Program Bossku Di Pontian |
Seperti lazim setiap kali Pilihanraya Kecil diadakan nama Najib Razak tidak lekang dari bibir para pemimpin Pakatan Harapan. Bermodalkan bekas PM Ke-6 itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat agar mempercayai setiap butir ucapan namun hingga akhir program tidak ada satu pun perancangan yang boleh diberikan kepada pengundi Tg Piai. Mengelak daripada menyentuh Manifesto Pru14, Najib menjadi sasaran mereka untuk menuding KEGAGALAN EKONOMI dibawah Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Tonton video Timbalan Menteri 'Sawan' -
Apa sebenarnya perancangan Pakatan Harapan untuk pengundi Tg Piai? Calon PH sendiri dilihat keliru untuk membentangkan perancangannya untuk dibawakan ke Tg Piai sekiranya memenangi Prk tersebut. Lebih memburukkan keadaan calon PH, Karmaine Sardini telah membuat kenyataan yang ditertawakan rakyat apabila mengumumkan pembukaan jeti di Kukup. Bagaimanapun Menteri Besar Johor kemudiannya mengeluarkan kenyataan Jeti berkenaan tidak dapat dibuka kepada orang ramai atas beberapa masalah yang belum diselesaikan lagi. Ternyata Karmaine mengulangi sikap calon PH di Prk Semenyih dan lebih teruk, beliau telah mengguris hati pekebun sawit dalam ucapannya sebelum ini. Inikah calon terbaik yang mampu ditampilkan oleh Pakatan Harapan? Ini Pilihanraya Parlimen bukannya Pilihanraya memilih ketua komuniti.
Pengundi juga terkeliru dengan kempen Pakatan Harapan dan berfikir apa kena mengena Najib dengan Tg Piai hingga namanya tidak lekang dari 'Diratibkan' sepanjang beberapa hari kempen berlangsung. Adakah dengan bermodalkan Najib maka segala pembangunan dan JANJI manifesto PRU/Prk akan ditunaikan sekiranya Karmaine menang? Mengapa terlalu takut dengan kehadiran Ahli Parlimen Pekan yang turun membantu kempen BN? Jika mereka (PH) boleh membawa 'Big Gun' untuk turun berkempen apalah sangat jika Najib juga berkempen?
Rakyat Tanjung Piai seakan memberi isyarat kepada Pakatan Harapan bahawa mereka telah memerhati segala tindak tanduk PH selama 17 bulan dan rata-rata pengundi bersetuju ekonomi di bawah PH amat tidak memberangsangkan dan kehidupan semakin sukar demgan kenaikan kos sara hidup selepas pelbagai bantuan yang mereka perolehi di zaman BN telah tiada.
16 November akan menjadi penentu nasib pengundi Tanjung Piai.
No comments:
Post a Comment