Wednesday, 2 September 2015

Najib...Antara Mitos Dan Realiti..Rakyat Memerhati

Berubah Atau Rebah..Najib Harus Berani Dan Tegas Atas Kepincangan Umno

Disaat kelihatan sokongan rakyat semakin terhakis apa yang menjadi persoalan adakah Dato Sri Najib akan transformasikan ucapan beliau untuk menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Dihimpit dengan isu GST dan kajian pendapatan isi rumah yang kelihatan tidak seimbang dengan apa yang ditampal didada akhbar rakyat mula berasa gelisah.Apa yang dikesalkan ada dikalangan kabinet seolah tidak menghiraukan rintihan ini dan dengan bangga terus mengatakan bahawa ekonomi terkawal.Dengan kejatuhan ringgit disertai propaganda pembangkang..Najib serta kabinetnya kelihatan lemah dalam menangani perkara tersebut.Segala tindakan penerangan hanya selepas kerosakan imej terjadi.

Apa sebenarnya strategi Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak buruk seperti digemburkan.Adakah Najib masih relevan untuk memimpin Malaysia dan Barisan Nasional untuk Pru14?

Diburukkan lagi dengan krisis dalaman Umno bila Timbalan beliau seperti tidak sehaluan dan membawa bersama pengikutnya.Mampukah Najib bertahan dalam Umno.Ditambah dengan keengganan sesetengah ketua bahagian menyatakan sokongan terhadap beliau amat mencalarkan reputasi seorang presiden.

Dimana nilai seorang pemimpin yang berjiwa besar andai rakyat tidak didahulukan sepertimana tercatat dalam menifesto BN semasa Pru13?Rakyat sebenarnya memerhati dan menanti masa sesuai untuk mengajar Najib
serta kabinetnya erti kepayahan.Maka berbondonglah pemimpin dalam Umno akan buat pusingan berbalik dari menyokong Najib kepada mengikut arus rakyat.

Kepada siapa lagi mampu rakyat berharap untuk berlindung dalam menghadapi isu isu yang melanda.Adakah pengganti Najib mampu melaksanakannya atau rakyat telah bersedia memberi wajah baru kerajaan Malaysia?

Adakah jaminan bahawa hak Melayu akan dipertahankan oleh Umno dan Najib dan dalam masa sama menjaga kepentingan yang lain.Kuasa rakyat dalam pilihanraya usah dipandang ringan kerana merekalah penentu kerajaan yang diingini.
Dato Sri Najib harus memandang serius perkara ini atau bersedia kehilangan undi rakyat.

No comments:

Post a Comment