Tuesday, 10 May 2016

NGO Bangkit Pertahan Kepimpinan Negara - MENJANA MALAYSIA Sahut Seruan Najib






Ketika Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak di serang bertalu talu dari segenap sudut oleh musuh politik masih ramai lagi yang bangkit mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu. Bukan mudah ranjau yang dihadapi Najib bagi mentadbir Malaysia selepas mengambil alih kepimpinan daripada Tun Abdullah Badawi.

Perjalanan getir yang diharungi Najib demi survival politik Umno dan kesejahteraan rakyat menjadi inspirasi kepada Sabari Jusoh untuk turut serta menyatakan sokongan dan merealisasikan sokongan kepada Najib melalui NGO yang diuruskannya. MAJLIS PEMBANGUNAN JATIDIRI NASIONAL MALAYSIA  (MENJANA MALAYSIA) merupakan antara NGO yang mempertahankan kepimpinan Najib dan Umno dari serangan 'musuh' politik yang mahu menjatuhkan kepimpinan negara.

MENJANA MALAYSIA yang mengenalpasti individu yang Cintakan Negara untuk membentuk satu pasukan yang efektif dalam menerangkan dasar dasar negara kepada rakyat. Tidak mengambil peranan dari pihak yang dipertanggungjawabkan, MENJANA MALAYSIA menjurus kepada pembentukan jatidiri melalui latihan singkat yang diadakan. Tidak bermaksud mengamblalih peranan dalam parti dalam menerangkan dasar kerajaan, MENJANA MALAYSIA lebih mengutamakan pengisian kefahaman kepentingan mempertahankan kedudukan KUASA MELAYU dalam negara demi keseimbangan politik negara.

MENJANA MALAYSIA juga memberi tumpuan untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai Barisan Nasional dan kepentingan mengekalkan kuasa untuk kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. Peserta menerima latihan bagaimana untuk mengenalpasti pengundi berpotensi untuk menjadi penyokong BN seterusnya berperanan menjadi penentu hala tuju politik negara.

Generasi 'Y' juga menjadi antara tumpuan MENJANA MALAYSIA untuk diberikan penerangan jelas mengenai kepentingan mempertahankan kestabilan politik negara serta memberi kefahaman kepentingan mengekalkan Kuasa Melayu dan Raja Raja Melayu dalam memainkan peranan penting kepada kepentingan kaum Melayu serta Agama Islam selaku Agama Rasmi Malaysia.




Latihan yang mengutamakan Ukhwah terhadap semua pelatih untuk memastikan setiap dasar kerajaan diterapkan kepada rakyat setelah kembali dari kursus yang diadakan. Dalam memastikan kesinambungan kuasa Melayu yang telah diamanahkan kepada Umno, MENJANA MALAYSIA turut mengingatkan peserta mengenai peranan Raja Raja Melayu dalam menjadi Payung kepada Umat Melayu dan Agama Islam.



Walau rata rata peserta yang menghadiri kursus MENJANA MALAYSIA merupakan mereka yang pernah mendapat pelbagai kursus, kesan daripada latihan yang disediakan sangat berkesan untuk diluaskan kepada akar umbi mengenai perjalanan politik Malaysia. MENJANA berjaya membangkitkan satu gelombang kebangkitan menginsafi peranan pihak pembangkang yang selalu mencari jalan menjatuhkan kekuatan politik Melayu.

Antara intipati kursus yang disediakan MENJANA MALAYSIA menjurs kepada menginsafi kepentingan Melayu untuk terus mempertahankan kedudukan Kuasa Melayu memerintah serta menjadi sebahagian daripada pertahanan Kedaulatan Raja Raja Melayu. Mereka juga didedahkan dengan kebobrokan pembangkang yang sentiasa mahu mengikis kuasa Melayu secara halus menerusi fitnah serta hasutan terhadap kaum lain untuk turut sama mencemar penghormatan terhadap Ketuanan Melayu yang dilindungi dalam 7 Wasiat Raja Raja Melayu.

Peranan NGO seperti MENJANA MALAYSIA semakin penting kepada kekuatan politik Melayu untuk meneruskan survival dan status Bumiputera terus dibela. NGO seperti MENJANA MALAYSIA sebenarnya sememangnya diperlukan untuk terus menjadi tulang belakang kepada kepimpinan negara dan menjadi sebahagian dari pertahanan Ketuanan Melayu dalam politik Malaysia.