Berada di tangga ke 4 menurut kajian "We are social, September 2016" rakyatMalaysia merupakan negara yang paling aktif menggunakan media sosial untuk samada menerima maklumat mahupun menyalurkan maklumat.l
1 - Korea Selatan 50.4 juta penduduk (82%)
2 - Taiwan 23.5 juta penduduk (72%)
3 - Singapura 5.65 juta penduduk (69%)
4 - Malaysia 30.5 juta penduduk (62%)
Kajian TNS Global pula menunjukkan sebanyak 66% pengguna internet Malaysia mengakses aplikasi internet media sosial setiap hari. Dari jumlah tersebut 20.1 juta pengguna internet atau 59% adalah mereka yang berada di bawah umur 30tahun.
Menyedari melayari internet tanpa penapisan sebarang berita yang tidak diketahui kebenaran isi kandungan adalah sangat berbahaya kepada pengguna yang masih belum mampu membezakan kebenaran dan penipuan, satu seminar Wasatiyyah Fiqh Tabayyun 2016 telah dianjurkan Jabatan Perdana Menteri bagi menerangkan garis panduan kepada Umat Islam untuk mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan dari terus dikongsikan pengguna internet dan media sosial.
Fenomena berkongsi berita yang tidak diketahui kesahihannya menjadi kegilaan pelayar media bagi menjadi antara yang pertama menyebarkan berita. Kegilaan ini adakala memakan diri apabila sesuatu yang menjadi viral sebenarnya merupakan berita yang tidak sah serta merosakkan kisah sebenar.
Berkongsi pandangan serta fikiran dalam Seminar Wasatiyyah ini adalah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia serta beberapa nama besar dalam pembangunan Wasatiyyah di Malaysia.
Pelbagai informasi dikongsikan oleh penceramah bersama peserta bagi mendepani cabaran media sosial dalam terus dipengaruhi unsur fitnah yang akan memporak porandakan Malaysia atas kesilapan rakyat dalam berkongsi maklumat tanpa sempadan.
Atas kesedaran ini MENJANA MALAYSIA menyertai satu Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertempat di Intekma Resort & Convention Centre di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment