Wednesday, 23 March 2016

'Tangan Ghaib' Dalam SPRM Bantu Guan Eng Tangani Skandal Banglo 2.8 juta?



Pemilikan banglo beharga RM2.8 juta oleh Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng menarik perhatian rakyat bukan sahaja setempat malah nasional. Walau ada cubaan dari Guan Eng 'membeli' hati rakyat apabila memanggil wartawan untuk meninjau sendiri kediaman itu, Guan Eng lupa tindakan beliau hanya menambah minat rakyat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki banglo tersebut di bawah nilai semasa pasaran.

Walau pemilik asal memberi kenyataan bahawa beliau menawarkan harga murah kepada Setiausaha Agung DAP, masih menjadi kemusykilan bagaimana seorang Ketua Menteri mampu membuat 'pinjaman' hingga RM2.1 juta dengan pihak bank. Prosedur bank memerlukan cagaran untuk membuat pinjaman dengan amaun yang besar namun Guan Eng tidak menyatakan apakah cagaran yang beliau sandarkan bagi membuat pinjaman bank bagi membolehkannya memiliki banglo yang terletak di Jalan Pinhorn P.Pinang.

Bayaran sewa bagi banglo tersebut menimbulkan keraguan perbelanjaan kerajaan negeri yang mengeluarkan hingga RM420,000.00 bagi membayar sewa banglo tersebut pada kadar RM5000.00 sebulan selama 7 tahun sejak 2009. Dalam pembentangan Bajet P.Pinang tidak terdapat kenyataan dari pihak kerajaan negeri menyatakan bayaran untuk menyewa banglo untuk Ketua Menteri P.Pinang. Jadi dari manakah kerajaan DAP mendapat wang untuk melangsaikan sewaan banglo tersebut?

RM420,000.00 yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk rakyat P.Pinang tidak dapat disalurkan kerana digunakan untuk membayar sewa banglo untuk Guan Eng. Kediaman rasmi Ketua Menteri tidak pernah didududki oleh Guan Eng tanpa sebab munasabah. Jika alasan renovasi, maka Guan Eng peru menjelaskan mengapa prosedur tersebut memakan masa hingga 7 tahun untuk di ubah suai?

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuka kertas siasatan keatas skandal ini pula bersikap 'double standard' apabila membenarkan Guan Eng keluar negara walau sedang di siasat pihak berkuasa. Intergriti SPRM mula menjadi perhatian rakyat bermula dari kes 1MDB apabila maklumat siasatan yang sepatutnya menjadi rahsia tersebar luas kerana campur tangan seorang isteri pegawai yang terbabit menyiasat kes.

Teori rakyat yang menyatakan SPRM mengikut telunjuk pembangkang juga tidak mampu dinafikan apabla banyak perkara yang di siasat SPRM tertangguh bila melibatkan pihak pembangkang. Apa kaitan sebenar antara pembangkang dan SPRM?

Satu kenyataan rasmi SPRM telah dikeluarkan berikutan kes skandal banglo Guan Eng dan sekali lagi menimbulkan keraguan apabila Guan Eng boleh "datang pada bila bila masa untuk membantu siasatan".

Guan Eng yang telah keluar negara semasa kekalutan skandal banglo timbul seakan mendapat arahan daripada 'pihak dalaman' untuk menyejukkan suhu panas isu tersebut. Timbul pula persoalan berbangkit apabila SPRM membuat sidang akhbar bagi memaklumkan penangkapan seorang individu bagi kes pecah amanah melibatkan RM100 juta di satu Kementerian.

Mengapa SPRM kalut mengalih isu panas skandal Guan Eng? Pembongkaran skandal banglo Guan Eng juga menimbulkan persoalan rakyat mengenai isu isu panas yang melanda pentadbiran DAP sejak 2009. 

Penafian demi penafian dilakukan Guan Eng namun SPRM tetap enggan menyiasat setiap isu yang dikemukakan rakyat sebagai penyelewengan DAP. Adakah ini menunjukkan pembangkang punyai pengaruh kuat dalam agensi kerajaan?