Sidang Media di Command Centre |
Calon Barisan Nasional bagi Prk Rantau mahu semua pihak membawa dimensi baru dalam politik Malaysia dan melupakan gaya politik 'Algojo' semata untuk kepentingan parti. Dalam sidang media di Command Centre beliau turut menyentuh beberapa isu berkaitan kerajaan negeri dan nasional.
Ditebak soalan mengenai kenaikan tarif air yang bakal dikenakan kepada rakyat, Dato Seri Mohamad Hasan kesal kerana kerajaan tidak memikirkan kepentingan rakyat sebelum bertindak menaikkan kadar bayaran air.
"kenapa perlu bebankan rakyat lagi? sudahlah kini rakyat tidak senang..saya mohon kaji dulu kepentingan rakyat sebelum tarif air dinaikkan" - Tok Mat Hasan
Beliau sebelum itu menyatakan pembentukan blok pembangkang yang kuat amat perlu bagi memastikan Pakatan Harapan menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat sebelum membuat apa apa polisi negara. Kewujudan blok pembangkang yang efisien akan direalisasikan BN bersama komponen serta kerjasama PAS dan NGO bagi 'check & balance' dan memberi tekanan seandainya ada tindakan yang merugikan rakyat.
Ketika menjawap penguasaan bahan kempen BN yang mengatasi PH, Mohamad menjelaskan semua bahan adalah simpanan dari Pru14 yang tidak digunakan kerana beliau menang tanpa bertanding ketika itu dan tidak timbul perbelanjaan baru atau besar dikeluarkan BN bagi kempen Prk Rantau. Beliau juga menjawap persoalan mengenai kemusykilan yang cuba ditimbulkan calon PKR mengenai klinik kesihatan di Rantau. Tok Mat menjelaskan ketiadaan kawasan (tanah negeri) antara faktor mengapa klinik yang lebih besar diwujudkan di Rantau. Menurutnya lagi permohonan telah diluluskan ketika beliau masih Menteri Besar namun faktor tanah mengekang pembinaan klinik baru yang lebih selesa.
Prk Rantau yang disifatkan Tok Mat sebagai 'Ibu Segala Plihanraya Kecil' bakal menjadi medan tempur yang terbaik bagi rakyat menilai kebaikan yang telah BN bawa selama ini. Pastinya PH mahu kemenangan namun kematangan pengundi yang menilai KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN akan menentukan siapa bakal menang.
"Best Man Win" - Mohamad Hasan
No comments:
Post a Comment