Tuesday, 31 May 2016

PRK Kuala Kangsar - PAS Mula Merasuah Pengundi Di Menora






PAS Mulakan Kempen Dengan Rasuah Mat Motor Menora

PAS Kuala Kangsar memulakan kempen pilihanraya P067 dengan budaya rasuah yang bertentangan dengan slogan mereka sebagai parti Islam. Dalam satu program di Kampung Menora, PAS cuba memancing anak muda dengan mengadakan program menukar minyak hitam motor secara percuma.

Tinjauan mendapati program tersebut hanya mendapat sambutan dalam kalangan ahli PAS setempat. Budaya merasuah PAS sering dilakukan apabila mereka bertanding dalam sebarang pilihanraya.

PAS sering menuduh Umno menghidupkan budaya rasuah tetapi mereka sendiri membuktikan budaya rasuah sangat mekar di dalam PAS sendiri bagi meraih kepentingan parti tersebut. Bagaimana sebuah parti yang mendakwa memperjuangakn Islam sebagai perjuangan sudah terpesong dan mengikuti cara Pakatan Rakyat dalam mencari simpati pengundi setempat.

Perkara ini bukanlah baru dalam PAS yang sebelum ini di kuasai oleh puak liberal yang membawa pemikiran baru untuk diterapkan dalam parti itu malah ada kalangan pemimpin tertinggi PAS turut membudayakan perkara ini bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam parti setiap kali Muktamar Tahunan diadakan.

Inilah budaya yang PAS cuba bawakan kepada pengundi di Kuala Kangsar bagi meraih undi dengan polemik bahawa parti PAS itu BERSIH dari segala unsur rasuah tetapi sangat jelas mereka sendiri melakukannya demi memastikan kemenangan Dr Najihah pada 16 Jun 2016.

Perlanggaran etika pilihanraya oleh PAS menampakkan betapa mereka sebenarnya 'MABUK' untuk berkuasa di Kuala Kangsar dan mahu mendabik dada terhadap Pakatan Harapan setelah pengusiran PAS dan digantikan dengan PAN oleh DAP. Apa yang pasti PAS Kuala Kangsar membuktikan parti mereka tidak mencerminkan slogan parti dan hanya beretorik demi undi.

Adakah parti begini yang akan penduduk Kuala Kangsar harapkan bagi mebela nasib mereka setanding dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional? Rakyat semakin bijak menilai penipuan oleh PAS setiap kali pilihanraya dan mereka sudah tidak mampu 'berlakon suci' apabila mengakui akan memperjuangkan Islam.

Rakyat Kuala Kangsar harus disedarkan betapa PAS melakukan KORUPSI hanya untuk meraih undi dan bukan menjadi hasrat mereka membela nasib pengundi P067 Kuala Kangsar. Perlu juga diingatkan kepada pengundi hanya Umno dan Barisan Nasional yang telah berjaya mengubah landskap dan nasib rakyat Kuala Kangsar.

Barisan Nasional perlu dikekalkan demi kesinambungan rakyat dan PAS perlu diberi pengajaran bahawa rakyat Kuala Kangsar tidak memerlukan parti yang hanya menunjukkan diri demi undi.