Friday, 15 July 2016

Kempen Dan Statistik Dadah - Wartawan BH Sengaja Bikin Panas?





Timbul persoalan tentang bagaimana wartawan Berita Harian dengan mudah menamakan Seberang Takir sebagai kawasan yang paling kritikal penagihan dadah. Apa motif wartawan tersebut? Benarkah wartawan BH itu pro mantan Menteri Besar sebelum MB Razif?

Pihak pengurusan Berita Harian perlu memberi penjelasan lanjut berhubung dengan penerbitan artikel yang jelas salah faktanya.

Menurut Terengganukini:

Semasa Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada 28 Feb 2016 yang lepas, Y.A.B TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi telah menlancarkan kempen perangi Dadah Habis-Habisan.

Pihak AADK Ibu Pejabat telah mengenalpasti 178 kawasan berisiko di seluruh negara.

AADK telah melancarkan Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan di 14 kawasan seluruh negara untuk Fasa 1 yang mana pemilik 1 kawasan di setiap negeri.

Bagi negeri Terengganu, kawasan yang di pilih adalah kawasan Kg Seberang Takir, ini kerana semasa Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Terengganu pada tahun 2015 yang di rasmikan oleh Y.A.B MB, beliau telah meminta supaya menumpukan Seberang Takir untuk mengisytiharkan ‘Seberang Takir Bebas Dadah’.

Oleh itu, Seberang Takir bukanlah antara kawasan lokasi kronik penagihan dadah di seluruh negara atau Terengganu seperti mana laporan keratan akhbar Berita Harian 14 julai 2016, tetapi kawasan yang paling aktif pihak AADK memberi tumpuan dengan pelbagai aktiviti sejak 2015 bagi membanteras penagih dadah untuk menyahut cabaran Y.A.B Menteri Besar.

Statistik Orang Kena Pengawasan (OKP) dan jumlah penagihan yang paling ramai adalah di daerah Kemaman, iaitu jumlah OKP Kemaman ( 786), Dungun (418), Kuala Terengganu (329), Besut (325), Marang (215), Setiu (133) dan Hulu Terengganu (90) setakat 15 Julai 2016.

Pelbagai pendekatan dan stratergi yang di gunakan dalam Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan, di antaranya adalah operasi mengesan penagih, operasi mengesan sarang, Community Empowerment dan Omnipresence.

Dan setelah tamat Fasa 1 Kempen Perangi Dadah Habis Habisan ini startergi dan pendekatan di atas akan di laksanakan di 178 kawasan berisiko di seluruh negara.

Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu (AADK)