Saturday, 19 March 2016

Jamal 'Sekinchan' Mahu Mahathir Kembali Ke Pangkal Jalan, Tidak Teragak Himpun Rakyat Tunjuk Sokongan Kepada PM




Presiden NGO Selangor, Dato Jamal Yunus meminta agar Tun Mahathir memikirkan perjuangannya selama berada dalam Umno jika benar benar sayangkan Umno dan bukannya bersekongkol dengan pembangkang khususnya DAP yang menganjurkan perhimpunan rakyat pada 27 Mac 2016.

Dalam satu temubual ketika merasmikan penubuhan 'The Mercenaries' di Craven Cafe, Bukit Antarabangsa, Jamal menggesa Mahathir tidak mengheret semua pemimpin Umno yang anti Najib menghasut rakyat menentang kerajaan yang telah di pilih secara sah melalui proses demokrasi.

Jamal juga berpendapat tiada halangan untuk rakyat untuk berhimpun tetapi jika mereka hanya mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang kotor, Mahathir akan berhadapan dengan kemarahan rakyat yang selama ini mempercayai kata kata beliau yang pernah menyelar pembangkang dan menyifatkan demostrasi jalanan merupakan cara tidak bermaruah apabila cubaan menjatuhkan beliau ketika memerintah.

Jamal turut menggesa rakyat berfikir akan keburukan perhimpunan yang akan memberi impak buruk terhadap imej negara apabila menganggap negara tidak lagi mendokong demokrasi sebagai cara memilih kerajaan. Turut menyifatkan perhimpunan yang mengeksploitasi rakyat hanyalah membazir wang dan masa rakyat yang sepatutnya dihabiskan dengan masa berkualiti bersama keluarga dan aktiviti yang bermanfaat.

Dalam majlis tersebut, Jamal turut memuji usaha Azmi Ibrahim yang dikenali sebagai Azmi APA yang mengumpulkan penggiat media maya pro kerajaan di bawah satu bumbung dan bersedia menentang 'Tentera Kacang Merah' pembangkang yang menabur fitnah terhadap kerajaan melalui media sosial.

The Mercenaries yang memfokuskan usaha mengekang serangan maya terhadap kerajaan berjaya mengumpulkan ramai penggiat maya yang selama ini mempertahankan kerajaan secar sendirian tanpa ada garis panduan cara menyerang kembali setiap isu yang dilemparkan pembangkang.

Turut mendapat sokongan dari beberapa individu, Azmi membuktikan penggiat maya juga mempunyai pengaruh kuat kepada rakyat untuk berfikir keburukan pembangkang yang saban hari menabur fitnah terhadap apa juga usaha kerajaan yang dilakukan untuk kesejahteraan rakyat.

Turut hadir memberi sokongan kepada Mercenaries ialah Exco Pemuda Umno, Armand Adzha yang mahu kewujudan kumpulan tersebut membawa impak besar dalam usaha Umno untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar juga mengingatkan Mahathir, beliau tidak teragak agak untuk mengumpulkan rakyat memberikan sokongan kepada Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak jika pembangkang dan sekutu mereka meneruskan perhimpunan sebagaimana yang beliau pernah buktikan dalam perhimpunan rakyat pada 16 September 2015.