Friday 20 May 2016

'Team Azmin,Mahathir' Vs 'Team Rafizi,Azizah' Dalam PRK Sg Besar?



Kegagalan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menamakan penderma projek 'Gerbang Selangor' dikatakan menjadi antara punca hubungannya dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin keruh kebelakangan ini. Presiden PKR yang ternyata tidak berani mengulas mengenai hal tersebut walaupun menduduki kerusi Kajang selaku ADUN, hanya menjadi 'burung tekukur' apabila Azmin bertegas tidak mendedahkan identiti individu itu.

Benarkah Rafizi Ramli mengenali individu yang dikatakan oleh Azmin sebagai penderma untuk projek bernilai RM9.8 juta itu? Beliau yang tidak senang dengan tindakan kerajaan negeri kerana mendahulukan wang rakyat bagi membayar kos keseluruhan projek tanpa mendapat kata putus dari penderma yang telah diwar-warkan.

Rafizi Ramli turut kurang senang dengan tindakan Azmin membelakangkan Presiden PKR melihat jurang antara pimpinan PKR semakin melebar apabila Mahathir mula menguasai pemikiran Azmin dalam menentukan hala tuju Pakatan Harapan atas nama kerjasama deklarasi rakyat. Ternyata kehadiran Mahathir yang mula dirasai dalam PKR turut tidak di senangi Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang kini meringkuk dalam penjara Sg Buloh kerana kesalahan meliwat. 

Tersebarnya sepucuk surat dari Anwar menambahkan lagi kegusaran Rafizi terhadap Azmin yang seperti mahu menjadikan Mahathir pengganti Anwar dan ini sudah tentu akan di tentang oleh Rafizi dan sekutunya. Perbalahan dalaman PKR telah mewujudkan dua puak yang berseteru di mana Rafizi masih mempertahankan Anwar manakala Azmin pula mahu membawa evolusi dalam PKR dengan membawa masuk seberapa ramai pemimpin Umno yang bakal berpaling tadah kerana menjadi pengikut setia Mahathir.

Azmin yang memerlukan pengaruh Mahathir untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Sungai Besar kini terdesak menghalang sebarang permintaan daripada sekutu dalam Pakatan Harapan. Beliau tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Democratic Action Party (DAP) setelah menyaksikan kekalahan besar Pakatan di Sarawak kerana perebutan kerusi sesama mereka.


Parti Amanah Negara (PAN) sebagai 'anak emas' DAP yakin mereka mampu menawan kerusi Sg Besar dan akan mendesak DAP untuk melobi kerusi tersebut dan menyerahkan kepada mereka. Timbalan Presiden PKR yang melihat perkara ini perlu mengambil langkah drastik menyekat kemaraan PAN dari mempengaruhi sebarang keputusan dalam Pakatan Harapan.

Ura ura PKR akan menamakan bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib sebenarnya merunsingkan PKR sendiri kerana mereka akan dilihat ketandusan calon berkredibiliti selain mengitar semula calon dari Umno sendiri. Malah Wan Azizah sendiri belum bersedia berhadapan dengan suasana PRK Sg Besar dan beliau dibayangi Azmin yang bertindak melangkaui Presiden PKR dan ini sangat tidak disenangi ahli parti. 

Maruah PKR akan dicemuh kerana tidak mampu menampilkan calon berwibawa dari parti dan hanya berharap kepada imej bekas MB yang pernah terpalit dengan isu penahanannya di luar negara dan ini membuat Rafizi semakin berang apabila Azmin tidak mengambil pandangan dari ahli parti tetapi hanya merujuk kepada Mahathir selaku 'God Father' yang baru buat PKR.

Adakah Azmin lebih bijak mencatur kedudukan yang akan menjamin cengkamannya dalam PKR sendiri apabila mengatur untuk mengusir secara tidak langsung beberapa individu yang akan menghalang cita citanya?

Benarkah perbalahan dalaman PKR telah mewujudkan dua puak berentap sesama mereka? Dikatakan perbalahan ini menjadi punca wujudnya 'team Azmin-Mahathir' melawan 'team Wan Azizah-Rafizi' untuk menghadapi PRK Sg Besar.

Perkembangan ini sudah tentu akan di pandang serius oleh DAP dan mengambil peluang untuk menonjolkan calon pilihan mereka bagi kerusi Sg Besar. Ternyata percaturan Pakatan Harapan di PRK ini kelihatan saling tidak tumpah seperti perebutan antara mereka dalam PRN Sarawak.

Mungkinkah ini tanda Pakatan Harapan bakal berkubur dan terus lenyap dari arus politik negara? Mereka tidak mampu bersatu seperti Barisan Nasional yang lebih mengutamakan kesepakatan bersama.

No comments:

Post a Comment