Showing posts with label Prk Tg Piai. Show all posts
Showing posts with label Prk Tg Piai. Show all posts

Sunday, 17 November 2019

PASCA TANJUNG PIAI - PAKATAN HARAPAN 'HARIMAU HILANG TARING, DICABUT KUKU' PENANGAN REFERENDUM RAKYAT

Tanjung Piai Beri Gambaran Kehidupan Rakyat Bawah Pakatan Harapan



Kekalahan Pakatan Harapan dalam Prk Tanjung Piai sememangnya diluar jangkaan semua pihak termasuk Barisan Nasional. Dengan majoriti 15,086, angka ini terlalu besar pengertiannya dalam ertikata suara rakyat Tg. Piai. Apa sebenarnya yang berlaku dalam Pakatan Harapan hingga longlai sebegini walau semua 'Big Gun' PH turun ke kawasan dan segala liputan besar-besaran diberikan oleh media arus perdana.



Dalam menerima kekalahan ini, kedengaran sudah ada tuding menuding berlaku dalam Pakatan Harapan malah lebih mengejutkan ada juga yang mahu pencapaian buruk calon PPBM ini dijadikan momentum desakan peralihan kuasa antara Mahathir dan siapa yang beliau pilih sebagai gantinya. Boleh dikatakan ini juga bakal jadi penyebab episod 'Perceraian Pakatan Harapan' akan terjadi namun sejauh mana kerosakan tersebut tidak diketahui. Kali ini mereka (PH) tidak mampu melawan suara rakyat secara total walau berbelanja besar bagi memastikan calon PPBM menang sekaligus kedudukan Tun M sebagai PM terus kukuh tanpa boleh diganggugugat dengan desakan peralihan kuasa.



Kehadiran Tun M dalam ceramah mega yang dibuat Pakatan Harapan juga GAGAL membawa momentum yang diperlukan untuk meyakinkan pengundi Tg Piai. Malah kenyataan Karmaine selaku calon juga antara yang membawa implikasi buruk kepada imej PH. Ditambah pula Pakatan langsung tidak memberi gambaran menyenangkan dalam hal ekonomi tempatan turut menjadi faktor penolakan kaum Cina Tg Piai kali ini. Rungutan rakyat selama 18 bukan dibawah Pakatan Harapan pula dijelmakan dengan alasan kerajaan masih baru dan meletakkan segalanya atas Barisan Naaional sudah tidak lagi relevan malah rakyat sebenarnya mahu melihat segala janji manifesto Pru14 dilaksanakan. 



Kritikan Tan Sri Rais Yatim terhadap kenyataan pemimpin Pakatan Harapan amat pedas hinggakan ada menteri beliau gelarkan sebagai tiga suku menggambarkan keadaan sebenar yang berlegar dalam PPBM dan kerjasama dalam Pakatan Harapan sendiri. Biarpun cuba diselindungkan masakan 'Bangkai Gajah' boleh ditutup dengan nyiru? Rakyat kini telah membuka mata dan menilai antara zaman BN dan Pakatan Harapan. Perlu juga diingatkan apa yang berlaku di Tanjung Piai adalah referendum rakyat dan PH tidak akan mampu menahan gelombang kebangkitan rakyat walau cuba menyonsangkan pemikiran rakyat dengan tohmahan seperti sebelum Pru14.


Twitter Tan Sri Rais Yatim




Tuesday, 12 November 2019

#PrkTgPiai - SELEPAS KARMAINE 'HINA' PEKEBUN, PH SIFATKAN NELAYAN TG PIAI SEBAGAI AGRESIF?

Tanjung Piai Permulaan Kehancuran PPBM


Berbaki 3 hari sebelum pengundi Tanjung Piai mengundi pelbagai ragam kelihatan. Dengan kekuatan jentera Parti Pribumi Bersatu seluruh negara yang sudah pasti diarahkan 'turun padang' semua program Pakatan Harapan nampak meriah sambutannya. Hakikat sebenar foto yang dikeluarkan tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi Tg.Piai kerana calon PH sendiri mengakui pengundi Tg Piai tidak suka keluar malam. Kehidupan sebagai pekebun kecil dan nelayan tidak sama seperti kehidupan bandar besar yang mampu berjaga sambil mendengar intipati ucapan pemimpin PH.



Kontroversi turut melanda kempen PH kali ini selepas Prk Semenyih yang mempertaruhkan Aiman (PPBM) apabila calon mereka Karmaine Sardini memperkecilkan pekebun sawit di Tg Piai. Paling mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Perak ketika berkempen di sebuah perkampungan nelayan Tg Piai. Kenyataan tersebut telah menimbulkan perbalahan dalaman PH apabila DAP mula mendesak tindakan dikenakan terhadap MB Perak atas kenyataan beliau namun PPBM telah bermesyuarat dan berpendapat MB Perak tidak perlu dikenakan tindakan sebaliknya MENYALAHKAN SEKUMPULAN NELAYAN YANG DIKATAKAN AGRESIF KETIKA KEJADIAN. Dalam rakaman berdurasi sekitar 6 minit 40 saat itu LANGSUNG TIDAK KELIHATAN KUMPULAN TERSEBUT AGRESIF malah masih bersalaman dengan Peja (MB Perak). 


Bagaimana tuduhan berniat jahat boleh dilemparkan oleh PPBM terhadap kumpulan nelayan tersebut? Ini sekaligus menampakkan betapa 'kecilnya' kumpulan nelayan tersebut di mata pemimpin PPBM dan jika Karmaine menang Prk ini apa nasib kumpulan nelayan tersebut? Dalam video itu jelas kehadiran Karmaine disambut dengan pantun dan seorang dari kumpulan itu mempersoalkan kewajaran kenyataan Karmaine sebelum ini yang mengatakan cukup perbelanjaan sebanyak RM1000 sebulan.



PPBM jelas masih berada bawah telunjuk DAP apabila Lim Kit Siang menamakan Liew Chin Tong sebagai wakil kaum Cina di Tg Piai sekiranya Karmaine menang di Tg Piai. Kenyataan Kit Siang langsung tidak dibidas oleh pemimpin PPBM dan ini antara sebab mengapa kumpulan nelayan yang dilabelkan sebagai AGRESIF oleh PPBM berpandangan PPBM dikuasai DAP. Mengapa perlu wakil DAP sebagai perantara jika Karmaine menang? Tidakkah ini menunjukkan Karmaine juga bacul sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen Tg Piai atau PPBM memang LEMAH dalam berkomunikasi bersama rakyat?



Selepas Karmaine sendiri memperlekehkan pekebun kini Nelayan pula dikatakan sebagai kumpulan Agresif oleh Pakatan Harapan. Selepas ini apa pula 'gelaran' yang bakal rakyat Tg Piai terima daripada pemimpin PH?

Pengundi Tg Piai kini semakin bijak menilai kemana hala tujuan Pakatan Harapan selepas 17 bulan memerintah. Dengan perkembangan ekonomi yang lembab ditambah KEGAGALAN Manifesto PRU14 PH antara faktor penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan walau nama nama besar Pakatan Harapan turun berkempen. Walau bagaimanapun rakyat Tg Piai bersyukur dengan adanya Prk kali ini mereka menikmati pelbagai peruntukan 'ala mee segera' yang diluluskan oleh Pakatan Harapan dengan alasan sudah dijanjikan Ahli Parlimen terdahulu. Rakyat sudah nampak 'permainan' PH yang secara tiba tiba menjadikan Tg Piai sebagai 'Anak Emas' sepanjang tempoh berkempen dan mereka juga tahu selepas Prk ini segala JANJI hanya akan tinggal JANJI sepertimana dilakukan dalam Manifesto Pru14. 

Dengan desakan dan tekanan dari sekutu Pakatan Harapan, nyawa PPBM dijangkakan tidak akan bertahan lama bila Karmaine KALAH di Tg Piai. Ini indikator untuk pihak tertentu dalam PH mendesak peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan PPBM hanya bergantung nyawa kepada Mahathir kerana Presiden PPBM sendiri tidak mempunyai kuasa dalam parti apabila Mahathir membayangi keseluruhan PPBM.

Monday, 11 November 2019

#PrkTgPiai - PAKATAN HARAPAN SEMAKIN GOYAH, BAKAL BERLAKU ROMBAKAN BESAR-BESARAN SELEPAS PRK?

Pakatan Harapan Bergolak Di Tanjung Piai

Ketua Pemuda MCA - NicoleWong

Kempen Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai menyaksikan pelbagai ragam pengundi dan kempen yang berlangsung bagi menarik perhatian rakyat Tg Piai. Kerja keras yang ditampilkan Pemuda MCA bersama barisan Pemuda Barisan Nasional ternyata berjaya menggoyahkan kem PH yang kelihatan agak perlahan.


Bagaimanapun kontroversi telah melanda kem Pakatan Harapan berikutan kenyataan 'PANAS!!! Menteri Besar Perak telah mencetus polemik baru dalam kempen kali ini. Berikutan kenyataan tersebut reaksi balas segera melanda Kem PH dengan tekanan dan desakan daripada DAP dan PKR terhadap MB Perak. Lebih memburukkan keadaan Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP tiada kaitan dengan Tanjung Piai. Kenyataan tersebut sekaligus menjurus kepada jawapan mengenai krisis dalaman PH yang selama ini cuba dikaburkan.


Ternyata Prk Tg Piai akan dijadikan 'kayu ukur' kemampuan Tun M mengemudi Pakatan Harapan selepas 3 kekalahan bermula Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Seandainya Tg Piai yang meletakkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalami kekalahan kedua selepas Semenyih maka kedudukan Tun M dikatakan agak goyah. Dengan tekanan dari pihak tertentu untuk peralihan kuasa, Mahathir kini tersepit malah terdesak untuk memenangkan Karmaine Sardini di Tg Piai. Bagaimanapun calon PPBM Karmaine Sardini pula ternyata 'tidak layak' untuk menjadi Ahli Parlimen dengan kenyataan mengguris hati pengundi terutama pekebun sawit di Tg Piai. Pengundi Tg Piai masih tidak nampak 'Hala Tujuan' Karmaine sebagai Ahli Parlimen dengan cara serta ucapannya ketika berkempen bermula 2 November 2019. Seorang Menteri pula telah menggelarkan Karmaine sebagai arwah dan ucapan tersebut dijadikan lelucon oleh netizen. 


Ternyata kehadiran Dato Sri Najib dalam kempen  Prk turut memberi tekanan terhadap PH hingga Menteri Ekonomi memberi 'Nasihat' agar Bekas PM tidak turun berkempen di Tg Piai. Kekalahan dari sudut moral sudah dirasai kem PH malah ketiadaan jentera sokongan dari DAP dan PKR turut dipersoalkan. Ternyata kali ini ada sesuatu yang cuba disorokkan dalam PH mengenai krisis dalaman mereka. Adakah ketiadaan jentera PKR dan DAP adalah isyarat untuk menyingkirkan Tun M?

Wednesday, 6 November 2019

#PrkTgPiai - TIMBALAN MENTERI DAP DISYAKI KENA 'SAWAN' BILA RATIB NAMA NAJIB RAZAK DALAM KEMPEN?

Najib Razak Calon Di Prk Tg Piai?


Program Bossku Di Pontian

Seperti lazim setiap kali Pilihanraya Kecil diadakan nama Najib Razak tidak lekang dari bibir para pemimpin Pakatan Harapan. Bermodalkan bekas PM Ke-6 itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat agar mempercayai setiap butir ucapan namun hingga akhir program tidak ada satu pun perancangan yang boleh diberikan kepada pengundi Tg Piai. Mengelak daripada menyentuh Manifesto Pru14, Najib menjadi sasaran mereka untuk menuding KEGAGALAN EKONOMI dibawah Menteri Kewangan Lim Guan Eng. 

Tonton video Timbalan Menteri 'Sawan' -



Apa sebenarnya perancangan Pakatan Harapan untuk pengundi Tg Piai? Calon PH sendiri dilihat keliru untuk membentangkan perancangannya untuk dibawakan ke Tg Piai sekiranya memenangi Prk tersebut. Lebih memburukkan keadaan calon PH, Karmaine Sardini telah membuat kenyataan yang ditertawakan rakyat apabila mengumumkan pembukaan jeti di Kukup. Bagaimanapun Menteri Besar Johor kemudiannya mengeluarkan kenyataan Jeti berkenaan tidak dapat dibuka kepada orang ramai atas beberapa masalah yang belum diselesaikan lagi. Ternyata Karmaine mengulangi sikap calon PH di Prk Semenyih dan lebih teruk, beliau telah mengguris hati pekebun sawit dalam ucapannya sebelum ini. Inikah calon terbaik yang mampu ditampilkan oleh Pakatan Harapan? Ini Pilihanraya Parlimen bukannya Pilihanraya memilih ketua komuniti.




Pengundi juga terkeliru dengan kempen Pakatan Harapan dan berfikir apa kena mengena Najib dengan Tg Piai hingga namanya tidak lekang dari 'Diratibkan' sepanjang beberapa hari kempen berlangsung. Adakah dengan bermodalkan Najib maka segala pembangunan dan JANJI manifesto PRU/Prk akan ditunaikan sekiranya Karmaine menang?  Mengapa terlalu takut dengan kehadiran Ahli Parlimen Pekan yang turun membantu kempen BN? Jika mereka (PH) boleh membawa 'Big Gun' untuk turun berkempen apalah sangat jika Najib juga berkempen? 



Rakyat Tanjung Piai seakan memberi isyarat kepada Pakatan Harapan bahawa mereka telah memerhati segala tindak tanduk PH selama 17 bulan dan rata-rata pengundi bersetuju ekonomi di bawah PH amat tidak memberangsangkan dan kehidupan semakin sukar demgan kenaikan kos sara hidup selepas pelbagai bantuan yang mereka perolehi di zaman BN telah tiada. 

16 November akan menjadi penentu nasib pengundi Tanjung Piai.

Monday, 4 November 2019

#PrkTgPiai - VIDEO PANAS!!! PEKEBUN SAWIT NAFIKAN DAKWAAN CALON PAKATAN HARAPAN.

Pekebun Sawit Mengeluh Pelbagai Bantuan Zaman BN Tiada Lagi Apabila Pakatan Harapan Memerintah



Satu klip video pengakuan seorang pekebun sawit menyangkal dakwaan calon Pakatan Harapan yang mendakwa harga sawit sekarang cukup untuk menampung kehidupan pengusaha tanaman sawit.

Dengarkan sendiri pengakuan tersebut agar Karmaine Sardini mengerti apa ertinya kehidupan pengusaha kebun sawit. Beliau telah menggesa pekebun bersyukur dengan harga sawit sekarang.

Inikah ciri ciri seorang Ahli Parlimen yang dimahukan pengundi Tanjung Piai?

#PrkTgPiai - CALON PAKATAN HARAPAN GESA PEKEBUN SAWIT 'BERSYUKUR' DENGAN PENURUNAN HARGA SAWIT.

Calon PPBM Kata Sawit Rm80 Satu Tan Zaman BN, Dia Lupa Itu Zaman Mahathir



Calon Pakatan Harapan di Prk Tg Piai telah mengeluarkan kenyataan yang agak 'bodoh' apabila menyatakan dengan harga sawit sekarang memadai untuk orang kampung terutama yang mengusahakan kebun sawit. Beliau berucap demikian dalam kempen Prk Pakatan Harapan.



Dengan ketandusan isu untuk menyerang calon BN, ternyata elemen simpati dan memburukkan pemerintahan Barisan Nasional jadi sebahagian kempen kali ini. Paling menarik ada kalangan pengundi Tg Piai mengadu Adun Pekan Nenas mengarahkan pengundi yang datang meminta bantuan dari PH agar meminta daripada calon BN. Nampak benar mereka (PH) enggan membantu rakyat dan mahu mengenakan Wee Jeck Seng dalam pilihanraya kecil ini.

Kesempatan bertemu dengan pengundi di Sg Boh pula membuka satu kisah yang berlainan. Rata-rata penduduk Sg Boh berharap hasil laut sebagai punca pendapatan dan apabila ditanya kepada mereka mengenai Wee respon mereka (nelayan) ternyata memeranjatkan. Bagi mereka di Sg Boh, Wee antara yang prihatin dengan nasib nelayan dan akan turun memberi bantuan awal sekiranya pengundi mengalami musibah. Bagi mereka Wee menunjukkan sikap sebenar seorang wakil rakyat yang diperlukan. 

Rakyat Tanjung Piai kini telah menilai sendiri siri KEGAGALAN Pakatan Harapan sepanjang 17 bulan memerintah Malaysia. Rungutan mereka (rakyat) berkaitan ekonomi setempat hampir tidak dipedulikan sebelum ini dan mereka hanya 'ditatang bagai minyak yang penuh' oleh PH apabila menghadapi PRK Tg Piai. Begitu berbeza layanan PH terhadap pengundi namun demikian mereka (pengundi) berwaspada dan beringat kerana telah belajar dari sejarah. Malah kalangan Anak Muda Tanjung Piai telah menyatakan komitmen untuk mengundi BN sebagai isyarat kepada Pakatan Harapan usah permainkan JANJI JANJI jika tidak ditepati.

Tuesday, 29 October 2019

#PrkTgPiai - BENARKAH WUJUD PERTUKARAN UNDI DENGAN PENGUNDURAN MAHATHIR?

Prk Tanjung Piai - Tekanan Peralihan Kuasa Memuncak



Pilihanraya Kecil P165 Tanjung Piai (Prk Tg Piai)  dijangkakan bakal menjadi medan ujian sokongan PKR terhadap kepimpinan Mahathir. Berdasarkan 'Bahasa Tubuh Badan' yang ditonjolkan Mahathir dan Anwar, ada sesuatu yang berlaku di antara mereka namun bijak menutup kelompongan dari penglihatan rakyat, namun gossip tidak dapat dielakkan. 


Baca -  ISYARAT SUPAYA MAHATHIR BERUNDUR

Bersandarkan siri 'Road Tour' Anwar ternyata gerakan memastikan peralihan kuasa berlaku tahun hadapan adalah benar. Kontra dengan kenyataan Anwar, Mahathir juga melontarkan naratif peralihan kuasa hanya boleh berlaku selepas beliau 'membetulkan' keadaan dan sudah pasti ia akan mengambil masa yang agak lama dari PERJANJIAN Peralihan Kuasa seperti didakwa Anwar sebelum ini. Semalam Pakatan Harapan memperkenalkan calon mereka di Tanjung Piai namun dikatakan tiada seorang pun wakil dari kepimpinan tertinggi PKR hadir. Isyarat apakah ini? Sedia maklum kerusi Tanjung Piai sebelum ini milik PPBM namun perlu diakui mereka memenangi kerusi tersebut dengan menggunakan lambang PKR. Adakah PKR selaku antara dominan PH tidak merestui calon yang dinamakan Presiden PPBM lantas tidak ada wakil PKR dihantar untuk meraikan majlis tersebut atau ada arahan tertentu yang melarang pemimpin PKR hadir?



Ternyata ada sesuatu bakal berlaku di Prk Tanjung Piai. Desas desus khabar angin menyatakan Prk Tg Piai bakal jadi medan 'Barter' bagi PPBM dan PKR untuk memastikan undi memihak kepada calon PH. Benarkah antara syaratnya ialah proses peralihan kuasa perlu ditetapkan seberapa segera dan Presiden PPBM perlu nyatakan sokongan terhadap PKR secara terbuka sekaligus memaksa Tun M melepaskan jawatan sepertimana Perjanjian Bertulis menurut dakwaan Anwar Ibrahim? Bagaimanapun kesahihan khabar tersebut tidak dapat dipastikan kerana mereka (PH) cukup berahsia mengenai perkara ini.  PKR Sabah pula secara terbuka mengakui KELEMAHAN PH selama 17bulan memerintah dan ini bukanlah rahsia memandangkan rakyat sudah mula bersuara mempersoalkan kredibiliti Pakatan Harapan sendiri. Malah golongan atas pagar juga sudah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri dengan harapan 'Malaysia Baru' yang dilaungkan menjadi realiti namun segalanya ternyata hanyalah fantasi meraih undi semasa PRU14.



Bukankah ini menjurus kepada kelemahan Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kini? Beranikah Christina mengeluarkan kenyataan sebegini sekiranya tiada siapa dibelakangnya? Pukulan tepat ini semestinya datang dengan strategi tertentu untuk menjatuhkan maruah Mahathir sekaligus meletakkan kesalahan pentadbiran PH diatas bahu beliau. Siapa yang mengizinkan Christina membuat kenyataan tersebut? Permainan ini membuka ruang persoalan buat rakyat menilai sejauh mana kekuatan PH dalam menghadapi Prk Tg Piai selepas kekalahan callon PPBM di Prk Semenyih. Seandainya calon PPBM kalah sekali lagi maka mudah bagi Anwar melakarkan sejarah menjadi PM Ke-8 selepas penantian hampir 22 tahun dengan syarat Presiden PPBM sendiri menyokong beliau dan perlu diingatkan kedudukan Mahathir dalam PPBM hanyalah Penasihat dan bukannya Presiden Parti. 


Wajah Seiras Calon PPBM

Calon PPBM kini dalam masalah besar dengan perbalahan tertutup PH. Adakah dengan imej 'Islamik' yang ditampilkan PPBM akan meraih restu DAP? Pandang kembali sejarah Prk Semenyih ketika kempen sedang hebat berlangsung. DAP berkempen sekadar 'melepas batuk di tangga' dan dengan penampilan calon PPBM di Tg Piai adakah DAP akan bersungguh membantu kempen? Video seorang Menteri dari DAP yang terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila dicaci oleh pengundi Cina di Tanjung Piai ternyata memberi kesan. Pengundi Tg Piai sudah menilai kerjasama PH selama ini dan mereka mendapati segalanya hanyalah kerana KUASA dan rakyat hanya jadi platform mereka.