Sunday, 10 April 2016

DAP Kini Berbangga - Mahathir Akhirnya 'Sujud' Di Kaki Pembangkang



Soaialis Muda DAP Kebangsaan (DAPSY) tidak memiliki intergriti untuk mempertikaikan kecaman dari pemimpin Umno dan Barisan Nasional terhadap tindakan Mahathir yang bersetuju dengan Deklarasi Rakyat untuk menumbangkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. DAPSY cuba mengaitkan tindakan gabungan pembangkang dan bekas Perdana Menteri dengan kes krisis pertukaran kerajaan negeri Perak apabila kerajaan 'boneka' DAP tumbang bila 3 Adun pembangkang hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan mengisytiharkan sebagai wakil bebas yang menyokong BN.

Situasi Perak 2009 tidak sama seperti apa yang terjadi pada 5 Mac 2016 apabila Deklarasi Rakyat menekankan fokus utama mereka untuk menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.  Wong Kah Woh (Ketua DAPSY) yang menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai seorang yang tidak memahami situasi perlu membuktikan dengan persetujuan 58 pemimpin dari pelbagai latar belakang politik menandatangani Deklarasi tersebut sebagai mewakili suara 30 juta rakyat Malaysia?

Mahathir pernah menyebut "seseorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan tanpa undi tidak percaya dalam mesyuarat." Namun dengan deklarasi yang ditandatanganinya beliau itu tidak selari dengan pendiriannya kerana berpendapat beliau sentiasa betul.

Perlu diingatkan kes kerajaan 'badut DAP' Perak yang hanya bertahan selama 11 bulan bukan berpunca dari desakan Umno tetapi dari kesedaran wakil Pakatan Rakyat sendiri apabila berlaku pelbagai situasi yang tidak memihak kepada rakyat seperti yang Pakatan janjikan di dalam menifesto mereka sebelum Pru12. Malah Pakatan juga bertindak biadap dengan kuasa Sultan apabila mendiang Karpal Singh mengemukakan saman terhadap Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah. 


Kronologi Krisis Perak

  • Speaker DUN Perak mendakwa menerima surat peletakan jawatan 2 Adun PKR namun dinafikan
  • SPR memutuskan tiada kekosongan kerusi dan tidak perlu diadakan Pilihanraya Kecil
  • Najib (Timb.Perdana Menteri) umum BN Perak ada majoriti mudah tubuh kerajaan baru apabila 2 Adun PKR dan 1 orang Adun DAP isytihar jadi Adun Bebas menyokong BN
  • Kenyataan rasmi dari pejabat Sultan Perak tidak akan bubar DUN dan menitahkan Nizar bersama jemaah Majlis Mesyuarat Negeri letak jawatan dan jika enggan jawatan dianggap kosong
  • Zambry dilantik Menteri Besar Ke 11 dan BN secara rasmi mengambil alih kerajaan negeri
  • Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan merujuk Mahkamah Persekutuan mendapat penjelasan saman yang difailkan oleh Nizar dalam mencabar kesahihan pelantikan Zambry
  • Mahkamah Persekutuan putuskan kes Nizar-Zambry kembali ke Mahkamah Tinggi
  • Nizar dapat kebenaran Mahkamah Tinggi mencabar kesahihan pelantikan Zambry
  • Mahkamah Tinggi kekalkan kedudukan Zambry selaku Menteri Besar Perak serta sah mengikut Perlembagan
Adun Canning itu jelas menghina Mahkamah apabila mengaitkan krisis Perak sebagai tindakan berat sebelah oleh Hakim yang memihak kepada Barisan Nasional dan cuba memfitnah Najib menyalahguna kuasa dan campur tangan dalam proses penghakiman.

Ternyata Wong tidak berani mengulas mengenai isu dana RM1.2 billion yang di terima DAP dari Israel seperti yang di dakwa bekas ahli DAP sendiri apabila mempertikaikan isu 2.6 billion dan isu 1MDB dan hanya menyentuh isu berkaitan Umno dan Barisan Nasional untuk mengalih perhatian rakyat dari terus menekan DAP. 

Wong yang juga Ketua DAPSY cuba mengelirukan rakyat dengan agenda tersembunyi DAP yang meng'kuda'kan Mahathir demi kuasa politik parti sosialis itu. Imej parti DAP yang tidak disenangi rakyat terutama Pulau Pinang setelah berlaku pengambilan tanah secara tidak adil,kini cuba berselindung pula di belakang bekas PM serta beberapa tokoh lain dalam cubaan menjatuhkan Najib dengan kempen 'Selamatkan Malaysia' selepas kegagalan kempen 'Ubah' dan 'Ini Kalilah'.

Perlu diingatkan DAP merupakan sebuah parti Sosialis Sekular yang memperjuangkan hak samarata semua rakyat Malaysia dan bercita cita menghapuskan Hak Melayu dan Bumiputera jika memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Bermula dari serpihan People's Action Party (PAP) Singapura, DAP masih meneruskan agenda mereka untuk merealisasikan harapan mentor DAP, mendiang Kee Kuan Yew yang mahu melihat DAP menguasai Malaysia seperti PAP menguasai Singapura secara total.

Agenda tersebut semakin jelas diterapkan dan Pulau Pinang menjadi acuan untuk DAP melaksanakannya. Sedikit demi sedikit kaum Melayu Pulau Pinang di tindas dan aktiviti Umat Islam juga dihadkan. Adakah ini yang dimahukan rakyat Malaysia dan adakah ini yang akan dilakukan seandainya Najib berjaya dijatuhkan dengan deklarasi tersebut?

Lim Kit Siang pastinya tidak akan melupakan segala bentuk cemuhan Mahathir terhadap dirinya serta parti DAP semasa beliau berkuasa. Ketua pembangkang itu pastinya masih ingat siapa yang menyalahguna kuasa untuk menyumbat beliau kedalam Kem Kamunting menggunakan Akta ISA. Kini Mahathir menyembahnya demi mencapai cita cita politik rakusnya dan bukan kerana rakyat Malaysia. Mahathir bersama Pakatan hanya menggunakan rakyat sebagai medium merealisasikan impiannya.

Gabungan Pakatan Harapan bersama Mahathir sebenarnya mendedahkan kelemahan Pakatan Harapan yang ketandusan ideologi politik apabila pentadbiran mereka di penuhi skandal pembaziran wang rakyat. Parti pembangkang terdesak untuk meraih sokongan rakyat apabila kerajaan di bawah pentadbiran Najib membuktikan mereka bekerja untuk rakyat dan memberikan hasil terbaik untuk rakyat berbanding pakatan pembangkang yang hanya bermain janji kosong.

Percubaan pembangkang memainkan sentimen simpati rakyat untuk perjuangan mereka kini tidak lagi berkesan kerana rakyat sudah celik dan memahami sebenarnya pembangkang hanya mahukan kuasa bagi membolehkan lebih banyak wang rakyat mengalir ke kantung parti masing masing.

Kini, Deklarasi tersebut berhadapan dengan kemarahan rakyat terutama ahli Umno yang tidak menjangkakan kerjasama antara Mahathir dengan pembangkang demi cita cita keji politik Mahathir dan pembangkang. Rakyat sudah sedar pembangkang hanya mem'bodoh'kan rakyat dengan menggunakan sentimen 'perjuangan demi rakyat' sedangkan itu tidak akan terjadi sama sekali walau pelbagai alasan cuba diputarbelit oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang turut menandatangani deklarsi tersebut.

Pakatan Harapan bersama Mahathir sedang menuju kehancuran kerana tamak kuasa dan rakyat akan menghukum mereka atas segala penipuan yang telah dilakukan terhadap rakyat selama ini.

DAP ternyata memperjudikan nasib rakyat Malaysia semata mata mahu merampas Putrajaya dan Mahathir kini merestui segala perbuatan DAP. 

Jelas sekali Mahathir sudah hilang 'Jati Diri' demi memenuhi impian politiknya dan mahu menjamin kedudukan legasi yang beliau tinggalkan. Mahathir kini 'sujud' di kaki pembangkang.




No comments:

Post a Comment