Tuesday 10 March 2020

MCA SERU RAKYAT TOLAK POLITIK KEBENCIAN DAP - NICOLE WONG KETUA PEMUDA MCA

Dap Terus Menyerang Umno Guna Politik Kebencian


Democratic Action Party (DAP) seperti lazimnya terus menyerang Umno selepas mereka kehilangan kuasa apabila KerajaanPakatan Harapan tumbang awal Mac 2020. Menggunakan grafik dan angka, Tengku Adnan Tengku Mansor adalah 'Mangsa' terbaru DAP berikutan pendedahan aset yang dimiliki didedahkan di Mahkamah. Cara serangan begini sering digunapakai oleh DAP bagi menimbulkan kebencian masyarakat Tiong Hua terhadap Umno sekaligus mengekalkan doktrin bahawa Umno merupakan parti rasis terhadap lain-lain kaum di Malaysia.



Bagaimanapun pendedahan oleh Ketua Pemuda MCA amat mengejutkan. Nicole Wong mendedahkan betapa DAP memanipulasi pelbagai isu demi kepentingan parti itu dan menggunakan peluang yang ada untuk menampakkan mereka (DAP) sebagai pejuang sejati kaum Tiong Hua dalam politik Malaysia. DAP mungkin telah LUPA apa yang mereka pernah keji Tun M ketika beliau menjadi PM Ke-4 dan sepanjang 22 tahun pemerintahan. Sebaliknya kini DAP bersifat 'Talam Dua Muka' apabila sanggup mengorbankan prinsip parti demi kuasa ketika memenangi PRU14 bersama Tun M.


Kini DAP tidak lagi berada dalam koridor kuasa Putrajaya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai PM Ke-8 setelah kemelut perebutan kuasa berlaku dalam Pakatan Harapan. Apa yang mengejutkan apabila Bekas Menteri DAP mempersoalkan isu berkaitan Agama dan Bangsa dalam satu ciapan twitter. Adakah ini sebenarnya mentaliti seorang Bekas Menteri? Sekali lagi Nicole Wong mempersoalkan kredibiliti Hannah Yeoh yang dilihat melampaui batas. Sebagai seorang ahli politik, Nicole nampak isu yang dimainkan Hannah sangat tidak baik untuk Malaysia yang harmoni dan beliau juga menolak politik kebencian seperti yang cuba ditimbulkan DAP.


Terbukti MCA lebih matang dalam politik berbanding DAP. Apatah lagi selepas kemenangan besar BN di Prk Tanjung Piai di mana MCA mewakili BN telah menewaskan PH dengan lebih 15,000 undi. Mungkinkah kini masyarakat Tiong Hua akan kembali 'membuka mata' dan kembali kepada MCA selepas belajar dari sejarah 22 bulan DAP mentadbir bersama Pakatan Harapan? Kita berharap undi Kaum Tiong Hua akan kembali kepada MCA bersama Muafakat Nasional. Kerja keras perlu dilakukan Nicole dan MCA bagi menjelaskan dalam Muafakat Nasional masyarakat Tiong Hua dan kepentingan mereka tidak akan dipinggirkan malah mereka dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari keharmonian Malaysia dan kembali gemilang bersama-sama.

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete