Sunday, 25 December 2016

SILAT 'GAYUNG' JAMAL BERJAYA BONGKAR KERAKUSAN PKR SELANGOR








'GAYUNG' JAMAL BERJAYA GOYANGKAN PKR SELANGOR DAN PAKATAN HARAPAN

Apabila Dato Seri Jamal Yunus hanya berbekalkan gayung di tangan dan berpakaian mandi melakukan protes terhadap Kerajaan PKR Selangor mengenai krisis air yang melanda negeri tersebut dan mengakibatkan ramai rakyat terlibat satu tekanan berjaya diwujudkan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut. Walau hanya simbolik apa yang Jamal lakukan itu menerima kecaman dari mereka yang tidak faham namun bagi pemerhati poltik itulah permulaan keruntuhan pemerintahan Pakatan Harapan di masa akan datang.

Tindakan Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar Selangor turut mengundang kontroversi apabila resort miliknya seperti menjadi taruhan apabila dirobohkan pihak MDSB. Namun begitu Jamal membuat 'tindakan balas' apabila menggempur kedai judi slot yang terang terang diberikan lesen oleh MDSB sebagai pusat hiburan keluarga.

Ini turut mengundang kontroversi kerana TPM pernah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa memerangi semua kaedah judi slot serta membekukan sebarang pengeluaran lesen bagi maksud yang sama namun pihak MDSB dan kerajaan PKR seakan tidak mengendahkannya langsung.

Apa yang di buat oleh Jamal di hadapan SUK Selangor ini sebenarnya tidak digemari oleh Pakatan Harapan terutama DAP selaku sekutu kuat PKR Selangor. Isyarat yang jelas telah disampaikan oleh Jamal kepada rakyat Selangor mengenai kezaliman PKR Selangor yang di lihat seperti sengaja melengahkan projek naiktaraf empangan kerana mempunyai muslihat politik yang akan digunakan apabila menjelan PRU. Rakyat akan dimomokkan dengan segala kesukaran jika kerajaan bertukar tangan dan ini pastinya menjadi satu modal politik buat Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. 


Apa yang diperlukan Umno Selangor untuk bangkit merampas kembali Selangor dari Pakatan Harapan telah di rintis Jamal dan sepatutnya ia di sambut dengan desakan terhadap Azmin untuk menyelasikan masalah bekalan air mentah bersih kepada rakyat di masa akan datang. Jika PKR tidak mampu melaksanakannya maka rakyat perlu menghukum Pakatan Harapan yang hanya pandai membuat menifesto PRU tetapi akhirnya menyatakan itu bukanlah janji yang perlu ditepati. Berapa lama lagi rakyat Selangor harus menerima hukuman akibat kelemahan PKR? Lihat sahaja isu yang melanda pemerintahan Selangor sejak mula di perintah PKR. Perbalahan dalaman Exco Selangor telah menimbulkan polemik mengenai kuasa Exco Agama Selangor dalam isu rampasan arak di sebuah kedai serbaneka. Beberapa isu berkaitan Selangor turut diperkatakan oleh ahli PKR sendiri sampaikan bekas Setiausaha Agung mereka, Rafizi Ramli menyatakan kewujudan skandal rasuah dalam pemberian tender berlaku dalam pemerintahan PKR. Belum kisah penderma projek Gerbang Selangor yang hingga kini Azmin tidak dedahkan nama pendermanya walau kerajaan negeri dikatakan membayar dahulu kos projek berkenaan menggunakan wang rakyat.

Jelas sekali Jamal yang membuat perangai 'Gila-gila' sebenarnya amat diperlukan rakyat Selangor sebagai penyelamat nasib mereka dari terus di tindas di bawah PKR dan kerja 'Gila' Jamal kini sudah mula difahami rakyat Selangor dan mereka mula bersuara. Apabila rakyat mula bersuara maka PKR sudah boleh memikirkan kemana haluan politik mereka selepas ini dengan kerja 'Gila' Jamal yang melondehkan kelemahan sebenar PKR Selangor.

Mungkin Azmin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor selepas PRU14 dan Pakatan Harapan bakal hanyut. Hanya 'Silat Gayung' diperlukan Jamal bagi menjatuhkan Pakatan Harapan.



No comments:

Post a Comment