PKR BERTINDAK ZALIM HANYA KERANA GAGAL TANGANI ISU AIR SELANGOR
Selepas adegan protes Jamal Yunus di hadapan bangunan SUK Selangor mendedahkan kelemahan PKR Selangor mengurustadbir krisis air dan kepincangan pentadbiran Azmin, tindakan 'adhoc' telah di ambil ke atas premis pusat peranginan milik Jamal hari ini.
Selaku Ketua Umno Sungai Besar, tindakan beliau semalam yang menyuarakan kekesalan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor menangani isu yang melibatkan negeri Selangor hingga menjadi tular dalam media sosial di anggap sebagai 'ancaman' terhadap PKR Selangor serta sekutu kuat mereka DAP. Rakyat Selangor yang merasai keperitan ketiadaan bekalan air kian menyampah dengan alasan demi alasan oleh Azmin dan apabila Jamal hanya bertuala mandi ia merupakan kemuncak kemarahan netizen kepada PKR Selangor.
Sebelum itu, Jamal telah 'memandikan' seorang pemain siber PKR dikenali di facebook sebagai 'Badak' atau nama samarannya 'Ratu Naga' dengan campuran telur,tepung dan air longkang apabila beliau cuba melakukan provokasi murahan dengan membawa sebotol air mineral bersaiz 1.5 liter sebagai bahan bantuan kepada Jamal Yunus. Bagaimanapun kehadiran 'orang suruhan' PKR ini hanya mengundang kisah lucu kerana cuba mempolitikkan isu air dan helah untuk mencari populariti bagi menutup kelemahan kerajaan PKR Selangor berkaitan isu air.
Dalam pada itu, satu notis merobohkan premis Sekin Resort telah diberikan kepada Jamal kerana dikatakan melanggar peraturan dalam undang undang Majlis Daerah Sabak Bernam.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.
Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Jamal ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima tahun lalu.
Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.
Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.
Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.
Jamal turut memaklumkan kerja meroboh premis perniagaannya oleh MBSB sedang dilakukan itu dakwanya atas arahan menteri besar.
"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.
Malah dakwa Jamal pula semua syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.
Adakah kerana dendam dan risau kebangkitan rakyat Selangor menentang kezaliman PKR dalam isu air di balas dengan merobohkan premis perniagaan milik Jamal? Mengapa Azmin tidak mengarahkan pihak PBT Selangor merobohkan premis judi yang tumbuh umpama cendawan di Sekinchan? Adakaj PKR mengutip 'ufti' dari tokey judi atau Azmin ada 'saham' dalam perniagaan tersebut hingga tidak berani bertindak merobohkan premis judi yang dikatakan 'berlesen' di Sekinchan dan Selangor?
No comments:
Post a Comment