Perseteruan dalam media sosial menjadi lumrah antara melibatkan dua hingga tiga pihak dan selalunya terjadi di antara pro kerajaan dan pembangkang. Bila menyentuh soal tentera siber atau lebih di kenali sebagai 'cybertroopers', Umno mempunyai ramai dari kalangan yang bersungguh mempertahankan imej kerajaan dan Umno sendiri tanpa berharap habuan dari pemimpin. Secara sukarela mereka akan berhujah dan berdebat dengan pembangkang yang lebih kepada penyebaran fitnah untuk memburukkan kerajaan. Malah ketika Presiden Umno, Dato Sri Najib Razak di serang bertalu talu dari segenap penjuru, mereka juga merupakan barisan hadapan yang mempertahankan Perdana Menteri.
Terdapat juga kalangan pemain media yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri untuk dijadikan sebagai medium maya mewakili suara kerajaan negeri dan mereka dibayar dengan jumlah yang tertentu. Ada antara mereka berjaya menaikkan imej negeri dan tidak kurang juga yang hanya menerima 'gaji buta' kerana tidak mampu membawa impak kepada negeri berikutan tidak mempunyai kepakaran dalam menangani isu yang berbangkit samada tempatan mahupun nasional.
Berikutan itu ada kalangan mereka telah ditamatkan perkhidmatan kerana tidak mencapai tahap yang di kehendaki kerajaan negeri. Bermula dari kesilapan pemain media yang tidak bersedia dengan cabaran diikuti dengan kelemahan pemain tersebut menangkis isu berbangkit dan tiada kerjasama antara mereka dalam media maya serta sikap tamak pemilik 'Media House' yang tidak mahu bekerjasama sesama sendiri maka perkhidmatan mereka tidak lagi relevan.
Namun demikian terdapat juga beberapa individu yang memiliki portal yang masih dinaungi kerajaan negeri dengan alasan telah lama berkhidmat sedangkan pencapaian portal tidak sehebat mana dalam mempertahankan kerajaan dan isu juga tidak di tanagani dengan cemerlang menyebbabkan pandangan rakyat terhadap kepimpinan makin merosot.
Perak salah sebuah negeri yang dikatakan mempunyai sebuah portal khusus untuk menjadi suara rasmi kerajaan negeri dalam media sosial. Namun begitu, pencapaian portal Perak tidak boleh dibanggakan kerana pemilik portal hanya bergantung kepada bahan dari pihak lain dan hanya akan mengeksploitasi serta mengubah sedikit bahan bacaan untuk dijadikan hak milik portal berkenaan. Perkara ini berlanjutan tanpa di sedari kerajaan negeri? Malah tindakan pemilik portal menggunakan pautan daripada portal pembangkang untuk turut memburukkan imej kerajaan menjadi persoalan kepada pemain media yang lain.
Adakah Menteri Besar Perak, Zambry Kadir tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana 'Buta IT' atau beliau disajikan dengan penipuan oleh pegawai media Perak sendiri? Atau lebih menjadi menarik, Zambry sebenarnya memang mahu pemilik portal berkenaan terus menyerang kepimpinan Najib bagi menjayakan agenda Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan Umno/BN sekarang?
Mungkinkah Setiausaha Politik Zambry terlibat sama dalam membayar pemilik portal Perak ini untuk turut bersama dengan deklarasi rakyat menjatuhkan Najib? Terdapat dakwaan beliau adalah individu yang bertanggungjawab membayar perkhidmatan pemilik portal Perak dan menggunakan sebuah anak syarikat di bawah Menteri Besar untuk mengeluarkan perbelanjaan perkhidmatan pemilik portal tersebut.
Benarkah dakwaan yang berlegar di kalangan pemain media sosial bahawa Zambry Kadir merestui apa yang dilakukan pemilik portal berkenaan?
Terbaru satu akaun yang menggunakan nama Salim Iskandar yang juga dikenali sebagai pemilik portal Perak menyerang beberapa pemain media sosial dengan pelbagai fitnah dan maki hamun yang keterlaluan. Kewujudan beberapa akaun palsu turut sama dalam modus operandi Salim Iskandar menyerang sesiapa sahaja yang mempertahankan Najib dan menyokong Perdana Menteri. Bermula dengan dakwaan menggelapkan 'dana' media untuk pemain media, Salim terus menyerang beberapa individu lain dengan pelbagai persoalan yang mengaibkan. Beliau turut menyerang Setiausaha Akhbar Najib dengan dakwaan skandal seks dan memaksa Najib memecat SUA berkenaan.
Salim juga turut mempertikaikan perniagaan yang dijalankan oleh pemain media dan meminta penyata kewangan syarikat seorang individu untuk dijadikan 'Bukti' pertuduhannya. Beberapa sahabat media telah menasihati Salim supaya tidak terus menerus mengaibkan orang dengan fitnah namun beliau tidak mempedulikan nasihat dan bersedia berkonfrantasi dengan pemain media.
- benarkah kerajaan Perak terlibat menyokong serangan Salim terhadap pemain media?
- benarkah dakwaan Setiausaha Politik Zambry terlibat membayar pemilik portal Perak?
- benarkah Zambry merestui tindakan pemilik portal untuk menjatuhkan Najib?
- benarkah kerajaan Perak menggunakan dana anak syarikat kerajaan Perak untuk membayar khidmat pemilik portal Perak?
- siapakah yang mengupah pemilik portal Perak menyerang pemain media?
- adakah Zambry tidak tahu serangan yang dilakukan pemilik portal Perak?
- benarkah dakwaan Zambry tidak mesra media dan tidak mempedulikan pemain media kerana beranggapan mereka tidak diperlukan?
Memalukan bagi kerajaan Perak untuk menyimpan dan menggunakan khidmat pemilik portal yang hanya menumpukan seranagan kepada pemain media pro kerajaan dan bukannya fokus menyerang pembangkang selain menangkis fitnah pembangkang di Perak.
Sampai bila Zambry mahu simpan pemilik portal Perak yang hanya tahu maki hamun?
Stupid parpu
ReplyDelete