MCA menerusi Presidennya Liow Tiong Lai meminta untuk bertemu Dato Sri Najib untuk mendesak agar perhimpunan rakyat bersatu tidak lagi diadakan dimasa depan.
Menurut MCA perhimpunan itu hanya menyuburkan perbezaan kaum di Malaysia.Menjadi persoalan mengapa bila Bersih dari siri 1 hingga 4 tidak kedengaran langsung suara MCA.
Adakah Perhimpunan Rakyat Bersatu mengganggu gugat premis premis serta perniagaan kaum cina di Malaysia?Memang ada penutupan operasi premis dilakukan semasa tarikh 16september lepas.Namun ianya hanyalah berdasarkan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu untuk menakutkan empunya premis,sedangkan realitinya mereka yang menyertai perhimpunan itu berarak dan berkumpul di Padang Merbuk.
MCA antara yang paling lantang menentang dan kebanyakan laporan polis keatas Perhimpunan itu datangnya dari MCA dan bukan dari pembangkang.Lupakah MCA siapa yang banyak membantu mereka sewaktu kemelut melanda MCA.Lupakah bahawa mereka juga diundi oleh pengundi dari Umno sewaktu pilihanraya umum.
Apa perlunya MCA menjadi kiasu didalam Barisan Nasional hingga mengganggap Perhimpunan Rakyat Bersatu itu seolah olah api perkauman.Bersih jauh lebih merosakkan imej dan kerosakan yang dilakukan mereka amat ketara,MCA berdiam dan butakan mata.Sikap 'double standard' ini amat ketara sejak MCA memgalami kekalahan teruk dalam PRU13.
Dimana semangat setiakawan MCA dalam BN selama ini?Atau MCA sebenarnya ada perancangan lain dan bersekutu dengan Dap dalam hal menjuarai hati kaum Cina.Amat memalukan sebuah parti yang selama ini setia bersama BN kini membelakangkan semangat itu.Mungkin MCA berasa tiba masa mereka bersama dengan parti yang agak radikal dalam hal kaum Cina.
MCA juga lupa Perhimpuna Rakyat Bersatu merupakan menifestasi kaum Melayu yang membantah Bersih yang terang terang menghina Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.Dengan dimomokkan BN menindas rakyat,MCA secara perlahan memghadam dan seolah menerima propaganda pembangkang.Sikap MCA yang tidak memberi komitmen dalam menjelaskan isu semasa negara kepada kaum Cina juga terserlah.Hanya mengharapkan Umno sendirian dalam menangani isu negara,MCA lebih banyak menjadu pbangkang dalam kerajaan.
Hakikat bahawa MCA sekarang tidak lagi kuat sememangnya tidak diterima mereka.Menidakkan kebenaran yang MCA telah hilang taring sukar buat pemimpin MCA akui.Faktor itu turut menjadi penyumbang kekalahan MCA dimata pengundi.Apakah MCA kini merasakan mereka tidak lagi memerlukan sokongan kaum Melayu dalam Pru?
Ingatlah Tiong Lai,parti MCA tidak membantu kemenangan BN jadi jangan menjadi beban pula.Mungkin ada sinar MCA bersama dengan Dap,jadi fikirkan akibatnya sebelum terlajak kata.
No comments:
Post a Comment