Friday 20 May 2016

Azmin Mengaku Tak Mampu Hapuskan GST - MB Selangor Cuba 'Bodoh'kan Pengundi Sg Besar



Dalam satu rakaman video program yang dilakukan Azmin Ali di Sabak Bernam, beliau mengakui kerajaan negeri tidak mampu menghapuskan GST di kawasan pentadbiran negeri Selangor. Pengakuan Azmin ini sebenarnya membuka 'pekung' kerana kerajaan Selangor tidak mampu menghapuskan cukai berkenaan berikutan keperluan kerajaan negeri mengutip cukai dari rakyat untuk keperluan PKR Selangor.

Pautan video berkenaan 
TEKAN SINI

Seperti biasa PKR tidak pernah menepati janji mereka sejak merampas Selangor dari Barisan Nasional malah hanya menabur janji untuk mendahulukan rakyat. Wang rakyat Selangor yang dibelanjakan Azmin sesuka hati melalui pelbagai projek tidak masuk akal hanyalah sebagai 'topeng' PKR untuk mengaburi mata penduduk Selangor.

Kehadiran beliau di Parlimen Sungai Besar untuk berkempen jelas menunjukkan beliau tidak pernah mengambil tahu keadaan penduduk sebelum ini. Perjalanan dari Shah Alam ke Sabak Bernam sendiri banyak memerlukan perhatian kerana kerosakan jalanraya yang begitu teruk tidak pernah dipedulikan kerajaan negeri di bawah PKR Selangor.

Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta dari MARRIS, Selangor tidak memaksimumkan peruntukan tersebut untuk membaikpulih sistem jalanraya dan perparitan seluruh Selangor. Memburukkan keadaan apabila fenomena La Nina melanda, banjir kilat yang mengakibatkan kerosakan kenderaan bertambah dan jalanraya menjadi rosak kerana tidak di baik pulih. Kemana sebenarnya Azmin belanjakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan itu? Selangor sendiri tidak memperuntukkan jumlah besar dalam pembentangan bajet untuk kemudahan infrastruktur jalanraya Selangor.

Azmin juga yang membazirkan wang rakyat untuk papan tanda gergasi mempromosi banduan di seluruh Selangor. Jumlah sebenar yang dibelanjakan PKR untuk 'Billboard' Anwar tidak pernah didedahkannya walau terdapat desakan berbuat demikian. Ternyata PKR menyalahguna kuasa apabila mereka melanggar undang undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menggariskan penduan berkaitan 'Billboard'. Siapa sebenarnya yang meluluskan lesen untuk 'Billboard' tanpa campurtangan politik sedangkan jelas termaktub perkara tersebut di larang sama sekali dalam Undang Undang Kecil PBT.

Azmin yang cuba berseloroh akan menghapuskan cukai GST sekiranya berjaya ke Putrajaya sebenarnya patut malu dengan negeri Johor yang bertindak menyerap cukai GST dari dikenakan di kawasan PBT Johor Darul Takzim selaras dengan titah Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar.

Mengapa Azmin tidak berani menghapuskan cukai GST di PBT sebagaimana permintaan 'Makcik' didalam video tersebut? Pastinya beliau mengetahui kepentingan cukai GST kepada kewangan negeri dan beliau tidak mahu mengakui kepentingannya kerana ibi akan menjatuhkan kredibiliti pembangkang yang sering membuat demonstrasi haram berkaitan GST.

Azmin yang mengetuai PKR Selangor dalam kempen PRK Sg Besar sudah tentu akan menabur janji manis untuk memikat pengundi sedangkan beliau mengetahui PKR tidak berupaya melunaskan janji mereka kepada rakyat Selangor. Janji untuk menyalurkan bantuan RM100 sebulan kepada Ibu Tunggal tidak pernah ditepati inikan pula mahu menabur janji menghapuskan cukai GST.

Inilah sikap sebenar Azmin setiap kali berhadapan dengan rakyat Selangor. Beliau yang kini semakin terdesak mencari formula merampas kerusi Sg Besar mula menjanjikan bulan bintang kepada penduduk Sg Besar. Ancaman dari dalam PKR sendiri sudah ternyata merunsingkan Azmin yang mahu memastikan hanya calon PKR di pilih sebagai wakil Pakatan Harapan bagi kerusi Sg Besar. Untuk itu , beliau dikatakan akan membawa bersamanya Tun Mahathir untuk berkempen kali ini.

Adakah rakyat Sg Besar tidak cerdik seperti yang Azmin jangkakan? Jika Azmin beranggapan rakyat Sg Besar boleh di'perbodoh'kannya maka beliau bakal melakukan kesilapan percaturan dengan menabur pelbagai janji penipuan PKR.

No comments:

Post a Comment