Generasi 'X' harus disedarkan dari pengaruh buruk pembangkang yang sentiasa menanam sikap membenci kerajaan di laman sosial. Pengaruh pembangkang menerusi media sosial seperti tidak bersempadan bila apa sahaja bentuk kebaikan yang dilakukan kerajaan akan di putar belit hingga generasi tersebut menyangka kerajaan tidak berbuat apa apa untuk rakyat.
Hakikat sebenar di sebalik semua pengaruh jahat pembangkang yang perlu dinilai semula oleh Gen X adalah sejarah penubuhan parti Umno yang bermula pada 11 Mei 1946. Tiada satu parti pembangkang yang wujud dan secara serius mengambil langkah untuk membantu rakyat Tanah Melayu (ketika itu) untuk keluar dari kepompong penjajah
British.
Kronologi Parti Perikatan
- Parti Perikatan dimulakan oleh orang Melayu dibawah Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan dari British
- Kaum Cina dan India bergabung bersama Umno dibawah lambang Kapal Layar
- Turut berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak
- 1952 Umno dan MCA bergabung dalam Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
- MIC menyertai Perikatan pada Pilihanraya 1955
- Perikatan menang 51 dari 52 kerusi dalam Pilihanraya tersebut
- Didaftarkan secara rasmi pada 30 Oktober 1957 sebagai parti politik dengan gabungan UMNO, MCA, MIC
- Menggunakan 'Kapal Layar' sebagai lambang Parti Perikatan
- Membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963
- Berjaya menggabungkan pelbagai parti politik lain dan menukar nama kepada 'Barisan Nasional' secara rasmi pada 1 Julai 1974
Menggabungkan 12 parti komponen, Barisan Nasional mendapat sokongan dari 7 parti politik lain sebagai rakan politik seterusnya menjadikan BN sebagai parti politik terbesar dalam Malaysia. Malah pesaing terdekat BN, DAP sendiri tidak mampu menumbangkan BN sebelum bergabung dengan 2 lagi parti dan membentuk Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya.
Democratic Action Party (DAP) sebuah parti politik yang mempraktikkan 'Malaysian Malaysia' merupakan sebuah parti sekular demokratik sosialis yang mengaburkan mata rakyat dengan konsep 'sama rata'. Ditubuhkan pada 18 Mac 1966, DAP yang merupakan serpihan dari People Action Party (PAP yang telah keluar dari Malaysia) yang diasaskan Lee Kuan Yew.
Walau Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan penubuhan 'Parti Tindakan Demokratik' (DAP) pada 19 Mac 1966 setelah Devan Nair menegaskan parti tersebut tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan tidak akan berusaha mencantunkan semula Singapura dan Malaysia, tindak tanduk DAP kini menimbulkan keraguan semenjak merampas Pulau Pinang dari Barisan Nasional pada 2008.
Sebelum 1978, DAP bergerak sebagai sebuah parti tunggal tanpa ada bantuan dari mana mana parti lain. Setelah berjaya mem'bodoh'kan PAS buat pertama kali pada 1978 dan seterusnya hingga 2015, DAP mula mengorak langkah mencari parti yang sanggup bersama mereka untuk dijadikan tunggangan bagi merealisasikan impian DAP menerajui Malaysia.
DAP yang pernah bergabung dengan Semangat46, PSRM, HAMIM dan PAS sentiasa mendapat apa yang pemimpin DAP mahukan. Walau perbezaan pendapat antar DAP dan PAS sering terjadi akibat perbezaan ideologi, perkara tersebut tidak menggagalkan usaha mereka menerobos kawasan majoriti Melayu. Bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat dan PAS, DAP berjaya menawan Pulau Pinang setelah kegagalan 'Projek Tanjung I,II,III'.
Dengan mengusir PAS dari Pakatan Rakyat pada 2015, DAP kini bergantung harap kepada sebuah lagi parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu setelah kalah dalam pemilihan parti tersebut. Gabungan antara DAP, PKR dan PAN telah membentuk Pakatan Harapan,di mana ianya diharapkan akan berjaya menumbangkan BN pada Pru14 kelak.
DAP yang bercita cita menguasai Parlimen sebagai parti dominan tidak perlu kepada kekuatan PAS untuk memecah undi di kawasan Melayu setelah PAN mengambil alih tugas tersebut. Kerjasama antara DAP dan PKR pula lebih kepada menumpang populariti Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini meringkuk dalam penjara kerana kesalahan meliwat. PAN yang dilihat berjaya mengekang pengaruh PAS kini menjadi 'keldai' DAP untuk menyusutkan pengaruh PKR di kalangan pengundi apabila terlibat dengan pertelingkahan mengenai siapa yang lebih berhak menduduki kerusi di JKKK dan PBT di Selangor.
Strategi serampang dua mata DAP berjaya membuat dua parti gabungan dalam PH untuk tunduk dan akur dengan perintah DAP sebagai dominan berdasarkan kelebihan kerusi di Parlimen. Masalah skandal Dana RM1.2 billion dari Israel serta pelbagai skandal di Pulau Pinang diserahkan kepada PAN untuk menjadi 'tukang salak' menutup persoalan rakyat terhadap DAP. Malah PKR turut menyediakan 'pakar putar belit' untuk menjadi jurucakap kepada DAP apabila rakyat mula mempersoalkan skandal skandal mereka.
DAP sebenarnya tidak memerlukan undi dari kaum Melayu kerana dasar mereka sebagai sebuah parti mengamalkan sikap rasis. Perkara ini jelas apabila melihat susun atur pemimpin kanan DAP dalam CEC DAP. Hanya beberapa muka dari kaum Melayu dan India dikekalkan untuk menjaga perasaan dan hati penyokong mereka. Malah dengan menonjolkan Dyana Sofea, Rara sebagi Ikon dari kaum Melayu hanyalah sekadar 'wayang' DAP untuk menunjukkan bahawa mereka di teirma oleh kaum Melayu dan Gennerasi X.
Malah isu pengambilan tanah serta pertukaran tanah tanpa melibatkan wang di Pulau Pinang turut menarik perhatian netizen untuk mengetahui sejauh mana ketelusan DAP terhadap rakyat. Isu mengenai Islam turut menimbulkan keresahan kepada rakyat apabila DAP mengeluarkan arahan sekatan tertentu aktiviti berkaitan Islam di Pulau Pinang. DAP yang secara 'halus' menjayakan agenda Yahudi terhadap rakyat kini semakin menampakkan kaitan mereka dengan zionis menerusi dana yang telah DAP terima selama ini.
Terdesak dengan desakan rakyat, DAP cuba mengalih perhatian dengan menyerang Umno dan Barisan Nasional berkaitan isu 1MDB dan derma 2.6 billion, namun perkara berkaitan derma telah disahkan oleh SPRM sebagai tidak menyalahi undang undang. Manakala 1MDB pula yang disiasat Jawatankuasa Kira Kira Negara (PAC) akan membentangkan hasil siasatan dalam Parlimen dan dikategorikan sebagai laporan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Turut mengheret bekas Perdana Menteri dalam 'Deklarasi Rakyat' pada 5 Mac 2016, DAP sebenarnya mahu menyelamatkan tengkuk mereka dari dikaitkan dengan agenda Yahudi menerusi hasil dana dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah mereka lakukan selama ini. Tindakan Lim Kit Siang yang berbaik dengan Mahathir sebenarnya hanya helah mengalih perhatian rakyat terhadap DAP yang kian terdesak mencari pengaruh rakyat. Elemen simpati yang cuba di tagih Kit Siang berkaitan cemuhan Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun ditelannya demi mencapai cita cita menumbangkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi.
Kemana pula DAP akan halakan jika gabungan mereka gagal? Ini sebahagian dari politik Malaysia yang perlu didedahkan kepada Generasi X yang selama ini tertipu dengan agenda DAP yang kononya memperjuangkan Hak Rakyat.
Generasi X perlu diingatkan DAP merupakan sebuah parti Sosialis Sekular yang menolak sebahagian besar Perlembagaan Negara dan adalah menjadi hasrat mereka mahu sebuah negarayang tidak berpaksikan Islam sebagai Agama Rasmi dan menolak Raja Raja Melayu selaku pemerintah tertinggi sesebuah negeri.
Generasi X perlu diingatkan DAP merupakan sebuah parti Sosialis Sekular yang menolak sebahagian besar Perlembagaan Negara dan adalah menjadi hasrat mereka mahu sebuah negarayang tidak berpaksikan Islam sebagai Agama Rasmi dan menolak Raja Raja Melayu selaku pemerintah tertinggi sesebuah negeri.
No comments:
Post a Comment