Tuesday 26 July 2016

Skandal 400 Juta Selangor - Selangor Bakal Dapat MB Baru?




Pergeseran dalam pentadbiran Selangor kembali memuncak apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengeluarkan satu kenyataan dalam laman Tweeter miliknya memberi isyarat jeals kepada wakil dari parti lain agar menghormatinya selaku MB dan kuasa penentu kedudukan Exco Selangor.

Walau masih berdolak dalik mengenai hubungan 'diplomatik' antara Pakatan Harapan Selangor dengan PAS, Azmin dilihat cuba menjadi jambatan untuk memujuk PAS kembali ke pangkuan Pakatan. DAP yang telah berusaha menyingkir PAS bagi memberi laluan Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan kedudukan PAS selaku salah satu kuasa penentu dasar kerajaan pastinya tidak senang dengan Azmin.

Perbalahan antara Azmin dengan Setiausaha Agung PKR menjadikan Azmin mencari sokongan mudah bagi beliau mencari jalan menyingkirkan Ahli Parlimen Pandan dari terus berada dalam kedudukan selesa di Selangor. Skandal Selangor yang masih menghantui Azmin semakin mendapat perhatian rakyat yang mula mempertikaikan ketelusan PKR mentadbir Selangor.

Satu kain rentang yang memaparkan mengenai skandal 400juta akan didedahkan oleh Rafizi Ramli pada tarikh yang tertera. Samada benar akan berlaku pendedahan sebagaimana yang di tulis di kain rentang tersebut akan berlaku atau tidak hanya Rafizi mampu menjawapnya. Rakyat pernah digemparkan dengan pendedahan beliau mengaitkan pemberian kontrak dan tender secara runding terus melibatkan seks sebagai habuan balasan satu ketika. Belum lagi kisah skandal yang telah didedahkan aktivis PKR, Chegu Bard mengenai pembaziran yang dilakukan Azmin sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor.

Skandal Gerbang Selangor bernilai RM9.8 juta perlu turut didedahkan oleh Rafizi kerana melibatkan pendahuluan wang kerajaan kerana penderma belum lagi menyerahkan wang tersebut. Hal ini menarik minat rakyat Selangor kerana pembaziran tersebut sangat jelas apabila tiada sebarang manfaat kepada ekonomi Selangor dari projek berkenaan melainkan senarai nama penderma yang akan di ukir pada gerbang tersebut.

Persoalan mengenai PRK Sg Besar juga memberi impak kepada Azmin kerana beliau selaku MB tidak mampu memberi impak bagi membantu kemenangan Pakatan Harapan yang telah kalah dengan majoriti besar kepada Barisan Nasional. Kredibiliti beliau sebagai Panglima Perang PH turut terjejas apabila kehadirannya dalam kempen PRK terbabit tidak membawa hasil positif malah rakyat menempelak beliau yang ternyata tidak mampu menyelesaikan isu GST dalam Selangor sebaliknya menuding kepada Kerajaan Pusat.

Desas desus semakin kuat mengenai pertukarannya apabila beliau mula bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam deklarasi rakyat yang tidak di restui Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR. Azmin di anggap telah membelakangkan kepentingan perjuangan sebenar PKR apabila tidak mengendahkan amaran Anwar menegnai kelicikan Mahathir yang akan mengakibatkan PKR hilang taring dalam Pakatan Harapan.

Kedudukan Azmin yang dikatakan akan diganti oleh Presiden PKR sendiri semakin kuat bertiup apabila Rafizi turut tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang di buat Azmin membabitkan kepentingan PKR dalam Pakatan Harapan. Beliau dikatakan terpaksa akur dengan ketegasan DAP yang semakin menguasai segala keputusan untuk Selangor. Malah terdapat ura ura beliau mahu melenyapkan dinasti Anwar dalam PKR dengan bantuan pihak luar PKR dan perkara ini hanya di ketahui apabila pergeseran dalaman PKR memuncak.

Adakah Selangor bakal mendapat seorang MB dari kalangan wanita selepas Azmin digulingkan Rafizi? Sudah tentu perhatian terarah kepada Wan Azizah kerana beliau dikatakan calon yang paling layak menggantikan Azmin atas kapasitinya selaku Presiden PKR sehingga Anwar dibebaskan kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Rafizi perlu melunaskan janjinya yang sering dilontarkan di hadapan penyokong PKR apabila bercakap soal intergriti dan platform pendedahan ini sepatutnya memberi impak seperti diharapkan. Beliau sering menyatakan akan membawa sesiapa sahaja yang menyalahgunakan wang rakyat akan di tentangnya habis habisan dan inilah masa yang sesuai bagi Rafizi mengotakan janjinya kepada rakyat Selangor.

Mungkin pertempuran kali ini akan menjadi 'perang saudara' dalam PKR namun hakikatnya Pakatan Harapan tidak pernah peduli nasib rakyat Selangor selama ini malah mereka hanya mahu mengaut hasil bumi Selangor bagi menjamin kelancaran parti mereka serta kantung politik pemimpin tertinggi PH.

Rakyat Selangor perlu membuka mata dan memberi isyarat jelas kepada Pakatan bahawa selepas kekalahan mereka di PRK Sg Besar, Pakatan bakal berkubur dari Selangor kerana kerakusan mereka sendiri dan janji yang tidak pernah mereka tunaikan kepada rakyat selama berkuasa.

No comments:

Post a Comment