Showing posts with label Jamal Yunus. Show all posts
Showing posts with label Jamal Yunus. Show all posts

Sunday, 25 December 2016

SILAT 'GAYUNG' JAMAL BERJAYA BONGKAR KERAKUSAN PKR SELANGOR








'GAYUNG' JAMAL BERJAYA GOYANGKAN PKR SELANGOR DAN PAKATAN HARAPAN

Apabila Dato Seri Jamal Yunus hanya berbekalkan gayung di tangan dan berpakaian mandi melakukan protes terhadap Kerajaan PKR Selangor mengenai krisis air yang melanda negeri tersebut dan mengakibatkan ramai rakyat terlibat satu tekanan berjaya diwujudkan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut. Walau hanya simbolik apa yang Jamal lakukan itu menerima kecaman dari mereka yang tidak faham namun bagi pemerhati poltik itulah permulaan keruntuhan pemerintahan Pakatan Harapan di masa akan datang.

Tindakan Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar Selangor turut mengundang kontroversi apabila resort miliknya seperti menjadi taruhan apabila dirobohkan pihak MDSB. Namun begitu Jamal membuat 'tindakan balas' apabila menggempur kedai judi slot yang terang terang diberikan lesen oleh MDSB sebagai pusat hiburan keluarga.

Ini turut mengundang kontroversi kerana TPM pernah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa memerangi semua kaedah judi slot serta membekukan sebarang pengeluaran lesen bagi maksud yang sama namun pihak MDSB dan kerajaan PKR seakan tidak mengendahkannya langsung.

Apa yang di buat oleh Jamal di hadapan SUK Selangor ini sebenarnya tidak digemari oleh Pakatan Harapan terutama DAP selaku sekutu kuat PKR Selangor. Isyarat yang jelas telah disampaikan oleh Jamal kepada rakyat Selangor mengenai kezaliman PKR Selangor yang di lihat seperti sengaja melengahkan projek naiktaraf empangan kerana mempunyai muslihat politik yang akan digunakan apabila menjelan PRU. Rakyat akan dimomokkan dengan segala kesukaran jika kerajaan bertukar tangan dan ini pastinya menjadi satu modal politik buat Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. 


Apa yang diperlukan Umno Selangor untuk bangkit merampas kembali Selangor dari Pakatan Harapan telah di rintis Jamal dan sepatutnya ia di sambut dengan desakan terhadap Azmin untuk menyelasikan masalah bekalan air mentah bersih kepada rakyat di masa akan datang. Jika PKR tidak mampu melaksanakannya maka rakyat perlu menghukum Pakatan Harapan yang hanya pandai membuat menifesto PRU tetapi akhirnya menyatakan itu bukanlah janji yang perlu ditepati. Berapa lama lagi rakyat Selangor harus menerima hukuman akibat kelemahan PKR? Lihat sahaja isu yang melanda pemerintahan Selangor sejak mula di perintah PKR. Perbalahan dalaman Exco Selangor telah menimbulkan polemik mengenai kuasa Exco Agama Selangor dalam isu rampasan arak di sebuah kedai serbaneka. Beberapa isu berkaitan Selangor turut diperkatakan oleh ahli PKR sendiri sampaikan bekas Setiausaha Agung mereka, Rafizi Ramli menyatakan kewujudan skandal rasuah dalam pemberian tender berlaku dalam pemerintahan PKR. Belum kisah penderma projek Gerbang Selangor yang hingga kini Azmin tidak dedahkan nama pendermanya walau kerajaan negeri dikatakan membayar dahulu kos projek berkenaan menggunakan wang rakyat.

Jelas sekali Jamal yang membuat perangai 'Gila-gila' sebenarnya amat diperlukan rakyat Selangor sebagai penyelamat nasib mereka dari terus di tindas di bawah PKR dan kerja 'Gila' Jamal kini sudah mula difahami rakyat Selangor dan mereka mula bersuara. Apabila rakyat mula bersuara maka PKR sudah boleh memikirkan kemana haluan politik mereka selepas ini dengan kerja 'Gila' Jamal yang melondehkan kelemahan sebenar PKR Selangor.

Mungkin Azmin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor selepas PRU14 dan Pakatan Harapan bakal hanyut. Hanya 'Silat Gayung' diperlukan Jamal bagi menjatuhkan Pakatan Harapan.



Thursday, 22 December 2016

PKR SELANGOR GOYANG DENGAN KEBANGKITAN UMNO - RESORT JAMAL JADI MANGSA


PKR BERTINDAK ZALIM HANYA KERANA GAGAL TANGANI ISU AIR SELANGOR


Selepas adegan protes Jamal Yunus di hadapan bangunan SUK Selangor mendedahkan kelemahan PKR Selangor mengurustadbir krisis air dan kepincangan pentadbiran Azmin, tindakan 'adhoc' telah di ambil ke atas premis pusat peranginan milik Jamal hari ini.

Selaku Ketua Umno Sungai Besar, tindakan beliau semalam yang menyuarakan kekesalan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor menangani isu yang melibatkan negeri Selangor hingga menjadi tular dalam media sosial di anggap sebagai 'ancaman' terhadap PKR Selangor serta sekutu kuat mereka DAP. Rakyat Selangor yang merasai keperitan ketiadaan bekalan air kian menyampah dengan alasan demi alasan oleh Azmin dan apabila Jamal hanya bertuala mandi ia merupakan kemuncak kemarahan netizen kepada PKR Selangor.

Sebelum itu, Jamal telah 'memandikan' seorang pemain siber PKR dikenali di facebook sebagai 'Badak' atau nama samarannya 'Ratu Naga' dengan campuran telur,tepung dan air longkang apabila beliau cuba melakukan provokasi murahan dengan membawa sebotol air mineral bersaiz 1.5 liter sebagai bahan bantuan kepada Jamal Yunus. Bagaimanapun kehadiran 'orang suruhan' PKR ini hanya mengundang kisah lucu kerana cuba mempolitikkan isu air dan helah untuk mencari populariti bagi menutup kelemahan kerajaan PKR Selangor berkaitan isu air.

Dalam pada itu, satu notis merobohkan premis Sekin Resort telah diberikan kepada Jamal kerana dikatakan melanggar peraturan dalam undang undang Majlis Daerah Sabak Bernam.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik telah menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB,2013.

Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Jamal ketika dihubungi mengesahkan menerima notis itu dan akan mengadakan sidang medianya esok jam 3 petang untuk menerangkan butiran lanjut mengenai penyitaan MDSB di premis perniagaannya yang dibuka sejak lima tahun lalu.

Sekin Hotel & Resort dibina diatas tanah seluas 25 hektar menyediakan 158 bilik dan terdapat 30 chalet tepi pantai dengan kos pembinaan sejumlah RM12juta.
Beliau tidak menolak kemungkinan notis dihantar MDSB ini dilaksanakan ekoran tindakannya membidas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkaitan isu air di negeri itu.

Jamal semalam hadir di SUK Shah Alam hanya bertuala sambil  membawa berus gigi, shampoo dan sabun untuk menumpang mandi di pejabat menteri besar tetapi hajatnya itu dihalang di pintu masuk bangunan SUK.
Jamal turut memaklumkan  kerja meroboh premis perniagaannya oleh MBSB sedang dilakukan  itu dakwanya atas arahan menteri besar.

"Pagi tadi hantar notis petang ni dirobohkan. Ini adalah tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah ketiadaan air," ujarnya.

Malah dakwa Jamal pula  semua  syarat dan bayaran telah dibuatnya kepada MDSB sebaliknya beliau berkata surat dan semua dokumen tersebut tidak benar sama sekali.

Adakah kerana dendam dan risau kebangkitan rakyat Selangor menentang kezaliman PKR dalam isu air di balas dengan merobohkan premis perniagaan milik Jamal? Mengapa Azmin tidak mengarahkan pihak PBT Selangor merobohkan premis judi yang tumbuh umpama cendawan di Sekinchan? Adakaj PKR mengutip 'ufti' dari tokey judi atau Azmin ada 'saham' dalam perniagaan tersebut hingga tidak berani bertindak merobohkan premis judi yang dikatakan 'berlesen' di Sekinchan dan Selangor?

'BADAK' KENA MANDI AIR LONGKANG - CUBAAN PROVOKASI TERHADAP JAMAL YUNUS GAGAL

Tindakan Dato Seri Jamal Yunus yang hanya berpakaian mandi di hadapan bangunan SUK Selangor semalam menceritakan keperitan rakyat menghadapi masalah bekalan air di Selangor membuka mata banyak pihak. Netizen memandang menifestasi Jamal semalam sebagai kemuncak protes rakyat Selangor yang sering putus bekalan air kerana kegagalan Azmin Ali menangani krisis air Selangor.

Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar melakukan protes tersebut kerana memahami penderitaan rakyat Selangor selepas PKR Selangor gagal menunaikan janji mereka dalam menifesto PRU dan selepas pentadbiran di ambil alih oleh Azmin.

Bagaimanapun seorang pemain siber 'belaan' PKR cuba meremehkan usaha Jamal apabila menyindir akan menghantar 'bantuan' bekalan air ke rumah Jamal pagi ini. Kehadiran 'Badak' yang disertai beberapa ahli PKR dan suaminya menerima kejutan istimewa dari Jamal.

'Dimandikan' dengan bahan campuran tepung,kicap,telur dan air longkang, 'Badak'  menerima 'hadiah' istimewa kerana melakukan provokasi murahan di rumah Jamal. Difahamkan ' Badak' yang mahu menjadi 'Hero' PKR dalam isu air Selangor membuat provokasi kerana tidak tahan dengan sindiran seorang yang dikenali sebagai Ashikin Yunos di facebook.

Jelas sekali metaliti 'Badak' amat rendah dan tindakan beliau membuat onar menerima nasib yang kurang elok. Bukan sahaja 'Badak' dimalukan malah PKR turut terpalit kerana tidak mahu mengakui kelemahan mereka mengurustadbir bekalan air di Selangor hingga menyebabkan rakyat menderita sehingga berhari hari kerana ketiadaan bekalan air bersih.

PKR Selangor lebih rela menghabiskan jutaan ringgit untuk mengecat gerbang daripada menyelesaikan masalah air yang melanda dan ini merupakan pengajaran kepada pengundi Selangor agar tidak lagi silap memilih parti yang hanya berpolitik dari menjaga kebajikan rakyat negeri.

Foto menunjukkan 'Badak' menerima hadiah dari Jamal Yunus.