Tuesday, 12 November 2019

#PrkTgPiai - SELEPAS KARMAINE 'HINA' PEKEBUN, PH SIFATKAN NELAYAN TG PIAI SEBAGAI AGRESIF?

Tanjung Piai Permulaan Kehancuran PPBM


Berbaki 3 hari sebelum pengundi Tanjung Piai mengundi pelbagai ragam kelihatan. Dengan kekuatan jentera Parti Pribumi Bersatu seluruh negara yang sudah pasti diarahkan 'turun padang' semua program Pakatan Harapan nampak meriah sambutannya. Hakikat sebenar foto yang dikeluarkan tidak menggambarkan sokongan sebenar pengundi Tg.Piai kerana calon PH sendiri mengakui pengundi Tg Piai tidak suka keluar malam. Kehidupan sebagai pekebun kecil dan nelayan tidak sama seperti kehidupan bandar besar yang mampu berjaga sambil mendengar intipati ucapan pemimpin PH.



Kontroversi turut melanda kempen PH kali ini selepas Prk Semenyih yang mempertaruhkan Aiman (PPBM) apabila calon mereka Karmaine Sardini memperkecilkan pekebun sawit di Tg Piai. Paling mengejutkan ialah kenyataan Menteri Besar Perak ketika berkempen di sebuah perkampungan nelayan Tg Piai. Kenyataan tersebut telah menimbulkan perbalahan dalaman PH apabila DAP mula mendesak tindakan dikenakan terhadap MB Perak atas kenyataan beliau namun PPBM telah bermesyuarat dan berpendapat MB Perak tidak perlu dikenakan tindakan sebaliknya MENYALAHKAN SEKUMPULAN NELAYAN YANG DIKATAKAN AGRESIF KETIKA KEJADIAN. Dalam rakaman berdurasi sekitar 6 minit 40 saat itu LANGSUNG TIDAK KELIHATAN KUMPULAN TERSEBUT AGRESIF malah masih bersalaman dengan Peja (MB Perak). 


Bagaimana tuduhan berniat jahat boleh dilemparkan oleh PPBM terhadap kumpulan nelayan tersebut? Ini sekaligus menampakkan betapa 'kecilnya' kumpulan nelayan tersebut di mata pemimpin PPBM dan jika Karmaine menang Prk ini apa nasib kumpulan nelayan tersebut? Dalam video itu jelas kehadiran Karmaine disambut dengan pantun dan seorang dari kumpulan itu mempersoalkan kewajaran kenyataan Karmaine sebelum ini yang mengatakan cukup perbelanjaan sebanyak RM1000 sebulan.



PPBM jelas masih berada bawah telunjuk DAP apabila Lim Kit Siang menamakan Liew Chin Tong sebagai wakil kaum Cina di Tg Piai sekiranya Karmaine menang di Tg Piai. Kenyataan Kit Siang langsung tidak dibidas oleh pemimpin PPBM dan ini antara sebab mengapa kumpulan nelayan yang dilabelkan sebagai AGRESIF oleh PPBM berpandangan PPBM dikuasai DAP. Mengapa perlu wakil DAP sebagai perantara jika Karmaine menang? Tidakkah ini menunjukkan Karmaine juga bacul sekiranya beliau menjadi Ahli Parlimen Tg Piai atau PPBM memang LEMAH dalam berkomunikasi bersama rakyat?



Selepas Karmaine sendiri memperlekehkan pekebun kini Nelayan pula dikatakan sebagai kumpulan Agresif oleh Pakatan Harapan. Selepas ini apa pula 'gelaran' yang bakal rakyat Tg Piai terima daripada pemimpin PH?

Pengundi Tg Piai kini semakin bijak menilai kemana hala tujuan Pakatan Harapan selepas 17 bulan memerintah. Dengan perkembangan ekonomi yang lembab ditambah KEGAGALAN Manifesto PRU14 PH antara faktor penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan walau nama nama besar Pakatan Harapan turun berkempen. Walau bagaimanapun rakyat Tg Piai bersyukur dengan adanya Prk kali ini mereka menikmati pelbagai peruntukan 'ala mee segera' yang diluluskan oleh Pakatan Harapan dengan alasan sudah dijanjikan Ahli Parlimen terdahulu. Rakyat sudah nampak 'permainan' PH yang secara tiba tiba menjadikan Tg Piai sebagai 'Anak Emas' sepanjang tempoh berkempen dan mereka juga tahu selepas Prk ini segala JANJI hanya akan tinggal JANJI sepertimana dilakukan dalam Manifesto Pru14. 

Dengan desakan dan tekanan dari sekutu Pakatan Harapan, nyawa PPBM dijangkakan tidak akan bertahan lama bila Karmaine KALAH di Tg Piai. Ini indikator untuk pihak tertentu dalam PH mendesak peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat dan PPBM hanya bergantung nyawa kepada Mahathir kerana Presiden PPBM sendiri tidak mempunyai kuasa dalam parti apabila Mahathir membayangi keseluruhan PPBM.

No comments:

Post a Comment