Sunday, 18 December 2016

SKANDAL SALAH LAKU SEKS ANINA - CYTRO PKR BALAS DENDAM AJAR PPBM MAIN POLITIK






SKANDAL SALAH LAKU SEKS SRIKANDI PPBM - RATU NAGA MAIN DUA KOLAM?


Kekalutan yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah tidak dapat di kawal lagi dari menarik perhatian rakyat. Dalam laman maya, perang antara dua puak sudah tidak mampu di bendung apabila serangan dari sebelah pihak yang masih mempercayai Anina menyerang Dato Hamidah dan kuncu kuncunya. Perperangan ini turut menarik perhatian seorang penggiat facebook tajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syarul Ema atau nama samarannya Ratu Naga.

Poster mengenai kritikan Ratu Naga terhadap peperangan dalaman PPBM melibatkan Srikandi PPBM sudah mula berlegar di facebook dipercayai di buat oleh satu kumpulan yang tidak senang dengan Anina. Hubungan baik antara Dato Hamidah serta adiknya Hamizura dikatakan menjadi sebab mengapa Ratu Naga melibatkan diri dalam peperangan ini. Beliau sebelum ini memang diketahui mempunyai hubungan yang baik kerana sealiran dengan mantan Exco Perak apabila terlibat dalam mengumpul tandatangan bagi projek Deklarasi Rakyat namun 'kantoi' apabila seorang pemuda tampil mengaku berlaku penipuan dalam pembelian data penandatangan petisyen Deklarasi Rakyat oleh Ratu Naga.

Perubahan politik Ratu Naga dari PPBM bagaimanapun mengejutkan rata rata penyokongnya kerana sebelum ini beliau sangat aktif mempromosi parti 'Mahathir' itu. Benarkah dakwaan Syarul Ema berubah kerana kecewa apabila Mahathir enggan meluluskan permintaan Ratu Naga berkenaan 'bayaran upah kerja' yang di minta? Ada dakwaan menyatakan Ratu Naga meminta sejumlah bayaran namun Mahathir enggan melayan lantas mengeluarkan namanya dari kumpulan elit siber PPBM? Mungkin Anina ada terlibat dengan keputusan tersebut dan Ratu Naga menyimpan dendam dan melihat kisah skandal Anina sebagai ruang terbaik buatnya membalas perlakuan Anina terhadapnya?

Kisah 'Skandal 4 kali' Anina merupakan satu kejutan kerana individu yang mendedahkan perkara tersebut adalah bekas pembantu peribadinya sendiri. Benarkah dakwaan mengatakan bekas pembantu peribadi Anina itu adalah 'Trojan Horse' yang di hantar oleh Hamizura dan Dato Hamidah bagi mencari maklumat pergerakan Ketua Srikandi PPBM? Semua ini bakal terjawap jika Anina mengambil langkah berani membuat laporan polis terhadap bekas pembantu peribadinya itu namun hingga artikel ini di tulis tiada sebarang meklumat mengenai tindakan berdasarkan Undang Undang.

Dalam kekalutan seluruh pemain siber PPBM 'menegak benang basah', Ratu Naga mengambil ruang tersebut apabila menaikmuat status menyindir skandal yang berlaku dalam PPBM. 

Berikut adalah beberapa petikan sindiran Ratu Naga terhadap Anina yang di naikmuat menggunakan akaun Ema Lee.

"ramai yang masih mentah lagi dalam politik bila dapat jawatan, dan macam beruk kena belacan. Tak tahu benda langsung mula lah tunjuk ego konon dia hebat, dia terbaik, dia ada pengaruh, pengaruh yang hanya di janjikan sesuatu untuk menyokong"

"ni mana ko belajar cara berpolitik? Perjuang rakyat bukan macam ni perangainya"

"Shamsul Iskandar ahli parlimen PKR yang ada banyak jawatan pun tak pakai banyak orang jadi pegawai khas dari kasut sampai ke rambut tapi kerja dia jalan, rakyat terbela"

Jelas sekali Ratu Naga menyindir PPBM dengan sindiran tajam dan mahu menonjolkan karektor pemimpin PKR sebagai contoh kepimpinan terbaik dan perlu diikuti PPBM jika hendak berpolitik. Siapa Ratu Naga untuk mencampuri urusan dalaman PPBM? Adakah beliau di jemput oleh individu tertentu untuk menyibuk atau beliau bermain dua kolam?

Mengapa Ratu Naga sebagai seorang pemain siber PKR menyindir Anina jika bukan kerana hubungan baik beliau dengan Hamizura dan Dato Hamidah? Ratu Naga merupakan antara individu yang turut membantu Dato Hamidah mengumpul dana bagi membayar saman setelah beliau kalah dalam perbicaraan di Mahkamah. Adakah Ratu Naga di bayar untuk menyerang pemain siber Pro Anina apabila mereka mula menyerang Hamidah dan Hamizura di facebook? Jika tidak mengapa Ratu Naga sangat berminat mencampuri urusan PPBM hingga berani mencampuri urusan parti yang beliau tidak terlibat? Adakah Ratu Naga menerima arahan dari PKR untuk berbuat demikian sebagai 'amaran' dari pimpinan PKR bahawa PPBM tidak layak untuk bersama Pakatan Harapan?


Ramai tahu pendirian Ratu Naga yang tidak konsisten selama ini dan sebagai ' belaan' PKR, beliau hanya menurut arahan yang telah ditetapkan oleh 'tokey'. Mungkinkah wujud perjanjian 'sulit' antara Ratu Naga dan Team Hamizura bagi memburukkan imej Anina dan beliau dijanjikan dengan imbuhan tertentu? 

Skandal Anina kini semakin panas apabila Presiden PPBM sendiri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan penasihat parti itu, Mahathir masih menutup mulut dan tidak memberi sebarang komen berkaitan isu ini. Pasti rakyat ingin tahu apa isi kandungan yang Haiyan Uqba telah sediakan berkaitan salah laku seks Anina.Hingga hari ini Haiyan masih tidak mendedahkannya dan ini menimbulkan tandatanya adakah ini sekadar helah mencari populariti yang sengaja dilakukan PPBM atau adakah dakwaan Haiyan benar benar wujud.

Haiyan Uqba perlu menepati slogan yang sering mereka laungkan iaitu 'Berani Kerana Benar' jika mempunyai asas kukuh serta bukti salah laku seks Anina namun demikian besar kemungkinan perkara tersebut tidak akan didedahkan kerana Haiyan tidak mempunyai keberanian berbuat demikian. Satu perkara yang menarik ialah jika beliau tidak mempunyai sokongan masakan Haiyan berani membuat pendedahan hangat yang menjatuhkan kredibiliti Anina. Siapa sebenarnya di belakang Haiyan dan siapa pula di belakang Ratu Naga?


Wednesday, 14 December 2016

CUBAAN ALIH TUMPUAN SKANDAL SRIKANDI PPBM? - SERANG PUTERI UMNO DENGAN BERITA PALSU




CUBAAN ALIH PERHATIAN - PUTERI UMNO DI SERANG BERITA PALSU


Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang digemparkan dengan skandal membabitkan salah seorang dari kepimpinan utama mereka dikatakan cuba mengalih perhatian rakyat. Dipercayai mereka sedang menyerang kepimpinan Puteri Umno sebagai jalan mudah untuk mengelakkan sebarang pertanyaan terhadap isu klip video yang dikatakan ada kaitan dengan Srikandi PPBM. Serangan dikatakan dilakukan melalui aplikasi Whatsapp untuk disebarkan ke grup grup pro Umno dan mereka akan membuat cerita kononnya maklumat tersebut adalah benar.

Tular dalam aplikasi whatsapp mengenai sidang media perletakan jawatan oleh Naib Ketua Puteri Umno, Pn Zahida Zarik Khan pada 16 Disember 2016. Serangan yang dikatakan langkah tersedak pihak tertentu dalam PPBM ini amat mudah dipatahkan apabila mereka tidak mengetahui Zahida sekarang berada di Jepun atas urusan MARA dan akan pulang ke Tanahair pada 20 Disember 2016. Jadi bagaimana pula Zahida akan membuat sidang media pada tarikh yang tersebar itu?

Ketua Puteri Umno yang dihubungi satu sumber telah mengesahkan perkara ini adalah palsu dan sengaja diadakan bagi menyerang kepimpinan Puteri Umno. Selain sumber tersebut,Presiden Nadi Rakyat Rafi Awang Kechik turut berhubung dengan MasErminyati bagi mendapat pengesahan lanjut berikutan penyebaran perkara ini dalam Whatsapp.

Mas Ermiyati telah mengesahkan maklumat mengenai Zahida itu palsu dan meminta sedikit masa untuk meneliti kandungan dalam sebaran tersebut kerana beliau masih berada di Parlimen ketika berita ini disampaikan.

Serangan bermotif politik ini dipercayai didalangi oleh pihak yang sedang bergelut untuk menjawap persoalan siapakah individu yang terbabit dalam satu klip video yang tersebar di media sosial. Benarkah pihak Srikandi PPBM terlibat mengada-adakan cerita perletakan jawatan Zahida? Rakyat tahu ada sesuatu yang sedang melanda kepiminan Srikandi sekarang dan mereka berusaha berhabis habisan mengalih perhatian dari terus memperkatakan mengenai individu yang terbabit.

Benarkah ada pemimpin Srikandi PPBM terlibat dalam klip video tersebut? Persoalannya siapakah mereka yang berusaha menyebar berita palsu mengenai Puteri Umno kerana dikatakan sebaran ini bermula dari satu kumpulan Whatsapp PPBM. Adakah ada arahan pihak tertinggi PPBM untuk menyerang serta mengalih perhatian rakyat terhadap isu skandal Srikandi PPBM?

Berikut adalah kandungan dalam aplikasi Whatsapp yang tersebar : 

Assalamualaikum WBT.
Editor / Ketua Biro / Tuan / Puan,
JEMPUTAN MEDIA: PENGUMUMAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Pn. Zahida Zarik Khan selaku Naib Ketua Puteri Umno Malaysia akan mengadakan satu sidang media bagi menyatakan hasrat meletak jawatan.
Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput wakil media dan jurufoto daripada organisasi tuan/puan untuk membuat liputan majlis sidang media tersebut seperti butiran berikut:
Tarikh :
16 December 2016 |Jumaat
Masa :
3.00 petang, lepas solat Jumaat
Tempat :
Pejabat Umno Bahagian Pandan.
No43, Jalan Nirwana 39, Taman Nirwana,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Kerjasama pihak tuan/puan untuk hadir membuat liputan sidang media ini amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.
Untuk maklumat lanjut berhubung sidang media ini, sila hubungi :
Aida Farizan binti Othman
H/P : 019-6951745
Pej. : 03-92814887
Haslinda binti Hois Akbar
H/P : 013-3645989
Pej. : 03-4291 9596
Siti Bainun binti Ahd Razali
H/P : 019-2031173
Pej. : 03-4291 9596
Sekian. Terima kasih.
Suk P.A Naib Ketua Puteri Umno Malaysia.

Jelas sekali pihak tertentu semakin terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dan Puteri Umno di kihat sebagai komponen paling lemah dalam Umno untuk di serang. Selaku Ketua Puteri Umno, Mas Ermiyati perlu mengambil tindakan tegas menangani penyebaran maklumat palsu yang mengaitkan kepimpinan Puteri Umno.

DAESH PENGARUHI RAKYAT MALAYSIA? - AFANDI BAHARUDDIN MAHU BOM PUSAT HIBURAN






DAESH PENGARUHI FACEBOOKER UNTUK BOM PUAT HIBURAN

Belum reda kisah seorang pengawal keselamatan yang menikmuat status di facebook beliau mendakwa menerima upah untuk membunuh Najib, ada seorang lagi pemain facebook menaikmuat entri mengenai keingingannya mengebom beberapa pusat hiburan. Dalam entri itu, Afandi Baharuddin menulis di laman facebooknya " Kalau aku pasang bom kat tempat ni ok tak?Target minimun 100 nyawa setiap satu bar".

Entri tersebut di tulis pada 16 Oktober 2016 dan telah di kesan oleh Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir yang merupakan seorang doktor pakar di Melaka. Beliau yang gusar akan ugutan oleh Afandi Baharuddin telah menaikmuat entri di facebook beliau dan berharap tindakan daripada Polis DiRaja Malaysia atas ugutan serius ini.


Dengan kewujudan militan pengganas Daesh serta Isis yang banyak membuat siri serangan di negara lain, perbuatan Afandi ini menimbulkan ketidakselesaan kalangan rakyat yang membaca tulisan Afandi. Timbalan Perdana Menteri yang pernah mengeluarkan amaran kehadiran militan Daesh di Malaysia menguatkan lagi tanggapan bahawa Afandi sememangnya dipengaruhi oleh pihak pelampau.

Jika di lihat kepada kecenderongan Afandi menulis, beliau memilih Bar sebagai sasaran pengboman dan ini merupakan salah satu strategi pihak Daesh menyerang sesebuah negara. Siapa sebenarnya Afandi Baharuddin ini? Adakah beliau memang terlibat dalam pihak pengganas secara 'underground' dan memberi amaran kepada PDRM supaya memburu beliau?

Adakah Afandi sengaja membuat status berkenaan kerana ada pengaruh daripada pihak tertentu yang menghasut beliau berbuat demikian? Pihak PDRM dan SKMM perlu memandang serius perkara ini kerana akan menyebabkan 'Panik' kepada rakyat yang selama ini hidup dalam keadaan selamat dan aman damai.

Pautan ke facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir : SINI



PENGAWAL KESELAMATAN MENGAKU TERIMA UPAH BUNUH NAJIB - SIAPA UPAH FAIZ ZIEDAINIE?



KERANA JARI BADAN BINASA - PAK GUARD AKUI TERIMA UPAH MEMBUNUH


Kesilapan sendiri ketika menaikmuat status di garismasa Facebook adakala mengundang padah dan menjadi tular kerana mengundang kemarahan netizen maya. Begitu juga apa yang terjadi terhadap satu akaun facebook yang menggunakan nama Faiz Ziedainie telah membuat satu kenyataan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Malaysia.

Dalam status tersebut, Faiz bergambar di hadapan bangunan Seri Perdana dan menulis "saya ke sini kerana di upah untuk membunuh Najib. Sekadar mengeruhkan keadaan huhu"

Ayat beliau jelas menunjukkan niat untuk membunuh PM dan beliau mengaku menerima upah bagi melaksanakan misi tersebut. Adakah beliau dipengaruhi oleh kegiatan pengganas Daesh? Setelah menyedari kesilapan itu, Faiz membuat satu status permohonan maaf tetapi beliau tidak menujukan kepada pihak mana mana.


Laman media sosial merupakan satu wadah yang mampu memberi manfaat jika digunakan dengan car baik tetapi ia juga mampu menjadi satu maslah jika terdapat pemain facebook yang memang mahu membuat provokasi melampau kepada pihak tertentu. Jika mengikut sejarah kewujudan Arab Spring ia bermula dari media sosial di mana seorang pemuda membakar diri dan meraih simpati rakyat lantas mewujudkan keganasan di negara timur tengah.

Inilah juga cara yang sedang diterapkan kepada rakyat di Malaysia oleh sesetengah pihak. Ingat lagi kes bunuh diri di Pulau Pinang? Menyalahkan kerajaan kerana kesalahan beliau menjual rokok seludup lalu mengambil nyawa sendiri? Jika tidak di kekang trend ini bakal menjadi ikutan rakyat yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dan terpedaya dengan hasutan pihak satu lagi.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa memandang serius perkara sebegini bagi mengelakkan huru hara terjadi di masa akan datang. Pihak Polis DiRaja Malaysia perlu menyiasat Faiz atas ugutan beliau kerana kenyataan beliau mengundang rasa gelisah rakyat memandangkan beliau mengaku menerima upah bagi membunuh. Siapa yang mengupah beliau dan tujuan apa perlu diperjelaskan.

PENJAWAT AWAM MAKIN BERANI MENGHINA - KAIT PROTOKOL ISTANA DENGAN POLITIK

Kebelakangan ini medium media sosial sering menjadi tempat luahan dan medan menghina pemimpin oleh netizen serta penjawat awam. Jika minggu lepas Marina Mahathir berjaya menghasut rakyat dan menyalahkan kerajaan persekutuan dan Istana Negara kerana membatalkan jemputan kepada penasihat PPBM, kali ini ada kalangan penjawat awam dan penggiat facebook cuba memperlekehkan protokol dalam Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.

Satu entri facebook yang dinaikmuat oleh individu bernama Nik Azmi Bin Nik Mustapa yang dipercayai seorang anggota Polis DiRaja Malaysia bertugas di Balai Sentul telah mencetus pelbagai tandatanya. Beliau mempertikaikan protokol YDPA semasa keluar dari kenderaan rasmi semasa tiba di Parlimen. Dalam petikan entri facebook Nik Azmi beliau cuba menggambarkan YDPA tidak suka kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan mengambil keputusan keluar dari sebelah lain kenderaan tersebut.

Benarkah Nik Azmi anggota PDRM? Jika benar, entri beliau hanya mengundang pandangan buruk rakyat terhadap hubingan YDPA dan PM serta kabinet kerajaan Malaysia.

Maklum bahawa penjawat awam mempunyai akujanji yang perlu mereka patuhi, tidakkah tindakan sebegini melanggar mana mana etika penjawat awam? Lebih lagi sebagai anggota PDRM, Nik Azmi sepatutnya lebih maklum mengenai sumpah setia kepada pemimpin dan YDPA.

Jika benar Nik Azmi membuat entri tersebut, wajar sekali beliau di panggil oleh pihak PDRM menjelaskan niat serta tujuannya berbuat demikian kerana ini boleh menjatuhkan intergriti pasukan PDRM keseluruhannya. Moga Ketua Polis Negara memandang serius sebarang perbuatan anggota PDRM yang bertentangan dengan sumpah setia yang mereka lafazkan ketika menerima tugas dan tauliah.

Tuesday, 13 December 2016

THE STAR HINA YANG DIPERTUAN AGUNG?

Akhbar The Star mencemar Kedaulatan Sultan Kelantan berserta seluruh kerabat DiRaja Kelantan hari ini. Dalam ucapan tahniah kepada Tuanku Sultan Kelantan, akhbar tersebut telah mengelirukan rakyat apabila menggunakan perkataan Al Marhum sedangkan rakyat tahu Ayahanda Baginda Sultan sedang gering.

Kesilapan Editor The Star seperti mahu menyerang Institusi DiRaja Melayu kerana kesilapan ini. Pastinya rakyat Kelantan akan berang apabila perkara yang tidak benar ini kerana di cetak satu muka penuh dalam akhbar tersebut.

Adakah ini disengajakan oleh Editor The Star sebagai tanda protes terhadap pembatalan jemputan Istana Negara kepada penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang dikeluarkan Marina Mahathir dalam twitter beliau minggu lepas?

Adakah terdapat selumbar dalam The Star yang diarahkan melakukan kesilapan ini untuk menghina Institusi DiRaja Melayu dan membuat rakyat membenci Raja Raja Melayu? Siasatan perlu dilakukan terhadap akhbar The Star kerana ini merupakan penghinaan secara halus terhadap Istana.

Editor The Star perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat seluruh negara dan perlu mengenakan tindakan tegas terhadap individu bertanggungjawab atas kesilapan ini.

Monday, 12 December 2016

PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI RAJA MELAYU - PENTAKSUB MAHATHIR TUDUH RAJA TERIMA RASUAH

Medium media sosial sering digunakan dalam penyampaian maklumat paling pantas dan tular. Namun demikian berita yang disampaikan melalui media sosial adakala di lihat sebagai agen memecah belah serta penghinaan terhadap Institusi DiRaja Malaysia.

Selepas Marina Mahathir yang mengeluarkan surat pembatalan jemputan Istana Negara dalam Majlis Pertabalan Seri Paduka Yang DiPertuan Agung dengan menggunakan tanda #howlowucango serta mengaitkan Najib dan kerajaan persekutuan sebagai dalang yang menghalang bapanya menghadiri Majlis tersebut, akibatnya ada pemain media sosial mula berpandangan serong terhadap Institusi DiRaja.

Terbaru satu akaun facebook menggunakan nama Maizatul Amirah ll mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Kelantan yang bakal mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertuan Agung esok. Beliau mendakwa Tuanku Sultan Kelantan telah 'dibeli' oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Penghinaan ini dipercayai kerana kaitan surat pembatalan jemputan kepada Mahathir dari Istana Negara. Pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi MultiMedia perlu memandang serius terhadap dakwaan Maizatul kerana secara sedar telah menghina Tuanku sebagai penerima rasuah. Fenomena menghina Institusi DiRaja ini semakin menjadi jadi kerana tiada tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang boleh memberi pengajaran secukupnya.

Status ini juga seperti menghasut rakyat membenci kerajaan dan Institusi DiRaja selain memberi gambaran Raja Raja Melayu mudah di beli dengan duit. Apakah penghinaan ini akan diteruskan selagi tiada tindakan dilaksanakan kepada pelampau media sosial?

Adakah ini hasil dari status Marina Mahathir dalam twitter selain desakan Khairuddin Abu Hassan yang mahu Mahathir diberikan tempat dalam Majlis Pertabalan YDPA? Jika kerana disebabkan status Marina maka kita boleh melabelkan Marina sebagai pencetus hasutan kepada pentaksub 'sang dewataraya' terhadap Raja Raja Melayu dan Istana.

Saturday, 10 December 2016

"BAPAK AYAM' TIDAK BOLEH DIHARAPKAN - AHLI DAP AKAN SABOTAJ JIKA TERUS JALIN KERJASAMA POLITIK?





'BAPAK AYAM' TIDAK BOLEH DIPERCAYAI - SABOTAJ UNDI AKAN BERLAKU JIKA JALIN KERJASAMA DENGAN MAHATHIR


Democratic Action Party (DAP) yang mendakwa terbuka kepada kritikan serta pnadangan daripada ahli parti sekular sosialis tersebut merupakan retorik yang dimainkan oleh pemimpin mereka sendiri. Menjadi kelaziman pari it yang akan mengambil tindakan jika terdapat kritikan dari ahli terhadap Dinasti Lim yang merupakan tunggak DAP selama beberapa dekad. 

Pemecatan beberapa pemimpin DAP kerana mengkritik Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng membuktikan parti itu tidak pernah membuka ruang kepada ahli biasa untuk menyentuh sebarang keputusan yang di buat oleh Setiausaha Agung mahu pun Ketua Pembangkang selama mereka berada dalam arus politik nasional.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang cuba menenangkan keadaan 'ribut' dalam DAP selepas Shamsher Singh Thind yang menarik diri dari DAP Bahagian Chai Leng Park kerana tidak bersetuju dengan keterbukaan DAP menerima Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjalinkan kerjasama politik. Shamseer yang menggelarkan Mahathir sebagai BAPAK AYAM, ULAR kerana kritikan serta cemuhan ketika Mahathir berkuasa enggan menerima kehadiran Mahathir yang kini dikatakan sangat terdesak mencari pengaruh dari DAP bagi membolehkan PPBM menyertai Pakatan Harapan dalam kerjasama menjatuhkan Umno,Barisan Nasional pada Pru akan datang.

Anthony yang menyatakan DAP sangat terbuka menerima sebarang pandangan dari ahli cuba menutup mulut ahli DAP lain dari mengkritik sebarang perjanjian antara DAP dan Mahathir sedangkan merkea tahu akibatnya jika cuba melawan sebarang keputusan yang telah ditetapkan pucuk pimpinan parti. Tindakan Shamseer pula dilakukan bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan dan beliau memilih untuk keluar parti terlebih dahulu. Sebelum Shamseer, Sangeet Kaur Deo anak kepada mendiang Karpal Singh turut melahirkan kebimbangan dengan kehadiran Mahathir ke Persidangan Tahunan DAP 2016 dan mengingatkan agar DAP berhati hati memilih sekutu politik.

Semasa menghadiri Persidangan tersebut, Mahathir telah memuji DAP yang beliau sifatkan sebagai sebuah parti yang lebih baik dari apa yang beliau ketahui kerana pelbagai kaum terlibat dalam DAP dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja. Namun demikian, poltikus DAP masih ingat bagaimana Mahathir yang pernah memusuhi DAP satu ketika dahulu menyerang pimpinan DAP serta parti itu semasa berkuasa. Malah Mahathir menyifatkan DAP lebih baik dari MCA tetapi ramai ahli DAP sangsi akan kenyataan mantan PM itu yang dikatakan bersifat 'pujian politik' bagi mencari sokongan dari salah sebuah parti terbesar kaum cina di Malaysia.


DAP yang terkenal dengan cara pemerintahan 'Kuku Besi' selama ini pasti tidak akan memberi peluang kepada perwakilan melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pemimin demi keuntungan poltik serta survival mereka dalam Pru14. Tidak mampu berharap kepada PAN, PPBM di lihat DAP sebagai platform terbaik bagi mereka mengembangkan penguasaan Pakatan terhadap undian kaum Melayu. Namun demikian rata rata ahli DAP yang di temui tidak berminat dengan cara pemimpin atasan tetapi tidak berani menyuarakan kerana tidak mahu dikenakan tindakan yang lazim dilakukan terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Dinasti Lim.

Menurut satu sumber dalaman DAP, mereka hampir pasti tidak akan memberi sebarang undian jika PPBM bertanding kelak walau sebagai sekutu dalam Pakatan Harapan kerana tidak yakin dengan Presiden PPBM dan Mahathir sendiri. Menurut sumber itu lagi, sabotaj terhadap calon PPBM akan dilakukan jika pimpinan DAP masih degil dan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Mahathir yang mereka anggap sebagai 'Rasis' walau kini sudah tidak berada bersama dengan Umno.


Bagi mereka, Mahathir merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai langsung kerana beliau hanyalah seorang penasihat parti dan bukannya Presiden PPBM. Bagi merka langkah yang sedang dilakukan Mahathir hanyalah bagi mengukuhkan cengkaman PPBM di kalangan sekutu Pakatan Harapan bagi kepentingan survival PPBM yang belum teruji dalam pilihanraya. Malah bagi ahli biasa DAP, tiada guna parti menjalinkan kerjasama dengan PPBM jika pembahagian kerusi kelak akan mengikut formula yang dikemukakan Mahathir. Parti Amanah Negara (PAN) pula dilihat sebagai satu parti yang lebih sesuai bagi DAP jalinkan hubungan rapat kerana pimpinan tertinggi PAN sudah pasti tidak akan mempertikaikan sebarang keputusan dari pimpinan DAP manakala PKR pula yang sedang berhadapan dengan krisis dalaman tidak mungkin boleh memberi fokus 100% bersama Pakatan Harapan.






BATAL JEMPUTAN - MARINA, DIN 'BOTOX' BERANI 'SEMBAH DERHAKA' TERHADAP ISTANA?

Orkestra dari parti pembangkang kini memasuki dimensi baru apabila kegagalan demi kegagalan mereka menjatuhkan Barisan Nasional dengan pelbagai tohamahan. Menggunakan platform bersandarkan suara rakyat bagi mendesak PM Najib untuk berundur dari kerusi nombor 1 dalam Parlimen Malaysia, taktikal pihak pembangkang kini seperti sudah lelah menyerang.

Bermula dengan demonstrasi jalanan berakhir dengan keganasan yang merosakkan banyak harta awam, BERSIH masih degil meneruskan kempen jalanan yang tidak pernah mendapat permit dari pihak berkuasa. Dibayangi penglibatan Democratic Action Party (DAP) walau dinafikan pengerusi Bersih yang mendakwa NGO tersebut tidak berpaksi kepada 'political interest' kepada mana mana parti, kehadiran Maria Chin Abdullah ke konvensyen DAP baru baru ini menjelaskan perkara sebaliknya. Dengan senyuman 'manis' Maria dibayangkan sebagai 'totok DAP' sebenarnya cukup bijak meraih simpati rakyat yang diperbodohkan untuk turun ke jalanraya menyokong kejatuhan BN untuk keuntungan pembangkang.

Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh gabungan Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Mahathir yang kecewa apabila perancangan dari dalam Umno untuk mempengaruhi rakyat dan ahli Umno untuk 'membunuh' karier Najib selaku Presiden Umno tidak berjaya. Gerakan yang dicetuskan Mahathir berdasarkan 'hearsay' dari pihak yang satu ketika di kecam beliau sendiri, ternyata nafsu kekuasaan lebih menjadi keutamaan mantan PM Ke-4 yang yakin dengan percaturannya untuk membuat 'comeback' sebagai batu loncatan kepada 'Boboi' ( dikatakan Mukhriz dikenali sebagai Boboi) bersedia menjadi PM Ke-7. Untuk apa Mahathir bersungguh menjatuhkan Najib sedangkan Mahathir sendiri menuding kepada Ahli Parlimen Pekan sebagai Perdana Menteri ke-6 jika tiada 'udang di balik batu'

Amanah yang tidak boleh diharapkan Dap sebagai agen pemecah undi di kawasan Melayu sudah mula terasa bahang apabila mereka seakan merayu kepada Parti Islam Semenanjung (PAS) untuk kembali dalam pakatan harapan. Kegagalan PAN dalam 'task' menggempur kubu undi Melayu di pandang sinis DAP dan mereka memerlukan momentum hebat bagi menjayakan perancangan dan mereka melihat gerakan Mahathir mampu membantu mereka berbuat demikian. Justeru itu apabila Mahathir hadir dalam konvensyen DAP dan mengeluarkan kenyataan menyokong parti sekular sosialis yang pernah di benci beliau, suara suara tidak puashati dari PPBM sudah kedengaran. Persoalan mengapa Mahathir melangkui Presiden PPBM sedangkan kedudukan beliau sebagai Penasihat Parti bukanlah tiket bagi mewakili parti sedangkan dipersetujui Muhyiddin adalah orang nombor 1 PPBM? Jelas ada percanggahan pendapat dalam PPBM sendiri dan ini menimbulkan rasa kurang senang PAN terhadap PPBM yang kini lebih diutamakan DAP.

Melihat rasa kurang senang dari dalam parti sendiri, Mahathir seperti menukar strategi bagi menenangkan ribut apabila Marina Mahathir mengeluarkan satu surat sulit membatalkan jemputan ke Majlis Pertabalan Yang DiPertuan Agung 13Disember 2016. Marina yang mempersoalkan pembatalan ini melalui aplikasi media miliknya, dilihat sebagai perisai kepada Mahathir bagi untuk mengubah pandangan berikutan sokongannya terhadap DAP.

Bukan sahaja Marina, seorang lagi individu yang dikenali sebagai 'Din Botox' juga cuba menjadi juara apabila mendesak pihak Istana menjawap mengenai pembatalan jemputan kepada Mahathir. Din Botox yang pernah berada dalam PPBM namun beliau keluar dari parti tersebut dipercayai kecewa setelah tidak mendapat kedudukan idamannya dalam parti tersebut. Tindakan duo ini sebenarnya menghina Institusi Istana dan Institusi DiRaja Melayu serta menimbulkan polemik kepada rakyat bahawa kerajaan mempengaruhi keputusan Istana sedangkan itu tidak benar.

Beranikah Marina dan Din Botox melakukan 'Sembah Derhaka' bagi mendapatkan kerusi VVIP untuk membolehkan Mahathir hadir dalam acara pertabalan YDPA? Adakah ini antara percaturan Mahathir yang kian terdesak kerana silap langkah apabila berdiri sepentas dengan pengasas DAP yang pernah beliau kecam hebat ketika menjadi PM dan Presiden Umno.

Perlu diingatkan cubaan mengaitkan Istana dan politik tidak boleh di terima rakyat kerana Istana diletakkan di satu kedudukan yang tidak bercampur dengan politik mana mana parti. Mahathir sendiri pernah cuba bawa Istana mencampuri urusan politik apabila Deklarasi Rakyat yang kononnya mengumpul sejuta tandatangan rakyat bagi mendesak Najib dilucutkan jawatan oleh YDPA di mana Seri Paduka Yang DiPertuan Agung menolak cubaan Mahathir sekaligus bertegas tidak mencampuri urusan politik. Kekecewaan Mahathir mungkin cuba di tebus oleh Marina dan Din Botox dengan menghangatkan isu pembatalan jemputan dengan meletakkan Najib sebagai individu yang perlu dipersalahkan dalam isu ini.

Rakyat sudah tidak 'bodoh' untuk mempercayai Mahathir selepas menyaksikan sendiri 'belang sebenar' mantan PM yang selama ini disorokkan. Sebagaimana permainan catur, kali ini buah catur Mahathir terperangkap di bucu dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi memastikan permainan dimenanginya.

Thursday, 8 December 2016

KHAIRUDDIN BOLEH BELI PULAU DAN JADI RAJA PULAU JIKA MAHU TERUS PERTIKAI KEPUTUSAN ISTANA NEGARA

Bekas ahli PPBM, Khairuddin Abu Hassan cuba bertindak mencampuri urusan Istana Negara berikutan satu surat pembatalan jemputan kepada Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia ke majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung pada 13 Disember 2016.

Khairuddin tidak sepatutnya turut campur tangan dalam perkara ini kerana beliau bukan lagi ahli PPBM selepas keluar dari parti tidak lama dahulu. Tindakan biadap Khairuddin ini seperti mahu rakyat di heret bersama dalam isu Istana Negara.

Beliau perlu memahami protokol Istana Negara dan berhenti membabitkan kerajaan Persekutuan dalam tindakan tersebut. Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Melayu merupakan dokumen sulit dan peribadi. Siapa Khairuddin untuk mempersoalkan hak Istana Negara? Beliau hanya ahli politik yang tidak berparti dan tidak mendapat tempat di mana mana parti walau kini Mahathir berbaik dengan DAP.

Isu Istana Negara bukanlah isu politik yang boleh Khairuddin heret ke jalanan dan tindakan Marina Mahathir yang mengeluarkan surat tersebut di twitter miliknya semalam adalah sesuatu yang sangat ' kurang ajar' dalam perbendaharaan kata kata Melayu. Adakah Kahiruddin juga cuba mengikut jejak Marina?

Antara kenyataan Khairuddin terhadap keputusan Istana Negara

“Yang berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah mantan perdana menteri paling lama di negara kita!

Menjawat jawatan perdana menteri selama 22 tahun!” tegasnya

Apakah Khairuddin ingat dengan 22tahun sebagai Perdana Menteri membolehkan Marina dan beliau boleh membantah keputusan Istana Negara? Perlu diingatkan Institusi Raja diletakkan di tempat tinggi dalam Perlembagaan Negara dan tidak perlu Khairuddin persoalkan selagi masih bergelar warganegara Malaysia.

Mungkin Khairuddin boleh cari dan beli sebuah pulau di luar Malaysia seterusnya melantik dirinya sendiri sebagai Raja Pulau jika masih mahu pertikai keputusan Istana Negara. Jika tidak mampu maka elok bagi Khairuddin berdiam diri dan akur dengan keputusan Istiadat DiRaja Istana Negara.