Showing posts with label kempen Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label kempen Barisan Nasional. Show all posts

Tuesday, 2 April 2019

PRK RANTAU - CALON PKR TIDAK DIKENALI PENGUNDI INDIA RANTAU

Jika Semenyih Ada 'Aiman Tak Kisah', Rantau Ada 'Streram Kolej, Hospital, Balai Bomba'


Calon PKR bagi Pilihanraya Kecil N27 Rantau, Dr Streram kini setaraf dengan bekas calon PPBM bagi Prk Semenyih. Beliau cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan namanya yang dikatakan tidak dikenali pengundi khususnya pengundi kaum India. Selepas Balai Bomba, Streram cuba mengeksploitasi isu Hospital dan kemudian membuat jenaka mahu membina Kolej di Rantau SEKIRANYA MENANG. Bagaimana pula kalau beliau KALAH? 

Tonton video temuramah bersama seorang pengundi kaum India di Rantau.


Rupa-rupanya Streram merupakan 'Muka Baru' dan hanya timbul semula pada Prk Rantau. 

Veteran India dalam video menyatakan mengapa beliau dan pengundi India Rantau akan memilih Dato Seri Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Adun Rantau. Jika dihitung jasa Tok Mat adalah tidak adil untuk dibandingkan dengan Streram namun itu hakikat sebenar yang dinyatakan pengundi yang ditemui.

Kebangkitan Rakyat yang semakin 'MUAK' dengan Pakatan Harapan juga merupakan faktor sampingan yang membantu kempen BN pada Prk ini. Bagaimanapun segalanya terpulang kepada pengundi samada memilih untuk 'KENA KENCING' dengan Pakatan Harapan atau 'MEMBAWA TOK MAT' masuk ke Dewan Undangan Negeri sebagai Pembangkang yang kuat dan berjuang untuk Rakyat Negeri Sembilan.

Monday, 1 April 2019

PRK RANTAU - "BAWA POLITIK MATANG YANG BERI KEBAIKAN UNTUK RAKYAT, BEST MAN WIN" - TOK MAT HASAN

Usah Susahkan Rakyat Dengan Politik 'Purba'

Sidang Media di Command Centre

Calon Barisan Nasional bagi Prk Rantau mahu semua pihak membawa dimensi baru dalam politik Malaysia dan melupakan gaya politik 'Algojo' semata untuk kepentingan parti. Dalam sidang media di Command Centre beliau turut menyentuh beberapa isu berkaitan kerajaan negeri dan nasional.

Ditebak soalan mengenai kenaikan tarif air yang bakal dikenakan kepada rakyat, Dato Seri Mohamad Hasan kesal kerana kerajaan tidak memikirkan kepentingan rakyat sebelum bertindak menaikkan kadar bayaran air.

"kenapa perlu bebankan rakyat lagi? sudahlah kini rakyat tidak senang..saya mohon kaji dulu kepentingan rakyat sebelum tarif air dinaikkan" - Tok Mat Hasan

Beliau sebelum itu menyatakan pembentukan blok pembangkang yang kuat amat perlu bagi memastikan Pakatan Harapan menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat sebelum membuat apa apa polisi negara. Kewujudan blok pembangkang yang efisien akan direalisasikan BN bersama komponen serta kerjasama PAS dan NGO bagi 'check & balance' dan memberi tekanan seandainya ada tindakan yang merugikan rakyat.

Ketika menjawap penguasaan bahan kempen BN yang mengatasi PH, Mohamad menjelaskan semua bahan adalah simpanan dari Pru14 yang tidak digunakan kerana beliau menang tanpa bertanding ketika itu dan tidak timbul perbelanjaan baru atau besar dikeluarkan BN bagi kempen Prk Rantau. Beliau juga menjawap persoalan mengenai kemusykilan yang cuba ditimbulkan calon PKR mengenai klinik kesihatan di Rantau. Tok Mat menjelaskan ketiadaan kawasan (tanah negeri) antara faktor mengapa klinik yang lebih besar diwujudkan di Rantau. Menurutnya lagi permohonan telah diluluskan ketika beliau masih Menteri Besar namun faktor tanah mengekang pembinaan klinik baru yang lebih selesa.

Prk Rantau yang disifatkan Tok Mat sebagai 'Ibu Segala Plihanraya Kecil'  bakal menjadi medan tempur yang terbaik bagi rakyat menilai kebaikan yang telah BN bawa selama ini. Pastinya PH mahu kemenangan namun kematangan pengundi yang menilai KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN akan menentukan siapa bakal menang.

"Best Man Win" - Mohamad Hasan


Sunday, 31 March 2019

PRK RANTAU - PKR SUDAH MULA TABUR JANJI, KLINIK AKAN DINAIKTARAF SEKIRANYA PAKATAN HARAPAN MENANG

Selepas Aiman Mahu Bina Hospital, Kini Giliran Streram Pula Palu 'Tin Kosong' Naik Taraf Klinik Rantau


Benarlah pepatah menyebut 'Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya'. Calon PKR hari ini dilaporkan telah berjanji akan menaiktaraf klinik di Rantau sekiranya beliau menang PRK Rantau pada 13 April 2019. Kenyataan ini seakan mengulang episod 'Aiman Tak Kisah' yang berjanji mahu memperjuangkan pembinaan sebuah Hospital di Semenyih.


Calon PKR perlu sedar kerajaan Malaysia kini ditadbir oleh Pakatan Harapan jadi mengapa perlu beliau berjanji sedangkan Menteri Besar N.Sembilan sendiri boleh memohon peruntukan dari Pusat untuk menaiktaraf klinik di Rantau malah di seluruh Negeri Sembilan. Adakah kemenangan PKR sahaja akan membolehkan sesebuah klinik menerima peruntukan untuk menaiktaraf atau beliau mahu menyatakan Pakatan Harapan tidak ambil kisah kebajikan rakyat selama hampir setahun memerintah? Streram perlu diingatkan jika sekalipun beliau menang, beliau perlu memohon di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum permohonan dipanjangkan ke kerajaan Pusat. Itupun belum tentu peruntukan diluluskan jika kerajaan Pakatan Harapan kini sering menggunakan alasan kewangan Malaysia kritikal.

Patutlah seorang calon bebas enggan memberi apa apa kenyataan kepada media. Beliau tahu padahnya bila tersalah memberi kenyataan seperti apa yang dilakukan calon PKR. Nampaknya PKR telah tersalah memilih calon dan amat wajar sekali apabila beliau tidak dibenarkan 'membuka mulut' kepada media kerana jelas sekali calon PKR belum cukup 'Haul' dalam memberi kenyataan berfakta.

Sadis sekali jika PKR diberikan peluang mewakili Dun Rantau kerana calon tidak jelas dengan tindakannya sendiri. Sudahkah beliau lupa bagaimana Pakatan Harapan menutup Klinik 1Malaysia yang diusahakan Najib untuk kemudahan rakyat mendapat rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital? Ternyata calon PKR ini hanyalah sekadar menjadi 'Badut Sarkis' untuk menyelamatkan imej Presiden PKR sendiri yang dikatakan akan mencipta sejarah memegang rekod sebagai 'Bakal PM' paling lama di Malaysia.

Pkr perlu mempersiapkan mental mereka berdepan kekalahan ditangan Tok Mat Hasan pada hari pengundian kelak. Anwar pula perlu menerima hakikat, karier politik beliau kini sudah berada dihujung terowong. Beliau semakin hilang 'Aura' dan perlu melepaskan kedudukannya selaku Presiden kepada Timbalan selepas 13 April 2019.

Wednesday, 27 February 2019

PRK SEMENYIH - KERAJAAN PAKATAN HARAPAN CUBA TUTUP JAKOA?

Mana Hak Orang Asli Kalau JAKOA Dibubarkan?


Bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung (POASM), Ramli Mohd Nor mendedahkan ada cubaan dalam sekutu Pakatan Harapan mendesak agar JAKOA di tutup. Perkara tersebut didedahkan beliau ketika berucap dalam majlis bersama masyarakat Orang Asli Kg Lalang Semenyih.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah kepada masyarakat Pribumi di mana Hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pendedahan mengejutkan ini berikutan satu memorandum dari POASM kepada Tun M dan Kerajaan meminta agar Ketua Pengarah JAKOA tidak ditukarkan ke Kementerian lain hanya sebab mereka (PH) kalah di Prk CH. Beliau turut mempersoalkan mengapa Orang Asli seperti dipinggirkan oleh Pakatan Harapan sedangkan selama BN memerintah semua keperluan serta kebajikan Orang Asli dijaga dengan baik tanpa sebarang diskriminasi.


Turut berucap dalam program tersebut Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy dan bekas Menteri Besar Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob. 

Ramli dalam ucapan turut berkongsi kisah penubuhan JAKOA dan mendedahkan beliau merupakan anak Orang Asli pertama yang dilahirkan di Hospital Orang Asli bawah seliaan JAKOA. Ahli Parlimen CH juga mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak memandang rendah kemampuan akademik masyarakat OA dan berharap agar suara Orang Asli juga dihormati.

Sunday, 24 February 2019

PRK SEMENYIH - "PAKATAN HARAPAN UMPAMA MACAU SCAM, JANJI TINGGI BAK GUNUNG HASIL HAMPEH" - PENIAGA SEMENYIH

Peniaga Kecil Umpamakan Pakatan Harapan Seperti 'Judi Online'


Pada 2 Mac 2019, para pengundi N24 Semenyih akan membuat keputusan siapakah Adun yang akan membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Kempen yang memasuki hari ke-9 menonjolkan pelbagai cerita pengundi dari segenap lapisan.


Seorang peniaga air kelapa yang ditemui di Batu Sesapan Rembau memberikan reaksi yang sangat berbeza apabila di tanya mengenai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Beliau menyifatkan PH membawa imej 'Macau Scam' berikutan persamaan menepati imej PH sendiri. Apabila ditanya mengapa berpendapat demikian beliau berkias sambil memberi contoh.

"mereka (PH) bercerita pelbagai janji sama macam skim judi online..tiada cerita kalah semua cerita menang besar tapi hakikat sesiapa yang terjebak akan kalah sebab tertipu dengan kisah menang besar yang dipromosi skim judi tersebut".

"samalah macam PH, mereka hanya cerita yang best saja tapi sekarang semua rakyat boleh tengok...apa hasil PH selama 10 bulan? semuanya hanya cantik pada permukaan...dasar? menipu saja PH ni."

Beliau turut mempersoalkan tindakan PH yang hanya memberi RM100 kepada golongan Bujang yang disifatkan tidak masuk akal. Kiasan paling bermakna yang beliau ungkapkan memberi kesan mendalam kepada penulis.

"kalau kita ada anak dan dah janji bila dapat gaji akan belanja anak ayam goreng terkemuka dan anak pula menghitung hari bila bapanya dapat gaji..tapi bila bapa dapat gaji lain pula cerita..diceritakan kepada anak bapa kena bayar duit kereta, bil api air dan segala hutang piutang sambil berharap anak akan memahami situasi bapa..macam tu laaa pakatan harapan. Dia janji macam macam bila sampai masa buat cerita sedih kena bayar hutang supaya kita (rakyat) tidak mendesak agar mereka tunaikan janji yang telah dibuat"

Benar kiasan peniaga kecil itu kerana situasi inilah yang sedang berlaku di bawah Pakatan Harapan. Malah calon mereka, Aiman Zainali ada berjanji jika beliau menang pada hari pengundian, semua masalah akan diselesaikan oleh Pakatan Harapan keesokannya. Itu baru 1 janji belum lagi janjinya mahu membina sebuah Hospital di Semenyih sedangkan hakikat sebenar yang terjadi ialah PH mengarahkan Klinik 1 Malaysia di tutup. 


Mana MARUAH PH bila peniaga kecil yang dahulunya penyokong PH kini semakin nampak kepincangan serta sifat menipu Pakatan Harapan? Benar juga kata kata beliau bahawa PH ini bolehlah diibaratkan sama macam Skim Judi Online.

Thursday, 21 February 2019

PRK SEMENYIH - "ANAK SAYA SUDAH MENYESAL UNDI PAKATAN HARAPAN" - LUAHAN SEORANG BAPA DI SEMENYIH



VIDEO - "Dulu Dia Kata Harapan Bagus, Sekarang Dia Menyesal" - Pengundi Semenyih


Bapa mana yang tidak sayang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Namun begitu bila sampai saat dewasa, anak perlu membuat keputusan sendiri tanpa pengaruh bapa.

Begitulah yang terjadi kepada si bapa apabila anaknya memilih Pakatan Harapan pada PRU14 dengan harapan agar TOL dihapuskan, harga petrol diturunkan seminimumnya dan PTPTN dilupuskan hutang. 'Panas yang disangka hingga petang, rupanya hujan di tengahari' itulah peribahasa yang terjadi apabila si anak mendapati segala JANJI PH hanyalah JANJI. 

Kini anak terpaksa menebalkan muka apabila HINGGA HARI INI PAKATAN HARAPAN GAGAL TUNAIKAN JANJI MEREKA. Bagaimanapun naluri seorang bapa tidak pernah meminggirkan anaknya. Pada beliau biarlah anak itu BELAJAR BAHAWA DIA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN APABILA MEMILIH PAKATAN HARAPAN. 

Pengundi Semenyih perlu ingat pada 2 Mac 2019, mesej jelas perlu dihantar kepada PH bahawa RAKYAT MEMERHATIKAN MEREKA DAN SEGALA TINDAKAN MEREKA dan TIDAK TERAGAK AGAK MENGGUNAKAN KUASA RAKYAT BAGI MENGAJAR PAKATAN HARAPAN SUPAYA TIDAK MENIPU RAKYAT.