Saturday, 9 April 2016

Mahathir Kecut Berdepan 'Kucing Kurap' - Enggan Jawap Soalan Berkaitan Deklarasi Rakyat



Deklarasi Rakyat yang ditandatangani Tun Mahathir bersama pembangkang membuka lembaran baru dalam menilai pemikiran bekas Perdana Menteri ke-4. Kehilangan pertimbangan waras yang dilakukan Mahathir hanya kerana ingin menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang di pilih rakyat secara demokrasi pada PRU13 yang lalu.

Segalanya bermula apabila Mahathir yang kurang senang dengan corak pemerintahan Najib yang mengutamakan keperluan rakyat berbanding memikirkan pembangunan pesat. Pengenalan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta lain lain kemudahan prasarana yang disediakan semasa era Najib mendatangkan keresahan kepada Mahathir yang mahu Najib mengikut corak pemerintahannya.

Isu 1MDB serta dana RM2.6 billion yang di terima Najib menjadi alasan kepada Mahathir untuk menyerang kerajaan. Beliau yang hanya berpandukan laporan dari Sarawak Report dan Wall Street journal serta mempercayai beberapa laporan portal pro pembangkang memulakan serangannya sejak pertengahan tahun 2015. 

Cubaan Mahathir yang menggunakan beberapa pemimpin tertinggi Umno bagi melunaskan 'tugasan' yang ditetapkan tidak berhasil malah telah memakan dirinya sendiri. Harapan yang beliau letakkan kepada bekas Menteri Besar Kedah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan juga terhenti apabila Mukhriz meletakkan jawatan akibat kehilangan sokongan daripada Exco Negeri serta Ketua Bahagian Umno Kedah.

Naib yang tenang menghadapi serangan Mahathir yang di bantu pihak pembangkang membuktikan kredibiliti serta kualiti yang ada pada dirinya untuk bergelar Perdana Menteri. Sikap enggan 'melatah' Najib ternyata berbaloi apabila siasatan dari pihak yang di lantik menyiasat perkara berkaitan isu yang ditimbulkan Mahathir telah terjawap. 

Ternyata Mahathir tersilap langkah apabila memulakan kerjasama dengan pembangkang terutama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Rakyat yang pernah mempercayai kata kata Mahathir yang menyelar DAP serta Kit Siang sebagai perosak Malaysia tergamam apabila mereka bekerjasama dalam usaha menjatuhkan Najib sedangkan Mahathir di kenali sebagai seorang yang sangat menetang cara jijik dan kotor dari acuan pembangkang yang berusaha menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut saluran yang sah.

Bibit sokongan Mahathir telah beliau zahirkan semasa menyertai perhimpunan haram BERSIH4 yang di taja sepenuhnya DAP. Dalam demonstrasi haram tersebut kepimpinan kerajaan di hina dengan pelbagai cara serta menghiris perasaan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

Mahathir yang memperalatkan beberapa individu dalam Umno cuba meracuni pemikiran ahli Umno untuk menjatuhkan Najib semasa Persidangan Agung Umno (PAU 2015) namun perkara tersebut tidak mendapat sambutan ahli Umno yang masih setia dengan Presiden Umno dan parti. Walau cuba mengheret ahli Umno agar mempercayai kata katanya yang mendakwa hanya mahu menjatuhkan Najib dan bukannya kerajaaan Barisan Nasional, rakyat semakin rasional bertindak. Ternyata rakyat masih mehukan cara demokrasi digunakan bagi menjamin kestabilan ekonomi serta politik Malaysia.

Dalam Deklarasi Rakyat yang di dakwa Mahathir dan pembangkang sebagai satu usaha menyelamatkan Malaysia, tiada satu kenyataan dari mereka dari apa yang mahu mereka selamatkan Malaysia selain dari menjatuhkan Najib. Terdapat lompong dalam deklarasi tersebut yang menjadi kemusykilan rakyat dan pembangkang mahu pun Mahathir tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya niat mereka.

Dalam satu program yang diadakan baru baru ini, Mahathir yang di asak aktivis PKR Che'gu Bard, beliau enggan menjawap beberapa persoalan yang dilemparkan Bard berkaitan deklarasi rakyat. Beliau yang meninggalkan majlis dalam keadaan tergesa gesa selepas tidak mampu menjawap saoalan yang ditanyakan. Ternyata Mahathir bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk legasi dan kepentingan peribadi.

Berikut adalah transkrip soalan yang ditanya kepada Mahathir oleh Bard - (Sumber aplikasi whatssapp)-Mahathir 


  • Saya ambil kesempatan meminta Tun respon mengenai Kehilangan wang Rakyat memalui skandal Bank negara 1992 ketika TS Jaafar menjadi Gabenor sebanyak RM30billion, Skandal MAS RM580 juta, Skandal Perwaja RM10b, Skandal Bank Bumi RM10b, Skandal Maminco RM1.6b dan saya sebut mengenai Far Eastern Eeconomic Review yang menyebut jumlah RM1.6jutadigunakan Mahathir untuk balilout syarikat kapal anaknya selepas memecat dan menfitnah Anwar Ibrahim 
  • Penegasan pertama saya ialah Deklarasi ini bukan deklarasi rakyat ia deklarasi Tun Mahathir kerana ia tak lalui proses suara rakyat, malah majoriti yang tandatangan ketika 4 Mac itu hanya melihat deklarasi penuh hari tersebut. Isinya pula berkisar dengan penyingkiran Najib dan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Bagaimana dengan perubahan sistem dan pemansuhan undang - undang penting seperti akta hasutan, pemerkasaan pilihanraya yang bebas dan adil ? Saya tegaskan deklarasi ini hanya retorik dan untuk Tun penuhi kehendak politik semata.
  • . Kedua saya sebut dengan jelas 2008 Tun ajak rakyat jatuhkan Abdullah dan semua ayat ajak jatuh Najib sama je bunyi skripnya semasa nak jatuh Abdullah. Masa nak jatuh Abdullah dedah berbiliion juta wang yang dirompak melalui Scomi, Skandal Oil for food termasuk khairy dituduh merompak berjuta - juta termasuk terlibat menjual saham berkepentingan negara ke Singapura. Saya tanya Bila Pak Lah jatuh Tun balik ke Umno semula dan dapat kedudukan istimewa semula tetapi apa usaha nak kembalikan duit rakyat. Saya katakan tak ada usaha kerana Tun bukan soal rakyat tetapi soal kehendak politik Tun semata bila Pak Lah dah jatuh Tun tak peduli pun soal rakyat dan kini sekali lagi nak guna benda sama.... 
  •  Tun bangun jawab.... dia berpusing - pusing langsung tak menyebut atau mengulas apa yang saya bangkitkan. Berkenaan Rafizi dia sebut dengan jelas dia berjuang bukan untuk Rafizi... Rafizi buat salah langgar OSA maka kena lah hukum...dan sebab itu kena perjatuh Najib sebab kalau Najib jatuh Rafizi bebaslah...  berkenaan soalan BERSIH dia menagmbil analogi Sri Lanka dia sebut di Sri Lanka ada dua parti, satu parti isteri Janeral dan satu parti anak pejuang kemerdekaan. Bila isteri Janeral kalah dia kata pilihanraya menipu dan begitulah sebaliknya... Mahathir sebut pihak yang kalah akan sentiasa kata Pilihanraya menipu... ayat ini sepatutnya sudah menampar muka kumpulan BERSIH kerana mahathir sendiri tidak mengakui perjuangan BERSIH dengan tidak mengakui kepincangan pilihanraya.
Ternyata Mahathir tidak berjuang untuk rakyat tetapi demi menyelamatkan beberapa individu yang dikatakan hidup mewah di atas kotrak kontrak kerajaan semasa era beliau memerintah yang kini berhadapan dengan krisis apabila Najib mula memperkenalkan gaya baru yang tidak mementingkan 'Kronisme' seperti yang pernah Mahathir amalkan selama 22 tahun.

Rakyat harus sedar Mahathir tidak lagi mampu menjadi 'Hero Rakyat' sebaliknya sudah mula menjadi sebahagian daripada perosak negara. Sampai bila Mahathir mahu meletakkan negara dan rakayat dalam keadaan tidak stabil?

Perlukah Mahathir terus memperjudikan nasib 33juta rakyat Malaysia hanya kerana kuasa politik? Moga Mahathir berhenti sebelum menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada negara. Selayaknya beliau mengahbiskan sisa sisa hidupnya bersama keluarga dan bukannya menghasut rakyat menjatuhkan negara yang tercinta.

No comments:

Post a Comment