Sunday 21 April 2019

PEMERINTAHAN 'KUKU BESI' PAKATAN HARAPAN BERMULA, PENJAWAT AWAM MENJADI MANGSA KEPENTINGAN POLITIK

Hanya Kerana Kepentingan, Penjawat Awam Dimangsakan?



Kekalutan politik Pakatan Harapan yang bakal jejak setahun tidak lama lagi semakin mengelirukan rakyat. Selepas kegagalan manifesto PRU14 yang masih tidak memberi keyakinan kepada rakyat kini penjawat awam yang memberikan sokongan kepada PH sebelum ini bakal menjadi 'kambing hitam' untuk menggertak supaya kekal menyokong PH.

Baca - Kecilkan Saiz Penjawat Awam


Terbaru seorang individu berpangkat dalam perjawatan awam akan ditukarkan berikutan kekalahan PH dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands diikuti Semenyih dan terbaru Rantau. Seorang pemimpin dalam sebuah parti dalam PH telah mengeluarkan kenyataan mendesak 'Pembersihan' dalam Perkhidmatan Awam dilakukan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kekalahan PH pada PRU15. Bukankah ini cara 'KUKU BESI' disebalik laungan amalan Demokrasi menjadi pegangan Pakatan Harapan?


Jika beginilah cara pemerintahan PH maka tidak hairanlah mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja daripada Penjawat Awam malah Rakyat akan memberi pengajaran kepada mereka (PH). Kerakusan parti politik menghukum sesiapa yang tidak menyokong atau memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan PH telah menyedarkan ramai pengundi termasuk Anak Muda bahawa mereka telah melakukan KESILAPAN BESAR dengan membuka peluang doktrin ala 'Gestapo' dilaksanakan. Rakyat dan penjawat awam kini seolah dipaksa menyokong ideologi politik walau sebelum ini merekalah (PH) yang terbukti menghasut agar elemen kebencian disebarkan seluasnya terhadap Barisan Nasional menerusi tohmahan yang diulang setiap kali berucap menerusi pelbagai medium.

Adakah kini Pakatan Harapan semakin gusar dengan gelombang penolakan rakyat terhadap mereka hingga membuat keputusan membabitkan masa depan penjawat awam? Ada juga kesalan Kakitangan Kontrak yang tular di media sosial berkaitan tindakan Kerajaan PH membuat tindakan menukarkan mereka tanpa mengambil kira kesukaran yang bakal dihadapi.

Kekalahan dalam 3 PRK Pakatan Harapan turut menjadi indeks ketidakpuasan rakyat terhadap PH. Rakyat semakin muak dengan gaya pemerintah dan ramai penjawat awam semakin nampak masa depan yang kelam dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment