Tuesday, 11 October 2016

Menteri Jabatan Perdana Menteri Pembekal 'Dedak' ?

Sekeping foto boleh memberi gambaran dalam pelbagai persepsi samada positif mahu pun negatif. Dengan kecanggihan teknologi berhubung serta kewujudan laman sosial ia turut mempengaruhi pandangan netizen yang melihat dan membaca setiap perkataan oleh orang lain dan boleh mendatangkan prejudis terhadap foto tersebut.

Dalam konteks ini, sekeping foto yang mengganggu fikiran penggiat media sosial pro Umno telah tersebar di laman facebook. Dalam foto itu seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi gambaran bahawa beliau mahu menjadi orang tengah dalam menenangkan suasana hangat di kalangan penggiat media sosial pro Umno.

Zaharin Yasin yang baru baru ini secara sengaja melakukan fitnah terhadap seorang Exco Puteri Umno dengan menggelarkan beliau sebagai GRO (Guest Relation Officer) telah berjumpa dengan Menteri tersebut. Perjumpaan seorang yang dikenali sebagai individu yang terlalu banyak menzahirkan fitnah serta tuduhan terhadap Dato Sri Najib Tun Razak dengan Menteri berkenaan tidak di ketahui maksudnya.

Apa yang di kesalkan oleh netizen maya pro Umno ialah kapsyen Menteri tersebut yang secara jelas melabelkan penggiat media sebagai 'MyDedak' dan meminta 'genjatan senjata' dilaksanakan berikutan kenyataan Zaharin Yasin terhadap PM telah di kritik hebat oleh netizen maya sendiri. Siapa sebenarnya yang Menteri tersebut maksudkan sebagai 'MyDedak'? Ramai dari kalangan penggiat maya pro Umno tidak menerima apa apa bayaran dari setiap status yang mereka muatnaik bagi mempertahankan Umno dari serangan pembangkang di media sosial. Malahan mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri dari poket untuk 'berperang' dengan kumpulan yang anti Umno, anti Presiden Umno dan tidak pernah mengeluh walau acap kali di tuduh sebagai pemakan dedak. Mungkin Menteri tersebut tidak tahu pun kewujudan kumpulan sukarela maya yang setiap hari menerangkan hal isu isu semasa kepada pelayar media kerana sering diberikan laporan yang bertentangan dengan kerosakan minda pelayar media sosial yang telah terjadi kerana fitnah pembangkang.

Kapsyen yang telah dinaikmuat oleh Menteri tersebut seolah bersetuju dengan fitnah serta kebobrokan yang telah dilakukan Zaharin Yasin terhadap imej Najib dan ini menimbulkan persoalan adakah ada agenda tertentu untuk menjatuhkan PM menggunakan rangkaian media sosial? Apakah Menteri itu sebenarnya "Boss" yang dimaksudkan Zaharin Yasin dalam satu rakaman videonya apabila kecoh isu tuduhan beliau terhadap Exco Puteri Umno?

Perlu diingatkan ada penggiat maya yang memang menulis secara berbayar untuk setiap artikel yang bermutu sebagai bacaan orang ramai dan apa yang Menteri berkenaan tulis dalam kapsyennya itu seperti menghina pekerjaan penulis penulis pro Umno yang setiap hari mempertahankan parti dari serangan pembangkang. Lupakah Menteri itu bahawa beliau juga makan 'dedak' hasil dari rakyat bila di pilih menjadi wakil rakyat di Parlimen?

Benarkah wujud gerakan dari dalam Umno sendiri bagi merosakkan reputasi PM apabila ada individu di bayar bagi melakukan perkara tersebut dan di bela bagi membuat onar dengan gerakan ala gerila? 'Dedak' pula dibekalkan oleh Menteri bagi memastikan agenda tersembunyi itu mencapai matlamat sebenar? Menteri berkenaan perlu tegas dalam pendiriannya kerana sekeping foto beserta kapsyen beliau telah mengguris banyak hati sikarelawan media sosial.

Beranikah Zaharin Yasin mendedahkan siapa pembekal 'Dedak' baginya?

No comments:

Post a Comment