Thursday 25 July 2019

MB SELANGOR TERIMA SURAT DISIPLIN - BERTUKAR LAGI MB PKR?

Selangor Bakal Bergegar Lagi?



Parti Keadilan Rakyat masih bergelumang dengan kontroversi video intim namun kali ini bukan sahaja tertumpu pada Azmin. 

Lembaga Disiplin Keadilan telah mengeluarkan surat kepada beberapa individu atas kenyataan mereka terhadap kepimpinan PKR. Turut menerima surat tersebut ialah Menteri Besar Selangor yang telah mengeluarkan kenyataan yang agak bertentangan dengan Presiden PKR sendiri. 

Baca - SURAT 'TUNJUK SEBAB'

Turut menerima surat tersebut ialah Farhash yang baru dibebaskan dari reman PDRM bagi siasatan video intim melibatkan Azmin Ali. Malah lebih mengejutkan rakyat ialah keberanian Farhash melaungkan "Azmin Semburit" selepas melaungkan "Reformasi" dan "Anwar for PM" dihadapan penyokongnya sejurus dibebaskan.

Bagi pemerhati politik, surat yang dikeluarkan kepada Amirudin Shari merupakan 'amaran' agar beringat jawatan beliau ditentukan oleh kepimpinan dan Presiden PKR. Mungkinkah akan berlaku pertukaran MB Selangor jika Amirudin masih bertegas mengeluarkan kenyataan 'keras' terhadap Parti dan Presiden? Sejarah PKR mentadbir Selangor sendiri telah menyaksikan MB Selangor boleh ditukarkan bila bila masa sekiranya sudah tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi PKR. Masih ingat 'Langkah Kajang' yang menyaksikan Wan Azizah turut tersenarai sebagai calon MB Selangor satu ketika dahulu? Jika mengambilkira 'Langkah Kajang' maka Amirudin perlu berdiri atas pendirian politiknya bagi menegaskan siapa yang beliau sokong antara Anwar dan Azmin. Bersediakah beliau kehilangan jawatan sekiranya enggan 'bersama' Anwar dan memilih menyokong Azmin?

Azmin yang mengeluarkan kenyataan agak berbisa dalam Majlis Kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dan beliau masih terlepas dari menjelaskan apa maksud ucapannya? Anwar dan Badan Disiplin Keadilan 'TAKUT' kepada Azmin kerana tidak mengeluarkan apa apa surat kepada Azmin? Seperti nampak penguasaan Azmin dalam PKR melebihi Anwar dan jika benar perkara ini apa pilihan yang tinggal pada Anwar selain berdiam diri?


Antara komen penyokong PKR
Apa pula alasan Farhash bila menerima surat tersebut? Apakah akan ada pendedahan atau beliau hanya 'Berani Berkokok' laksana ayam jantan dalam sangkar? Jika beliau (Farhash) merasakan apa yang disebutnya dihadapan penyokong maka beliau perlu mendedahkan siapakah 'Jalang' dan 'Dalang' video intim tersebut. 

Cukup beranikah PKR mengambil tindakan lebih keras terhadap mereka yang terlibat mencemarkan imej parti tersebut atau semua ini sekadar 'Drama Bersiri' bagi menyedapkan hati penyokong PKR?

No comments:

Post a Comment