Friday, 15 July 2016

Skandal Selangor - Azmin Bakal Tersingkir, Wan Azizah Ganti Tempat Sebagai MB Selangor?


Azmin Bakal Terkorban Dalam Percaturan Anwar Tolak Mahathir?


Krisis dalaman PKR dengan kewujudan 2 kem yang berseteru tidak dapat disorokkan lagi. Kem yang taat setia kepada Presiden PKR dan Ketua Umum bersaing dengan kem Timbalan Presiden PKR yang sedang merangka perjalanan politik yang lebih jauh dari sasaran awal.

Perseteruan ini semakin jelas berlaku ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar berlangsung di mana orang 'kuat' dua kem ini sering mengelak untuk bertembung dalam satu majlis. Difahamkan Setiausaha Agung PKR yang tidak senang dengan tindak tanduk Timbalan Presiden PKR mentadbir Selangor antara punca perselisihan faham berlaku.

Rakyat tahu skandal RM9.8 juta projek 'Gerbang Selangor' masih menjadi misteri apabila 
 kerajaan Selangor enggan mendedahkan identiti penderma kepada rakyat dan perkara ini turut menjadi perhatian seluruh negara, malah aktivis PKR sendiri mempertikaikan sikap BOROS Azmin selaku MB yang mentadbir Selangor melakukan pembaziran sesuka hati ke atas wang rakyat Selangor. Sikap Azmin yang berdegil tidak mahu akur kepada kehendak dan polisi parti supaya telus kepada rakyat telah menimbulkan prasangka yang mengaitkan beliau dengan 'salah guna' kuasa mentadbir. 

Sampai bila Rafizi mahu menyorokkan identiti penderma yang dimaksudkan Azmin dan Haniza Talha? Pelbagai lagi kisah skandal pentadbiran PKR Selangor sudah mula di hidu rakyat namun Azmin tetap enggan tampil dan memberi penjelasan dan ini membangkitkan rasa kurang senang Rafizi yang sering melaungkan perjuangannya untuk kepentingan rakyat. Rafizi perlu mencabar Azmin agar tampil dengan berani untuk menjelaskan setiap kes skandal yang dibangkitkan Bard. 

PKR mempengaruhi rakyat Selangor dengan mendakwa mereka adalah sebuah parti yang telus dalam pentadbiran jelas sekali tidak menepati apa juga slogan yang dijanjikan kepada rakyat Selangor. Pembaziran wang rakyat dalam beberapa projek 'sakit' turut dipertikaikan oleh ahli PKR sendiri namun mereka tidak berani bersuara kerana mungkin berdepan dengan tindakan displin oleh Timb.Presiden PKR sendiri. Che'gu Bard antara yang lantang mengkritik telah dijatuhkan hukuman dan beliau hanya kekal sebagai ahli PKR seumur hidup.

Kini setelah gabungan Pakatan bersama Tun Mahathir menjadi kenyataan kegelisahan PKR Selangor kian terdedah apabila Wan Azizah tidak tampil ketika gabungan diumumkan malah kelibat Azmin juga tidak kelihatan seolah tidak merestui kesepakatan namun demikian ahli PKR tahu bahawa Azmin merupakan salah seorang yang kuat menyokong gabungan tersebut. Enggan hadir dalam pengisytiharan itu, Azmin dikatakan mahu memperbaiki hubungannya dengan Rafizi yang keruh apabila ternyata Rafizi yang lebih mentaati Anwar Ibrahim tidak senang dengan kehadiran bekas perdana menteri itu yang jelas mengambil alih kedudukan Wan Azizah selaku Ketua Pakatan Harapan.

Malah Rafizi yang sebelum ini menggemparkan politik pembangkang dengan dakwaan skandal WANG dan WANITA dalam urusan pentadbiran Selangor turut berdiam diri bagi mengelak langkah penyingkiran Azmin dari di hidu penyokong tegar Azmin. Beliau yang menyerang kepimpinan Selangor dengan dakwaan itu cuba mengalih perhatian rakyat dari menumpukan kebenaran dari semua dakwaannya terhadap kepimpinan BN di bawah Najib Razak. Setelah menyedari kesilapan beliau melemparkan tohmahan tidak berasas terhadap Najib dan isteri, Rafizi kini beralih tumpuan kepada usaha penyingikran Azmin yang mula beralih kesetiaan kepada Mahathir.

Benarkah isu Skandal Selangor akan digunakan Rafizi bagi menjatuhkan Azmin dan melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru sekaligus menjamin kelangsungan karier politik Anwar? Rakyat masih menanti penjelasan Rafizi serta siasatan terhadap laporan yang telah dikemukakan oleh Rafizi dan ini bakal menjadi cabaran baru kepada kepimpinan PKR Selangor untuk membuktikan ketelusan mereka mengurus tadbir wang rakyat Selangor.

Kemenangan besar BN di Sg Besar turut mempengaruhi desas desus penolakan pengaruh Azmin di Selangor sekaligus memberi isyarat kepada PKR serta Pakatan Harapan bahawa 'NYAWA' mereka sebagai kerajaan negeri bakal lenyap pada PRU14. Malah KEBODOHAN wakil DAP yang juga sekutu PKR yang tidak sensitif dengan beberapa perkara melibatkan Islam turut menjadi faktor penolakan ini. Umpama 'Bulan Jatuh Ke Riba' Rafizi tentunya tidak akan melepaskan peluang ini bagi melaksanakan agenda untuk menguatkan kembali pengaruh Azizah sebagaimana yang dikehendaki Anwar selaku Ketua Umum PKR dan Rafizi adalah orang yang paling dipercayai Anwar bagi melaksanakan tugas tersebut.

Adakah PKR Selangor akan menghadapi kisah yang sama seperti DAP P.Pinang yang dilanda skandal rasuah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng? Hanya kepimpian PKR tahu dan perlu menjelaskan apa agenda mereka dalam membuktikan komitmen kepada rakyat Selangor.




2 comments: