Thursday 31 March 2016

Skandal RM9.8 Juta - Rafizi Mengenali 'Penderma' Gerbang Selangor?



Usaha pembangkang menjatuhkan Perdana Menteri, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak digiatkan dengan siri jelajah 'Selamatkan Malaysia' ke seluruh negara. Siri jelajah yang hanya mengulang skrip lama dari laporan Wall Street Journal, Sarawak Report dan bersandarkan persepsi dan tuduhan tanpa bukti disampaikan kepada rakyat dengan tanggapan mereka akan menerima bulat bulat segala fitnah pembangkang.

Deklarasi yang menampilkan Democratic Action Party(DAP), Parti Keadilan Rakyat(PKR), Parti Amanah Negara(PAN) turut mengheret Tun Mahathir beserta Muhyiddin, Mukhriz Mahathir, Sanusi Junid serta beberapa bekas pemimpin Umno dan bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik. Deklarasi pembangkang ini juga menampilkan Tun Hasmah yang tidak pernah bergiat dalam politik terheret sama dalam permainan pembangkang yang meneymbunyikan niat sebenar mereka.

Mahathir mengejutkan rakyat terutama ahli Umno yang selama ini menghormati beliau sebagai seorang yang lantang mengutuk pembangkang namun hanya disebabkan keinginan mencatur politik negara beliau sanggup sepentas dengan Lim Kit Siang. Malah Mahathir yang pernah mengutuk keras cara kotor menjatuhkan kerajaan dengan demo jalanan kini dilihat menyokong cara demikian apabila turun memberi sokongan dalam perhimpunan BERSIH 4.0 tahun lepas.

Tuduhan yang dilemparkan Mahathir terhadap Najib sebenarnya isu kitar semula pembangkang sejak 2013. Malah tiada bukti dari setiap pertuduhan yang dilakukan Mahathir yang merujuk kepada WSJ sebagai sumber utama maklumatnya, malah pembangkang turut menjadikan laporan barat sebagai 'kitab' untuk memburukkan kepimpinan Najib.

Pembangkang yang sememangnya mahu menjatuhkan Barisan Nasional sedaya upaya mencari isu dan adakalanya mengadakan isu untuk menarik minat rakyat. Terperangkap dengan pembangkang, Mahathir kini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memilih untuk meneruskan perancangannya menjatuhkan Najib bersama pembangkang demi survival politik Mukhriz dan bukan untuk rakyat. Selepas kecewa apabila waris beliau meletak jawatan selaku Menteri Besar Kedah, Mahathir sudah nampak pengakhiran karier politik Mukhriz yang berseteru dengan Majlis Tertinggi Umno apabila terus menerus membuat jelajah membela diri.

Pembangkang yang melihat peluang mempergunakan Mahathir bagi mencapai cita cita merampas Putrajaya tidak menunggu lama melamar Mahathir menyertai gerakan mereka. 'Orang mengantuk disorongkan bantal', Mahathir mengambil peluang pelawaan pembangkang dan bersedia menjatuhkan kerajaan melalui cara yang tidak demokratik sedangkan beliau dahulu menentang politik kotor pembangkang.

Bagi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kesempatan ini digunakan beliau untuk 'menjual 'nama Mahathir bagi meraih simpati rakyat kepada perjuangan Pakatan Harapan. Beliau yang telah mengaku Mahathir hanya mengulang skrip pembangkang sebelum ini bagaimanapun menyatakan kegembiraan apabila Mahathir akhirnya 'melutut' kepada mereka demi mencari sokongan.

Kesempatan ini turut digunakan Rafizi apabila menganjurkan perhimpunan rakyat di Padang Awam Pandan untuk menghasut rakyat menyertai kempen mereka menjatuhkan Najib dengan mengumpul sejuta tandatangan dan akan disembahkan kepada Yang DiPertuan Agung sekaligus mahu memaksa YDPA melucutkan jawatan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

"Mahathir dah tua...dia tunggu masa je nak masuk kubur..dia tak mahu jadi Perdana Menteri lagi..jadi tuan tuan tidak perlu risau..kita berjuang untuk rakyat"- Rafizi Ramli

Dalam ceramah jelajah beliau di Kampung Gali Raub, Rafizi mendakwa Najib telah mencuri wang rakyat namun beliau tidak memberi bukti kukuh atas dakwaan itu. Memerli sikap Mahathir yang dahulu memusuhi pembangkang, Rafizi menyifatkan Mahathir kini sudah 'insaf' dan bersetuju dengan cara pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib walau dengan cara apa sekalipun.

Jelas sekali dakwaan pembangkang yang menyatakan hanya mahu menukar Perdana Menteri dan bukan menjatuhkan Barisan Nasional hanya penipuan terancang pembangkang. Rafizi dengan yakin menyatakan akan berjaya menjatuhkan Najib sekaligus Barisan nasional dengan mudah apabila Mahathir turut menyebelahi mereka.

Keseluruhan siri jelajah 'Selamatkan Malaysia' yang di sertai Mat Taib, Tamrin Ghaffar dan Ahli Parlimen Raub Ariff Sabri hanya berkisar kepada cara pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan BN sekaligus dan bukan sekadar menukar Perdana Menteri.

Antara intipati pembohongan pembangkang dalam rancangan jelajah 'Selamatkan Malaysia'


  • mendakwa berbillion ringgit telah dicuri Najib melalui 1MDB
  • Najib perlu diturunkan dan digantikan
  • memberi jaminan segalanya akan kembali pulih jika Najib berjaya dijatuhkan
  • Ariff Sabri memberi jaminan Kit Siang tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14
  • pakatan tidak berminat menjadi kerajaan tetapi fokus kepada menjatuhkan Najib
  • akan memulangkan semua wang yang didakwa dicuri Najib kepada rakyat


Rakyat yang dimomokkan dengan penipuan pembangkang yang mendakwa hanya mahu menurunkan Najib perlu sedar bahawa pembangkang hanya menggunakan mereka demi cita cita kepentingan Pakatan Harapan. Tiada isu besar yang mampu mereka mainkan apabila segala tuduhan yang mereka lempar kepada Najib telah terjawap.

Rafizi yang suka membuat provokasi di Parlimen sebenarnya mengetahui perancangan sebenar pembangkang dalam Deklarasi Rakyat. Beliau yang mengakui suka bertanya mengenai apa yang di dakwanya sebagai 'pembaziran wang rakyat' tidak menolak kemungkinan mengetahui identiti 'penderma' RM9.8 juta untuk projek Gerbang Selangor.

Adakah benar Rafizi mengenali individu yang Azmin dan Haniza Talha sorokkan dari pengetahuan rakyat? Mengapa beliau tidak mendedahkan identiti 'penderma' tersebut apabila pembangkang dipersoalkan mengenai pembaziran wang rakyat yang dilakukan Pakatan di Selangor? 

Adakah Rafizi juga mengetahui jumlah wang rakyat yang telah di songlap PKR apabila mendahulukan wang kerajaan negeri bagi membiayai kos projek berkenaan? Mengapa Rafizi enggan mendedahkan pembaziran wang rakyat yang dilakukan PKR di Selangor?

Rafizi perlu menjawap persoalan ini jika pembangkang benar benar telus dalam usaha 'menyelamatkan' Malaysia. Sikap 'double standard' Rafizi terhadap kerajaan Pusat ternyata menunjukkan pembangkang sebenarnya hanya mencari isu yang boleh dijadikan bahan kempem untuk terus menghasut rakyat membenci kerajaan terutamanya Najib.

Kalau benar Rafizi mengetahui mengenai skandal pembaziran wang rakyat yang dilakukan PKR mengapa beliau enggan mendedahkan kepada pengetahuan umum sebagaimana beliau lakukan dalam isu Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) dan 1MDB?

Jika Rafizi boleh membuat dakwaan Najib mencuri wang rakyat mengapa beliau tidak berani bertindak demikian terhadap Azmin yang terang terang melakukan pembaziran wang rakyat di Selangor? Aktivis PKR sendiri mendedahkan pembaziran wang rakyat yang dilakukan Azmin namun Rafizi tidak berani mengulas mengenainya. 

Beranikah Rafizi mendedahkan identiti 'penderma' tersebut jika beliau mengetahui siapa sebenarnya yang dimaksudkan Azmin? DAP tidak berani mendesak Azmin dan PKR Selangor mendedahkan identiti sebenar penderma kerana enggan terlibat dalam konflik skandal wang rakyat Selangor. Mengapa DAP tidak berani bila berhadapan dengan PKR? Adakah mereka saling menyorokkan sesuatu dari pengetahuan umum?

Siapa sebenarnya 'penderma' yang dimaksudkan Rafizi? Mengapa Rafizi enggan mendedahkan perkara tersebut? Apa sebenarnya yang cuba Rafizi sembunyikan? Adakah Rafizi terlibat sama dalam skandal Selangor dan mengambil keputusan menutup mulut mengenainya? 

Rafizi juga enggan mengulas mengenai skandal yang melanda Setiausaha Agung DAP berkaitan pemilikan sebuah banglo yang dikatakan dijual kepada Lim Guan Eng dibawah nilai pasaran. Adakah Rafizi mengakui bahawa DAP juga melakukan salah laku dan turut melesapkan wang rakyat P.Pinang sepanjang memerintah?

Mengapa Rafizi tidak menyentuh mengenai salah laku pembangkang? Deklarasi rakyat yang diar warkan Rafizi sebagai jalan menyelamatkan rakyat tidak sepatutnya hanya menumpukan kerajaan tetapi keseluruhan. Adakah skandal pembangkang bukan isu besar bagi Rafizi?

Siapa sebenarnya yang Rafizi mahu selamatkan? PKR, DAP, PAN atau rakyat? Rafizi tidak berani menjawap persoalan ini melainkan terus menyatakan Najib harus diturunkan walau dengan cara demo haram jalanan jika deklarasi tidak mencapai matlamat? Inilah sebenarnya wajah pembangkang Malaysia yang tidak diketahui rakyat, mereka hanya tahu menuding jari tetapi jika melibatkan pembangkang, Rafizi serta konco konconya akan berdiam diri.

Rakyat perlu sedar bahawa negara Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan kedudukan kerajaan ditentukan dengan undian rakyat dan bukan pungutan suara amhu pun tanda tangan. Pembangkang hanya memutar belit kepercayaan rakyat demi kepentingan Pakatan Harapan serta Mahathir dan bukan kepentingan rakyat.

Deklarasi Rakyat yang dikemukakan pembangkang sebenarnya GAGAL menarik minat rakyat yang tahu segala pembohongan pembangkang, malah Mahathir juga GAGAL menarik sokongan kepada Pakatan Harapan.

Rafizi sebenarnya hanya mahumenyelamatkan Pakatan Pembangkang bukannya rakyat, tetapi menggunakan rakyat sebagi alat untuk memastikan pembangkang terus bernafas.

No comments:

Post a Comment