaimana watak manusia yang hampir-hampir menghancurkan usaha Nabi saw dan Sahabat r.a untuk sebarkan Islam.
Di hadapan Nabi saw dan Sahabat beliau sanggup berbai’ah, berjanji setia akan pertahankan Nabi saw dan ajaran yang dibawanya. Malah berikrar akan terus menyokong Sahabat-sahabat r.a yang bakal menggantikan kepimpinan Nabi saw kelak.
Namun akhirnya Allah tunjuk juga di penghujung penipuan beliau. Saat ingin ke Perang Badar. Apa kata bapa munafik ini? “Maafkan saya ya Nabi Allah, tamar sudah masa untuk menuai dan keluarga tiada siapa yang akan jaga..” begitulah alasan beliau kepada Nabi saw di saat jentera perang sudah mula bergerak ke luar dari Madinah.
Bukan sekadar alasan untuk diri sendiri, tetapi beliau juga mulakan gerakan menghasut supaya jangan sertai Nabi saw dan sahabat yang lain ke medan perang kerana maut menunggu dan tidak mungkin akan menang untuk bertempur dengan tentera dari Mekah (tentera kuffar).
Tidak berhenti dengan alasan itu sahaja, Abdullah ibn Ubai berusaha meracuni warga Madinah dengan satu tujuan iaitu Nabi saw tidak akan mendapat sokongan dan bantuan dari warga Madinah itu sendiri. Ini bakal mencalarkan nama baik Muhammad saw yang terkenal di tanah Jazirah dengan gelaran Al-Amin.
Ada hubungkaitkah Abdullah Ibn Ubai dan Muhyiddin?
Anda fikir sendiri. Sebagai orang No 2 di dalam Kerajaan Pusat dan juga di dalam parti UMNO, sukarkah beliau untuk berbincang dengan Najib? Presiden, Perdana Menteri dan juga sahabat baiknya sejak dahulu?
Usah terlalu berlagak alim bila kita di posisi yang tiada alasan langsung untuk bertemu dengan No 1.
Bolehkah Muhyiddin jelaskan soalan dari coffee house London ini:
1. Benarkah projek Bistari Net YTL ada memberi Sub projek kepada sebuah syarikat di London yang dikatakan milik Claire dan Anak perempuan Muhyiddin? Nilai projek USD250juta?
2. Melalui syarikat yang sama, mereka ada buat usahasama di dalam projek pembangunan hartanah di Johor dengan Tong tokey The Edge?
Angin di Kota London agak sejuk ngilu. Mohon pencerahan kerana sudah agak riuh di sana. Kalau jawapan dari Muhyiddin tidak memuaskan apakah kita akan terus bertanya?
No comments:
Post a Comment