Kekalahan Pakatan Harapan dalam Prk Tanjung Piai sememangnya diluar jangkaan semua pihak termasuk Barisan Nasional. Dengan majoriti 15,086, angka ini terlalu besar pengertiannya dalam ertikata suara rakyat Tg. Piai. Apa sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Harapan hingga longlai sebegini walau semua 'Big Gun' PH turun ke kawasan dan segala liputan besar-besaran diberikan oleh media arus perdana.
Dalam menerima kekalahan ini, kedengaran sudah ada tuding menuding berlaku dalam Pakatan Harapan malah lebih mengejutkan ada juga yang mahu pencapaian buruk calon PPBM ini dijadikan momentum desakan peralihan kuasa antara Mahathir dan siapa yang beliau pilih sebagai gantinya. Boleh dikatakan ini juga bakal jadi penyebab episod 'Perceraian Pakatan Harapan' akan terjadi namun sejauh mana kerosakan tersebut tidak diketahui. Kali ini mereka (PH) tidak mampu melawan suara rakyat secara total walau berbelanja besar bagi memastikan calon PPBM menang sekaligus kedudukan Tun M sebagai PM terus kukuh tanpa boleh diganggugugat dengan desakan peralihan kuasa.
Kehadiran Tun M dalam ceramah mega yang dibuat Pakatan Harapan juga GAGAL membawa momentum yang diperlukan untuk meyakinkan pengundi Tg Piai. Malah kenyataan Karmaine selaku calon juga antara yang membawa implikasi buruk kepada imej PH. Ditambah pula Pakatan langsung tidak memberi gambaran menyenangkan dalam hal ekonomi tempatan turut menjadi faktor penolakan kaum Cina Tg Piai kali ini. Rungutan rakyat selama 18 bukan dibawah Pakatan Harapan pula dijelmakan dengan alasan kerajaan masih baru dan meletakkan segalanya atas Barisan Naaional sudah tidak lagi relevan malah rakyat sebenarnya mahu melihat segala janji manifesto Pru14 dilaksanakan.
Kritikan Tan Sri Rais Yatim terhadap kenyataan pemimpin Pakatan Harapan amat pedas hinggakan ada menteri beliau gelarkan sebagai tiga suku menggambarkan keadaan sebenar yang berlegar dalam PPBM dan kerjasama dalam Pakatan Harapan sendiri. Biarpun cuba diselindungkan masakan 'Bangkai Gajah' boleh ditutup dengan nyiru? Rakyat kini telah membuka mata dan menilai antara zaman BN dan Pakatan Harapan. Perlu juga diingatkan apa yang berlaku di Tanjung Piai adalah referendum rakyat dan PH tidak akan mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat walau cuba menyonsangkan pemikiran rakyat dengan tohmahan seperti sebelum Pru14.
Twitter Tan Sri Rais Yatim |
No comments:
Post a Comment