Thursday, 3 September 2015

Transformasi Umno Beranikah Najib?

Berbincang tentang Umno pastinya menggamit seribu satu kenangan.Bermula dari zaman Dato Onn beralih kepada Tunku Abd Rahman parti ini tidak pernah sunyi dari dilanda kontroversi.

Zaman peralihan kolonial kepada Kemerdekaan walau bermula lebih awal namun Umno adalah parti yang merealisasikannya.Hanya mereka yang buta sejarah akan menafikan semua itu.

Setiap Presiden Umno pastinya mahukan yang terbaik buat ahlinya.Namun kebelakangan ini Semangat Melayu dalam Umno seolah luntur dibawa zaman kemodenan dan zaman menjadikan Umno sebagai lubuk menghasilkan kewangan.Mengapa ini terjadi ketika Presiden melaungkan Umno sebagai wadah Melayu untuk berjuang.

Kepentingan orang Melayu kini dilihat terjejas kerana keengganan sesetengah pemimpin memupuk semangat Melayu.Pada mereka adalah lebih baik memikirkan bagaimana mendapat laba dari kedudukan dalam Umno.Masyarakat Melayu memandang ini sebagai kegagalan Umno dalam membela kepentingan Melayu.

Dato Sri Najib sebaiknya mulakan satu transformasi untuk mendapatkan semula kepercayaan Melayu.Apa yang kebanyakan ahli Umno ingin lihat Najib sebagai seorang Presiden yang tegas dalam melaksanakan janji untuk menjaga orang Melayu serta kepentingan Melayu.

Dalam usaha mengembalikan kepercayaan ahli Umno Dato Sri Najib juga haruslah tidak teragak agak untuk melakukan pemutihan dalam Umno.Sesiapa juga yang menjadi beban dalam Umno perlu disingkirkan secara terhormat.Mereka juga terikat kepada ikrar taat setia kepada pemimpin dan Presiden Umno.Jika ada yang tidak lagi mampu untuk berbuat sebagaiman ikrar sebaiknya berundur.Transformasi ini hendaklah dilaksanakan sebelum PRU14.

No comments:

Post a Comment