Showing posts with label Sivarrajh Chandran. Show all posts
Showing posts with label Sivarrajh Chandran. Show all posts

Tuesday, 15 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - SAKSI KES MANOGARAN DAPAT 'DUIT MINYAK HELIKOPTER'?

Saksi Manogaran Turut Kelihatan Dalam Majlis 'Duit Minyak' Anjuran Pakatan Harapan?





Bekas Ahli Parlimen CH, Sivaraj Chandran mendakwa salah seorang saksi bagi pihak Manogaran turut hadir dalam majlis pemberian 'Duit Minyak' Pakatan Harapan semasa kempen pilihanraya tersebut.

Pautan - http://m.utusan.com.my/berita/politik/saksi-kes-sivarraajh-hadir-di-program-ph-1.822681

Individu tersebut dikesan mengenakan baju Pakatan Harapan semasa majlis tersebut. Jika perkara ini benar maka timbul pula persoalan adakah individu tersebut menerima 'DUIT MINYAK HELIKOPTER' sebagai imbuhan menjadi saksi kes yang diheret oleh Manogaran ke Mahkamah SPR? 



Pihak Berwajib perlu menyiasat perkara pemberian 'Duit Minyak' yang turut diakui oleh Lim Kit Siang kerana ada percanggahan dalam peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Hakim bagi kes Manogaran lawan Sivaraj juga menjatuhkan hukum bersandarkan kepada pelanggaran peraturan tetapi apabila pihak Pakatan berbuat demikian pelbagai alasan tercipta bagi 'MENYUCIKAN' perbuatan mereka. Adakah ini keadilan peraturan SPR apabila kena pada pihak lain maka jatuh hukum bersalah tetapi jika kena kepada PH ianya terus dilabelkan sebagai 'Halalan Toiyiba'?



Adakah ada standard berlainan dalam perlanggaran peraturan Pilihanraya CH ini? Rakyat memerhati dengan penuh minat akan isu ini dan mahukan pihak berwajib melaksanakan JANJI untuk BERINTERGRITI dan TELUS dalam Pilihanraya ini? Adakah Ketua Pengarah SPR yang baru dilantik akan mengotakan JANJI beliau atau hanya sekadar menjadi umpama 'MANIFESTO PAKATAN HARAPAN'?

Monday, 23 April 2018

SENTIMEN 'ANAK TEMPATAN' BAKAL BUAT MIC 'BUNGKUS BAJU' DI P078?

BERHADAPAN DENGAN CALON ANAK TEMPATAN BAKAL UNDANG MASALAH BUAT SIVARAJH?

Dengan prestasi yang tidak memberangsangkan ketika bertarung di Buntong pada Pru13, Sivarajh Chandran dari MIC dikatakan akan berdepan dengan krisis undi. Beliau yang dicalonkan oleh MIC sebagai calon 'Kerusi Tradisi' P078 boleh dikatakan tidak dikenali pengundi kerana kehadirannya pada Jun 2017 terlalu singkat buat pengundi kenal.

Menambah masalah Sivarajh, PAS yang belum pernah meletakkan calon di P078 kini mampu tersenyum lebar apabila mengetahui MIC akan bertanding di kerusi tersebut. Reputasi MIC yang sudah tercalar kerana sikap Presiden MIC (Palanivel) yang tidak turun padang malah ada yang tidak mengenali siapa Palanivel sama sekali menjadi tembok untuk MIC tembusi. Setelah Palanivel di pecat oleh MIC pada 2015, kebajikan pengundi India yang meletakkan harapan kepada MIC bagi membela nasib mereka terus pudar hingga memaksa Umno Cameron Highlands mengambil alih tugas tersebut sementara. Kemunculan myPPP pula banyak mengubati 'Luka' pengundi di Tanah Rata namun kerja mereka hanya dipandang sebelah mata malah MIC memandang enteng perkara tersebut dan hanya menghantar seorang penyelaras sekitar Jun 2017.

Prestasi MIC yang tidak bagus di P078 berserta kemelut 'Perang Saudara' antara MIC dan myPPP pula 'Membuka Mata' pembangkang terutama PAS. Opurtunis dalam menanti masa sesuai, PAS berjaya menghidu kemenangan 'Mudah' apabila nama Sivarajh diuar-uarkan sebagai calon P078 kerana prestasi buruk di Buntong. Dengan angka 8629 yang Sivarajh kalah, PAS melihat beliau sebagai satu karektor paling lemah yang boleh ditumbangkan dengan sentimen 'Anak Tempatan' apabila PAS meletakkan seorang anak Felda Sg Koyan sebagai lawan Sivarajh.

Melihat suasana dan 'Mood' pengundi P078 yang seperti serik dengan 'Report Card' MIC yang sangat mengecewakan, PAS memperkenalkan 'Cikgu Bulan' bagi meraih simpati bukan sahaja peneroka Felda malah Generasi Kedua Felda serta pengundi luar Dun Jelai. Belum lagi mengambilkira faktor kawan kawan yang pernah bersama Cikgu Bulan ketika masih berkhidmat sebagai guru sudah menampakkan Sivarajh bakal menghadapi masalah untuk menangkis sentimen 'Anak Tempatan'. Tinjauan penulis ke Dun Jelai menemui pengundi pula menerima kejutan apabila ada Peneroka sudah bermain sentimen berdasarkan Kaum. Terpana sebentar penulis apabila Peneroka mula menyatakan mengapa masih diberikan kepercayaan kepada MIC walau mereka terbukti hanya hadir 'Tunjuk Muka' bila mahu mengundi dan bila menang hilang begitu sahaja. Pengundi Cameron sudah serik dengan apa yang jadi pada penggal lepas dan mereka enggan 'Pisang Berbuah Dua Kali'.

Apakah Sivarajh dan MIC sudah bersedia bermain dalam 'Gelanggang' selepas penamaan calon? Semua yang terjadi di Dun Jelai adalah hasil daripada apa yang mereka tinggalkan selama 5 tahun dan MIC tidak boleh menuding jari kepada pengundi kerana kesilapan mereka sendiri. Bersediakah MIC 'Bungkus Baju' seandainya Sivarajh kalah? Dengan majoriti 462 yang dimenangi Palanivel mampukah MIC hasilkan keajaiban dengan meletakkan 'Orang Luar' menghadapi 'Anak Tempatan'?