Dalam satu laporan Malaysiakini, seorang mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa Umno Selangor telah memanipulasi gambarnya beserta plakad yang tertera 'Mahasiswa Tolak Bersih'.
Baca : http://www.malaysiakini.com/news/359090
Dalam laporan tersebut Atyrah Hanim Razali mendakwa Umno sudah terdesak hingga sanggup menggunakan gambarnya dan mengubah perkataan asal yang tertera pada plakad yang beliau dakwa sebagai solidariti kepada seorang aktivis di Ulu Papar.
Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno Selangor telah menjawap perihal isu penggunaan gambar tersebut yang beliau terima dan tersebar dalam aplikasi Whatsapp dan menafikan sebarang pengubahsuaian dilakukan Umno Selangor. Gambar yang sering diubahsuai dan digunakan sebagai satu bentuk kempen politik sering digunakan pembangkang dalam menjalankan propaganda mereka memburukkan kerajaan malah gambar Perdana Menteri tidak terkecuali dari menjadi sebahagian bahan propaganda yang pembangkang gunakan.
Benarkah Umno Selangor terdesak hingga menggunakan gambar individu seperti Atyrah bagi menunjukkan mahasiswa menolak kempen Bersih 5? Gambar beliau tersebar dalam aplikasi dan tidak diketahui siapa penyebar asal tetapi Atyrah cuba menuduh Umno Selangor dan menuding kepada Umno atas kesalahan pengubahsuaian gambar. Ini merupakan satu penghinaan dari golongan mahasiswa terhadap Umno dan sewajarnya Umno Selangor mengambil tindakan tegas terhadap Atyrah jika tuduhan beliau itu tidak benar.
Zein Isma juga perlu bertegas serta mengambil tindakan sesuai apabila beliau turut diberikan amaran oleh Atyrah sedangkan Zein sendiri menerima gambar tersebut dari media sosial dan tidak diketahui siapa yang bertanggungjawap dalam hal tersebut.
Malah tindakan Atyrah yang memberi amaran tersebut dalam twitternya perlu sedar implikasi atas tindakannya yang menuduh Umno terdesak. Beliau sepatutnya berfikir adakah hanya gambarnya sahaja yang digunakan media dalam kempen? Beliau tidak boleh menafikan tidak pernah melihat gambar pemimpin lain yang diubahsuai lebih teruk hingga menjejaskan rupa asal pemimpim dan beliau bernasib 'baik' hanya perkataan 'Save Ulu Papar' sahaja yang di tukar dan bukan wajahnya. Menuduh Umno yang melakukan pengubahsuaian seperti tidak masuk akal kerana mahasiswa seperti beliau bukan golongan 'katak bawah tempurung' dan mustahil buta IT.
Adakah tindakan Atyrah mahu mengambil tindakan undang undang terhadap Ketua Penerangan Umno Selangor didorong oleh individu tertentu yang mahu menggunakan mahasiswa sebagai penggerak dalam kempen BERSIH 5 atau Atyrah sendiri bersetuju dengan kempen BERSIH 5 apabila secara 'membabi buta' menuduh Umno terdesak?
Beranikah Umno Selangor mengambil tindakan balas terhadap Atyrah atas dakwaannya yang menuduh Umno terdesak hingga memanipulasi gambar beliau sedangkan lebih banyak gambar lain turut digunakan dalam kempen politik pembangkang?
No comments:
Post a Comment