KERANA JARI BADAN BINASA - PAK GUARD AKUI TERIMA UPAH MEMBUNUH
Kesilapan sendiri ketika menaikmuat status di garismasa Facebook adakala mengundang padah dan menjadi tular kerana mengundang kemarahan netizen maya. Begitu juga apa yang terjadi terhadap satu akaun facebook yang menggunakan nama Faiz Ziedainie telah membuat satu kenyataan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia.
Dalam status tersebut, Faiz bergambar di hadapan bangunan Seri Perdana dan menulis "saya ke sini kerana di upah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan huhu"
Ayat beliau jelas menunjukkan niat untuk membunuh PM dan beliau mengaku menerima upah bagi melaksanakan misi tersebut. Adakah beliau dipengaruhi oleh kegiatan pengganas Daesh? Setelah menyedari kesilapan itu, Faiz membuat satu status permohonan maaf tetapi beliau tidak menujukan kepada pihak mana mana.
Laman media sosial merupakan satu wadah yang mampu memberi manfaat jika digunakan dengan car baik tetapi ia juga mampu menjadi satu maslah jika terdapat pemain facebook yang memang mahu membuat provokasi melampau kepada pihak tertentu. Jika mengikut sejarah kewujudan Arab Spring ia bermula dari media sosial di mana seorang pemuda membakar diri dan meraih simpati rakyat lantas mewujudkan keganasan di negara timur tengah.
Inilah juga cara yang sedang diterapkan kepada rakyat di Malaysia oleh sesetengah pihak. Ingat lagi kes bunuh diri di Pulau Pinang? Menyalahkan kerajaan kerana kesalahan beliau menjual rokok seludup lalu mengambil nyawa sendiri? Jika tidak di kekang trend ini bakal menjadi ikutan rakyat yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dan terpedaya dengan hasutan pihak satu lagi.
Sudah tiba masanya pihak berkuasa memandang serius perkara sebegini bagi mengelakkan huru hara terjadi di masa akan datang. Pihak Polis DiRaja Malaysia perlu menyiasat Faiz atas ugutan beliau kerana kenyataan beliau mengundang rasa gelisah rakyat memandangkan beliau mengaku menerima upah bagi membunuh. Siapa yang mengupah beliau dan tujuan apa perlu diperjelaskan.
No comments:
Post a Comment