Friday, 4 September 2015

Khianat..Antara Maruah Dan Kuasa..Barisan Nasional Hilang Kerusi.

Apakah pengajaran dalam Pru13 tidak cukup mematangkan Umno untuk menghadapi Pru14?Dengan pola undian bandar berbeza dengan luar bandar seharusnya menggusarkan Barisan Nasional.

Adakah hanya Umno sahaja yang perlu bekerja keras memastikan kemenangan BN pada setiap pilihanraya? Jelas menampakkan parti komponen seperti enau melepas pucuk bila ditebak persoalan begini.Kemana hilang semangat Barisan Nasional kini.

Pemuda Barisan Nasional juga tenggelam dalam arus perdana politik Malaysia.Nyata hanya berkehendak tenaga Pemuda Umno dalam memastikan kemenangan.Ini sesuatu yang lazim terjadi andai calon adalah dari parti komponen dan majoriti dikawasan itu dikuasai Melayu.

Sampai bila mentaliti ini harus berada dalam Barisan Nasional.Kerjasama erat sepatutnya ditunjukkan dalam mendepani apa juga isu nasional.Hingga kini tidak diperlihatkan Pemuda MCA mahupun Pemuda MIC membantu menangkis serangan serangan pembangkang terhadap Barisan Nasional.Malahan Ketua Pemuda MCA bersemangat untuk merelakan ahli MCA menyertai himpunan Bersih 4.0

Ini sesuatu yang memalukan dalam ikatan Barisan Nasional.Pemuda MIC pula hilang suara dek kemelut perebutan Presiden.Jadi apa rasional mereka didalam Barisan Nasional?Gerakan juga hampir menjadi parti tumpangan sahaja tanpa peduli apa yang menimpa masyarakat di P.Pinang.Hanya yang mereka mahu jawatan Ketua Menteri.

Dimana nilai Umno kepada mereka kini.Sudahlah Ketua Pemuda Umno tidak berfungsi seperti sepatutnya.Apa peluang untuk Barisan Nasional memenangi PRU14?
Nampaknya Barisan Nasional bersedia untuk merasa empuknya kerusi pembangkang.

Usah nanti yang tinggal dalam Barisan Nasional hanya Umno serta komponen dari Sarawak dan Sabah kerana komponen lain tidak sanggup jadi pembangkang.Hanya mahukan kuasa maka akan setia tapi bila hilang kuasa mereka lari.

Ingatlah bukan Umno sahaja dalam Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia bukan mewakili satu parti sahaja tapi Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment