Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan terhadap mana mana pihak dalam isu klip video aksi seks songsang melibatkan seorang 'Mirip Menteri' dan seorang pemuda dikenali sebagai Haziq Aziz. Alasan yang diberikan AG (Peguam Negara) resolusi video tersebut rendah hingga menyukarkan pihak tertentu mengenalpasti siapakah pelaku terkutuk dalam klip tersebut.
Bagaimanapun seorang Peguam, Haniff Khatri mempersoalkan tindakan AG dalam hal ini. Beliau turut menyenaraikan akta tertentu dalam perundangan yang boleh mempertikaikan tindakan AG yang dilihat seperti mahu melindungi kesalahan individu tertentu demi kepentingan politik pihak tertentu.
Baca - PERSOALAN PANAS
Agak pelik tindakan AG kerana Haziq Aziz pernah tampil dengan pengakuan siapa pasangannya dan ia tular ke seluruh negara malah turut menarik perhatian negara luar berkaitan skandal seks songsang kerana membabitkan seorang 'Mirip Menteri'. Bagaimanapun Haziq dalam video tersebut telah menamakan individu yang disetubuhi beliau dalam bilik sebuah Hotel di Sandakan, Sabah.
PENGAKUAN HAZIQ AZIZ
Kredibiliti AG kini dipertikaikan oleh rakyat yang melihat keputusan dibuat untuk kepentingan politik pihak tertentu hingga menimbulkan persoalan adakah keputusan ini dipengaruhi 'Tangan Ghaib'? Secara tiba-tiba seorang Setiausaha Politik yang bukan sahaja mengecam Azmin malah menjerit "Azmin Semburit" selepas keluar dari tahanan Polis membuat pusingan U apabila AG mengumumkan keputusan tiada mana mana pihak akan didakwa kerana kesalahan bersetubuh luar tabi'e. Adakah pengakuan seorang Naib Presiden PKR mengenai perbualannya bersama Presiden parti adalah pembohongan? Apakah Haziq benar-benar menipu dalam pengakuannya? Ini semua adalah rantaian persoalan yang perlu jawapan tepat dari AG.
HAZIQ AZIZ PERLU DIDAKWA BERSETUBUH LUAR TABI'E
Tulisan Haniff Khatri |
Agak pelik apabila semalam Azmin Ali menaikmuat 'status' dalam siaran facebook beliau berulangkali dan menyatakan kesyukuran kerana terlepas dari fitnah. AG sendiri tidak menamakan siapa individu terlibat tetapi tindakan Azmin dilihat berlebihan hingga mengundang persoalan netizen 'Mengapa menggelupur' apabila tiada nama disebut oleh AG dalam kenyataan rasmi?
No comments:
Post a Comment