Saturday 28 May 2016

Kuala Kangsar - PAN Tidak Berani Letak Calon Heavyweight Untuk Benam Pengaruh PAS?


PAN TIDAK MAMPU KETENGAH CALON DALAM PRK KUALA KANGSAR ATAU MAT SABU SUDAH HILANG KUKU?






Perseteruan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Amanah Negara (PAN) sememangnya terserlah apabila mereka bertarung dalam perebutan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak Mei lepas. Walau pertama kali mencuba nasib PAN yang mengalami kekalahan memalukan masih tetap mahu mencuba memadamkan pengaruh PAS terhadap pengundi yang menyokong PAS selama ini.

Seperti yang diketahui, PAN merupakan parti yang ditubuhkan selepas golongan 'anti Ulama' kalah dalam Muktamar PAS dan mereka tidak berpuas hati dengan Majlis Syura PAS yang masih mengekalkan fahaman 'ortodoks' di mana pembaharuan yang cuba dibawakan oleh golongan ini di tentang kuat para ahli tegar PAS.

PAS melihat satu revolusi pemikiran cara baru yang cuba diterapkan golongan 'liberal' ini sangat berbahaya untk perjuangan sebenar PAS telah berjaya menyekat penularan fahaman tersebut. Selepas ketiadaan Nik Aziz, PAS yang kelihatan sangat lemah cuba bangkit dari kekalutan dalaman dan ini perkara yang diutamakan Presiden PAS bagi memastikan matlamat penubuhan parti Islam itu berjaya dilaksanakan.

Dalam percaturan bagi merebut kerusi di Parlimen Kuala Kangsar, PAS telah mengambil langkah awal memperkenalkan calon mereka yang merupakan Ketua Muslimat PAS Perak bagi menentang calon Barisan Nasional. Langkah ini adalah bagi memperlihatakan kekuatan mereka kepada PAN yang ketandusan calon berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon di PRK Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 16 Jun 2016.

PAN yang diketahui kini menjadi 'anak emas' DAP pula sudah tentu enggan mengalah bagi membukttikan mereka punyai kekuatan dan mampu meyakinkan Pakatan Harapan yang semakin menuju kehancuran akibat sikap ego PKR dan DAP yang mahu menunjukkan belang masing masing. Perbalahan dalaman Pakatan Harapan telah diterjemahkan semasa PRK Sarawak dan natijahnya kekalahan teruk serta memalukan apabila persefahaman antara mereka tidak dapat dicapai.

PAS yang meletakkan calon dari Wanita pula cuba bermain elemen simpati kerana mereka yakin pengundi akan memberikan kelebihan buat mereka mentelah perayu undi akan datang dari kalangan wanita sendiri. 

Sudah tentu Wanita Umno tidak akan memandang remeh perkara tersebut kerana selama ini Wanita Umno merupakan antara tenaga kerja paling efisien bagi setiap kempen pilihanraya. PAS yang gerun dengan kemampuan Wanita Umno pula melihat perlunya mereka meniru cara kempen ini dan mahu bereksperimen apabila mengetengahkan calon dari wanita PAS.

Pujian buat Wanita Umno yang tidak pernah gagal membantu kempen pilihanraya dan mereka berjaya mebuktikan kuasa Wanita sangat diperlukan dalam setiap kempen pilihanraya.

 PAS yang melihat modul Umno kini cuba menerapkan cara kempen Umno dalam parti mereka dan berharap PAN tidak mampu bersaing dengan kaedah ini.

Mat Sabu yang merupakan Presiden PAN pertama pastinya enggan dimalukan oleh PAS kerana beliau sendiri pernah mencaci PAS setelah diusir dari Pakatan Rakyat sebelum bertukar menjadi Pakatan Harapan. Bagi Mat Sabu, PAS perlu dimusnahkan bagi memastikan kedudukannya dan PAN dalam Pakatan Harapan kukuh untuk menjayakan perancangan mereka merampas Putrajaya dari Barisan Nasional.

Apakah PAN akan berjaya menafikan kekuatan PAS di Kuala Kangsar dengan meletakkan calon 'Heavy weight' mereka bagi pertandingan 3 penjuru? Atau PAN hanya seperti 'ayam berkokok, tahi berderai di ekor'?

Mat Sabu perlu memikirkan strategi untuk membenamkan pengaruh PAS demi kedudukan mereka dalam Pakatan Harapan dan sebagai tanda taat setia mereka kepada DAP.

No comments:

Post a Comment