Friday 13 March 2020

PERIKATAN NASIONAL AKAN HANCUR DI TANGAN MAHATHIR?

Selepas 'Trojan' Gagal Tawan 'Sparta', Kini Siapa Pula 'Delilah' Mahathir?



Percaturan baru politik Tun Mahathir semakin menampakkan 'Belang' sebenar sebalik krisis Pakatan Harapan selain kegagalan 'Masterpiece' yang beliau cuba lakukan sepanjang karier politiknya. Walaupun Tan Sri Muhyiddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Tun M meletakkan jawatan, ternyata 'gangguan' Mahathir bagi mengeruhkan keadaan tidak berhenti. Muhyiddin digelarkan sebagai 'Pengkhianat' dan kerajaan Perikatan Nasional terus dikutuk dengan pelbagai gelaran oleh Tun M. 



Enggan menerima hakikat kekalahan, Tun M cuba bermain dengan naratif berbeza apabila membuat kenyataan 'U Turn' apabila menyedari percaturan beliau silap dan natijahnya PKR tegas menamakan Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen apabila sidang bermula pada Mei 2020. Nada kendur mula didendangkan bagi menarik perhatian Muhyiddin yang mahu Tun M 'Merestui' Kerajaan dan Kabinet Perikatan Nasional yang baru dibentuknya. Mengapa perlu restu Mahathir adalah satu persoalan besar yang menjadi topik hangat hingga ada pandangan menyuarakan tentang kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang julung kali ditiadakan selepas 1957. Kemusykilan kekosongan jawatan tersebut membawa kepada teori jawatan TPM dikosongkan bagi memberi tempat kepada seorang lagi individu yang diimpikan Mahathir bagi meneruskan legasi beliau sebagai PM. Benarkah begitu percaturannya? Mungkin ada tekanan yang cuba diserap oleh Muhyiddin apabila melantik 4 orang Menteri Kanan yang berfungsi sebagai penggantinya jika beliau tidak berada dalam negara namun begitu tiada siapa dalam kalangan 4 orang tersebut mempunyai kuasa eksklusif sebagai PM. Seperti kebiasaan TPM akan memangku tugas PM apabila memerlukan namun kini tugas memangku diberikan kepada yang paling kanan kalangan 4 MK.




Jika sebelum ini 'Trojan' Mahathir GAGAL menakluki 'Sparta', kini beliau beralih mengarahkan 'Delilah' untuk menundukkan 'Samson' pula. Siapakah 'Delilah', 'Trojan' yang sentiasa akur dengan perintah Mahathir masih samar-samar walau bayangan semakin nampak. Ahli Politik seperti Tun M sudah pasti ada perancangan tertentu bagi memastikan apa yang dirancangkan berjaya dan nampak seperti sudah ada pergerakan beliau dalam Perikatan Nasional yang hanya berpegang kepada persefahaman antara parti politik Malaysia bagi membentuk sebuah kerajaan selepas kejatuhan Pakatan Harapan. 

Baca - ISYARAT AWAL MAHATHIR LETAK JAWATAN

TEKANAN PERALIHAN KUASA MEMUNCAK

AZMIN CABAR BUKTIKAN PERJANJIAN PERALIHAN KUASA

SIAPA TROJAN MAHATHIR YANG GAGAL?


Kegusaran yang disuarakan Dato Tajuddin Rahman (Ahli Majlis Tertinggi Umno) dalam satu temubual perlu dipertimbangkan. Muafakat Nasional yang dibentuk Umno dan PAS seharusnya peka dengan permainan licik politik Tun M yang kadangkala sukar dibaca rentaknya. Mungkinkah Perikatan Nasional hanya 'Batu Loncatan' buat Mahathir melepaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari cengkaman sekutu lain dalam Pakatan Harapan? Tidak mustahil perkara tersebut boleh berlaku dan taktik memperdayakan parti lain untuk percaya kepada perseteruan dalam PH boleh dikatakan berjaya apabila Anwar Ibrahim tidak berpeluang menjadi PM Ke-8 seperti dijanjikan sebelum ini akibat krisis yang menyebabkan PPBM menarik diri dari PH sekaligus membawa keruntuhan Kerajaan PH.


Jelas sekali Mahathir tidak lagi konsisten dalam memberi kenyataan. Apabila menyedari kenyataan awal beliau terhadap Muhyiddin tidak memberi impak, beliau berubah nada dan cuba menuding kepada siapa? Agak pelik apabila Mahathir langsung tidak menyentuh Azmin Ali yang merupakan antara penyokong kuat mempertahankan Mahathir dari melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Mahathir tidak menyerang Azmin yang secara jelas telah membelot apabila memberi sokongan kepada TsMY ketika krisis memuncak? 

Masih samar? Azmin adalah individu yang mencabar sesiapa sahaja yang menyatakan wujud perjanjian peralihan kuasa Mahathir-Anwar selepas 2 tahun PH memerintah namun akhirnya beliau sendiri melepaskan tengkuk sendiri dan bersama dengan TsMY dalam kabinet Perikatan Nasional. Wujudkah klausa INTERGRITI pada Azmin Ali dalam percaturan yang menguntungkan karier politik hingga diberikan jawatan Menteri Kanan oleh TsMY?

Melihat kekalutan ini semua maka UMNO dan PAS seharusnya berhati-hati dengan permainan kelas tertinggi politik Mahathir. Siapa tahu dalam permainan CATUR ini apabila kena 'Check Mate' tiba-tiba Mahathir keluarkan sebiji lagi buah 'King' dari poketnya bagi membunuh 'Queen' dan 'KING' pihak lawan. 

1 comment:

  1. Ini semua dalam perancangan bagi mempertabatkan bangsa Melayu. Jangan lah admint nak jadi batu api untuk melaga-melagakan sesama Melayu macam DAP.

    ReplyDelete