Thursday, 10 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - MENANG KES SAMAN TNB JUTAAN RINGGIT, BERAPA % PENDUDUK LEMBAH BERTAM KENA BAYAR 'LOYER PERCUMA'?

Khidmat Guaman Saman TNB 2014 Kononnya'Percuma' Tetapi Akhirnya Kena Bayar $$$%?



Penduduk Lembah Bertam yang pernah mengemukakan saman terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 2014 sangat gembira kerana perkhidmatan guaman (Lawyer) khabarnya disediakan oleh Calon DAP pada PRK P078 secara percuma. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan benarkah perkhidmatan tersebut sememangnya PERCUMA atau 'Bayar Kemudian'.



Mereka menang kes saman terhadap TNB kerana terlibat dalam banjir lumpur yang dikatakan berpunca dari empangan TNB yang meragut nyawa serta meninggalkan kerosakan harta benda. Sehingga kini penduduk Lembah Bertam masih trauma dengan kejadian tersebut dan mereka lebih berhati hati jika hujan turun lebat tanpa henti di Cameron Highlands.

Pautan kes - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/430289/mahkamah-putuskan-tnb-cuai-hingga-lembah-bertam-banjir

Calon DAP Manogaran merupakan peguam yang mewakili penduduk Lembah Bertam ketika itu dan jumlah saman yang dimenangi direkodkan sebanyak dikatakan mencecah jutaan ringgit. Sudah tentu penduduk Lembah Bertam masih ingat kes saman tersebut kerana kes itu sangat unik apabila melibatkan banyak konflik semasa dibicarakan.

Pautan kes - http://m.utusan.com.my/rencana/utama/apa-asas-kes-saman-penduduk-terhadap-tnb-1.154172

Benarkah ada desas desus menyebut pihak peguam yang menyediakan khidmat mereka secara percuma akhirnya telah mengenakan caj 15% untuk 5 orang peguam dan tambahan 3% caj untuk seorang individu yang terlibat dalam 'Khidmat Percuma' tersebut? Berapa jumlah sebenar Penduduk Lembah Bertam PERLU BAYAR KEPADA PEGUAM? BERAPA PULA PENDUDUK LEMBAH BERTAM PEROLEH DARI JUMLAH SAMAN TERSEBUT?

Jika penduduk Lembah Bertam masih ingat kepada pasukan 'Loyer' tersebut sudah pasti mereka kenal siapa ketua pasukan 'Peguam Percuma' itu. Bayangkan jika khidmat yang kononnya 'Percuma' akhirnya dikenakan bayaran apa lagi jika 'Individu' tersebut menang Pilihanraya Kecil P078 CH nanti. Sudah pasti banyak janji akan di'TOSEI'kan. 

PRK CAMERON HIGHLANDS - BARISAN NASIONAL BERI PENGHORMATAN KEPADA 'ORANG KITA' , LETAK CALON SUKU SEMAI

Penghormatan Buat 'Orang Kita', BN Buktikan Keterbukaan Letak Calon Hadapi PRK




Teka teki individu yang akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands telah terjawap.

Menamakan Ramli Mohd Nor sebagai calon BN telah menggegarkan kem Pakatan Harapan sekaligus membuktikan kematangan politik dalam BN semakin subur dan semakin terbuka kepada semua kaum. Menawarkan calon yang berkaliber dan yang paling utama di terima semua peringkat pengundi merupakan kriteria yang sangat diperlukan untuk mengekalkan pengusaan BN sejak 2004.

Latar Belakang Calon - 



Beliau merupakan penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai inspektor percubaan sebelum dinaikkan pangkat demi pangkat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Awam dari University of East London.



Pemilihan Ramli bakal memberi dimensi baru kepada Kaum Pribumi khususnya di Cameron Highlands. Sebagai anak tempatan beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan sudah tentu akan menjadi IKON kepada taraf kemajuan Orang Asli. Ini sesuatu yang membanggakan dan pengundi P078 wajar memberi kemenangan kepada Ramli kerana selama ini pengundi Cameron Highlands mahukan calon dari kalangan Anak Tempatan.

Baca juga - https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-calon-dap-hina.html

Perlu juga diingatkan calon DAP, M.Manogaran semalam telah memperlekehkan Orang Asli apabila menyamakan mereka sebagai 'Kuih' yang tidak akan dibeli oleh pengundi Melayu. Cercaan berbaur rasis yang dilemparkan Manogaran ini tidak boleh di terima sama sekali dan Manogaran bersama DAP PERLU DITUNJUK JALAN KELUAR DARI CAMERON HIGHLANDS KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI GEOGRAFI POLITIK P078 Cameron Highlands.

Wednesday, 9 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - CALON DAP HINA ORANG ASLI, IBARATKAN PRIBUMI SEBAGAI KUIH

Manogaran Umpamakan Orang Asli Sebagai 'Kuih' Yang Tidak Akan DiBeli Orang Lain



Calon Pakatan Harapan mengumpamakan Orang Asli sebagai kuih yang tidak akan dipandang orang kalau dijadikan jualan. Beliau turut memperlekehkan kemampuan Orang Asli dalam pentadbiran kerajaan atau mana mana organisasi.


Manogaran secara jelas memperkecilkan kemampuan Orang Asli yang kini bukan lagi kaum yang dipinggirkan Barisan Nasional selama 61 tahun memerintah. Taraf pendidikan mereka (Orang Asli) kini lebih baik malah ada kalangan Orang Asli berada dalam kalangan profesional malah mereka diberikan peluang sebagai Senator yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan didalam Dewan Negara.


Inikah cara DAP memandang Orang Asli Cameron Highlands? Belum duduk sebagai Ahli Parlimen sudah menghina Orang Asli dan meremehkan kemampuan pengundi Orang Asli berjumlah 6964 mewakili 21.9% dari keseluruhan jumlah pengundi P078. Tahukah DAP kedudukan serta taraf kehidupan masyarakat Orang Asli kini semakin maju dan moden di bawah pentadbiran BN. Bukan sahaja penempatan selesa disediakan malah kehidupan mereka kini semakin selesa dengan pembangunan yang dibawakan secara langsung kepada mereka  oleh Barisan Nasional walau penempatan jauh di pedalaman.

DAP yang selama ini tidak mengambil pusing hal Orang Asli selama mereka wujud sebagai parti politik kini 'BERLAKON' seolah merekalah JUARA bagi isu isu berkaitan Orang Asli. Adakah Pakatan Harapan mahu menafikan segala bantuan dari BN kepada Kaum Pribumi selama ini? DAP seolah bertahun berada disamping kaum ini sedangkan hanya kerana PRK CH barulah mereka menunjukkan muka di kawasan penempatan Orang Asli. Dimanakah DAP selama ini? 

Pautan kenyataan Manogaran - https://www.malaysiakini.com/news/459559?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Jika beginilah pandangan DAP kepada Orang Asli maka wajarlah pengundi P078 memberi isyarat jelas kepada Pakatan Harapan bahawa mereka tidak layak menjadi wakil rakyat di Cameron Highlands pada hari pembuangan undi 26 Januari 2019.

PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP 'GOYANG' KERJASAMA BN & PAS, KIT SIANG BUAT TUDUHAN "WARNING OF HELL" DARI PAS

Apa Maksud Kit Siang Cuba 'Jolok' Foto Jabat Tangan BN & PAS Dalam PRK P078?



Dap yang meletakkan calon kalah ( 2 kekalahan pru) Manogaran seperti sudah kehabisan idea kempen pilihanraya kecil Cameron Highlands. Ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang dalam ciapan (twitter) beliau mempersoalkan kerjasama antara BN (Mic) dan PAS dalam menghadapi pertarungan yang dijangkakan 3 penjuru (PH vs MyPPP vs BN) pada 26 Januari depan.

Kit Siang turut menaikmuat foto Presiden MIC berjabat tangan dengan Presiden PAS di twitternya. Beliau mempersoalkan kerjasama baik antara PAS dan cuba mengelirukan pembaca dengan ayat - Warning of 'Hell'. Apa maksud sebenar yang mahu Kit Siang sampaikan? Dari nada ungkapan Kit Siang, beliau seolah menuduh Umno menekan parti komponen BN agar 'menyerahkan' kerusi CH kepada mereka dengan adanya PAS yang akan mengerahkan 3578 undi (PRU14) memihak kepada BN sekaligus mmenafikan peluang DAP di Cameron Highlands. Kit Siang juga perlu menjelaskan apa amaran yang Tuan Haji Hadi keluarkan dan atas dasar apa amaran perlu dikenakan oleh PAS terhadap MIC.

Jika diteliti secara lebih mendalam, Lim Kit Siang sedar DAP bukanlah pilihan sebenar pengundi Cameron Highlands dengan hadirnya Tan Sri M.Kayveas sebagai pencabar Manogaran di Tanah Rata. DAP sedar Kayveas merupakan ancaman kepada undi DAP dari kaum India, Cina serta Orang Asli dan bagi mengalih tumpuan isu maka serangan DAP perlu difokuskan kepada Umno, MIC dan PAS. Kegentaran Kit Siang menjadi lebih teruk apabila beliau bersama Pakatan Harapan tidak diterima baik pengundi Dun Jelai dan ini bukanlah isyarat yang bagus untuk Pakatan Harapan selaku Kerajaan. Dipercayai penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan ada kaitan dengan pelbagai Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang tidak ditunaikan malah keadaan ekonomi semakin merudum sejak PH mengambil alih Putrajaya 8 bulan yang lepas.

Rakyat khususnya pengundi Parlimen Cameron Highlands dikatakan akan menghukum Pakatan Harapan pada 26/1/2019 kerana KEGAGALAN mereka mentadbir negara dan hampir tidak bergerak memacu perkembangan ekonomi tempatan.


Tuesday, 8 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BENARKAH PERJUMPAAN MENTERI PAKATAN HARAPAN DIBATALKAN KERANA TIADA SAMBUTAN?

Perjumpaan Dibatalkan Saat Akhir Kerana Tiada Sambutan? 



Menteri Pertahanan yang dijangkakan akan membuat pertemuan dengan veteran tentera di Felda Sungai Koyan menerima 'Penampar Jepun' apabila pertemuan tersebut dikatakan dibatalkan.

Sebab musabab mengenai pembatalan tersebut tidak dapat dipastikan namun dipercayai kerana khuatir tidak mendapat sambutan. Presiden AMANAH yang dikenali sebagai turut memperjuangkan bagi mengangkat imej komunis sebagai pejuang turut dikatakan mempengaruhi penolakan veteran tentera Sg Koyan yang pernah berada dalam zaman darurat dan menentang komunis.



Kehadiran YB Mohammad Sabu yang dipercayai ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil P078  dan secara tidak langsung ini akan dilihat sebagai 'kempen awal' Pakatan Harapan. Bukankah selama ini Pakatan Harapan paling lantang menentang kempen awal semasa mereka berada di blok pembangkang sebelum memenangi PRU14 pada Mei 2018.

Monday, 7 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - TUN MAHATHIR DEDAHKAN DAP MERUPAKAN TAUKE SEBENAR DALAM PAKATAN HARAPAN, PARTI LAIN SEKADAR 'MACAI'?

Tun M Telanjangkan Rupa Sebenar DAP Di Balik 'Anugerah' Kerusi Perdana Menteri.




Tidak mengejutkan langsung apabila Perdana Menteri, Tun M mendedahkan peranan DAP dalam Pakatan Harapan yang memberi peluang kepadanya menjadi PM Kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi PRU14. DAP yang sememangnya terkenal dengan taktikal 'Matlamat Menghalalkan Cara' berjaya menawan Mahathir yang pernah digelarkan sebagai 'Ultra Melayu' untuk menumbangkan Barisan Nasional selepas 61 tahun dengan menawarkan kerusi Perdana Menteri jika bersetuju menggepalai mereka (Pakatan Harapan).




Pautan pengakuan Mahathir - http://m.utusan.com.my/berita/politik/peranan-dap-dalam-kerajaan-ph-penting-dr-mahathir-1.817568

Pengakuan Mahathir sekaligus menjelaskan tindakan beliau yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa dan tidak peduli dengan apa pandangan Melayu terhadapnya berikutan kerjasama dengan musuh (politik) tradisi sepanjang karier politik beliau. 

Tonton juga - https://suara.tv/07/01/2019/dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

Bagi mengekalkan kedudukan di Putrajaya, Mahathir meletakkan kepentingan 33.5% pengundi Melayu dan hampir 23% pengundi Orang Asli sebagai taruhan apabila memilih DAP untuk mejadi wakil PH dalam PRK P078 CH. Pengakuan Mahathir sekaligus menjelaskan mengapa DAP diberikan peluang selepas 3 kali kekalahan di Cameron Highlands dan 2 kali mengemukakan calon yang sama. Walau PPBM CH telah ditubuhkan, mereka hanyalah sekadar 'MACAI' bersama sama PKR dan AMANAH bagi memeriahkan kehadiran pemimpin atasan Pakatan Harapan (DAP) dan hanya jadi 'Nasi Tambah' bagi memenuhkan ruang kosong setiap kali acara melibatkan PH diadakan di kawasan Cameron Highlands. Jadi dimanakah maruah sekutu lain yang boleh dikatakan kebanyakan ahlinya adalah Orang Melayu di CH?

Jika pada PRU14, PH menggunakan lambang PKR namun kali ini belum tentu mereka kekal menggunakan bendera PKR. Dari desas desus pengundi di Parlimen CH yang terdiri daripada 2 Dun - Jelai dan Tanah Rata - DAP hampir pasti akan menggunakan lambang asal mereka iaitu Roket untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam PH namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Adakah akan ada konsensus dalam PH untuk bersetuju agar DAP menggunakan Bendera Roket bagi mengelakkan kekeliruan pengundi kelak?

Apa jaminan dari PH bagi menjaga kepentingan pengundi Melayu di CH sedangkan kempen kempen (tidak rasmi) hanya tertumpu pada kelompok tertentu? Adakah DAP akan jaga kebajikan Pengundi Melayu dan Bumiputera jika mereka berjaya merampas kerusi CH? Apakah akan ada pertimbangan berat sebelah jika Manogaran berjaya menjejakkan kakinya di Parlimen? Inilah yang perlu difikirkan secara realistik dan diberikan pertimbangan serius oleh pengundi sebelum membuang undi nanti. Tidak bermaksud untuk menjadi rasis atau menghasut, kepercayaan pengundi terhadap sikap bolak balik DAP sendiri telah terbukti apabila banyak keputusan dalam kerajaan dipengaruhi oleh DAP yang menguasai suara majoriti dalam Pakatan Harapan malah dalam isu ICERD 2 orang wakil rakyat DAP sendiri antara lantang bersuara dan mendesak agar perkara tersebut diberikan sokongan penuh oleh ahli DAP. Tidak dilupakan bagaimana tindakan serta kenyataan U-TURN Pakatan (Menteri Kewangan dan beberapa lagi Menteri DAP) yang menghampakan rakyat sepanjang 8 bulan memerintah dan ini akan menjadi pertimbangan pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Pada 26 Januari 2019, pengundi akan menentukan sendiri nasib mereka. Apa juga yang pengundi putuskan itulah suara rakyat dan semua pihak perlu menghormatinya selari dengan amalan Demokrasi Berparlimen yang menjadi amalan Malaysia sejak 1957.


PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP GENTAR HADAPI PRK, LIM KIT SIANG CUBA MANIPULASI KERJASAMA DALAM BARISAN NASIONAL

Dap Tekan 'Butang Panik', Cuba Campuri Urusan BN Dalam Menamakan Calon PRK P078 CH




Ciapan (twitter) terbaru dari Lim Kit Siang mengenai calon BN dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands jelas menunjukkan DAP hilang kepercayaan kepada calon mereka sendiri bagi menghadapi calon BN yang masih belum diumumkan lagi. Dalam status beliau Lim Kit Siang cuba mempengaruhi MIC untuk keluar daripada Barisan Nasional atas alasan tidak dibenarkan bertanding sedangkan BN masih belum memutuskan siapa yang akan dicalonkan mewakili BN.

Pautan Twitter Lim Kit Siang - https://twitter.com/limkitsiang/status/1082096382901514240?s=19

Siapa Lim Kit Siang untuk mencampuri urusan dalaman BN? Beliau wajar memikirkan tentangan yang bakal Manogaran hadapi dengan pengumuman Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas untuk bertanding di Cameron Highlands atas tiket MyPPP sendiri. DAP sendiri kelihatan tidak bermaya walau sudah mulakan kempen (tidak rasmi) apabila kehadiran nama nama besar dari sekutu dalam Pakatan Harapan termasuk DAP masih belum mampu menarik perhatian pengundi. Kebanyakan pengundi masih trauma dengan pelbagai janji terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 termasuk janji untuk merendahkan kos sara hidup rakyat masih belum dapat ditunaikan sebaliknya PH terlalu banyak bermain 'Politiking' untuk memastikan pengundi berada dalam cengkaman mereka.

Kenyataan Kit Siang dalam twitter tersebut menampakkan kelemahan DAP Cameron Highlands sendiri dalam menangani masalah di Dun Tanah Rata walaupun wakil rakyat Tanah Rata merupakan wakil parti mereka. Pengundi masih memerhatikan gelagat PH yang masih belum memfokuskan bagaimana untuk membangunkan Malaysia tetapi sebaliknya hanya menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan urustadbir Pakatan Harapan yang rakyat melabelkan mereka sebagai 'Kerajaan GAGAL'.

Apabila Kit Siang mula menampakkan kegusaran beliau maka fahamlah bahawa kini DAP sudah menekan 'Butang Panik' dan sudah pasti mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas kerusi CH termasuk menukar calon di saat akhir. Pemimpin lain dari DAP sudah tentu tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan dibimbangi akan memjejaskan calon namun dari apa yang boleh dinilaikan, kini DAP mungkin menerima tekanan dari sekutu Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada pihak lain dalam PH. Tidak mustahil ada krisis dalaman PH yang masih belum diselesaikan hanya walau Tun M sendiri menamakan Manogaran sebagai calon tetapi apa kata akar umbi sekutu dalam PH?

Mungkin kenyataan Kit Siang kelihatan 'Anti Klimaks' namun BN perlu berwaspada dengan taktikal licik DAP dan Pakatan Harapan yang mahu melekakan jentera BN. Perlu diingatkan untuk menjadi 'Status Quo' dalam Parlimen, DAP perlu menambah kerusi mereka sekaligus menjadi suara majoriti dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan mereka mengawal semua parti yang bernaung di bawah PH.

PRK CAMERON HIGHLANDS - 3 PENJURU BERI KELEBIHAN KEPADA BARISAN NASIONAL, KAYVEAS BAKAL LEMASKAN MANOGARAN

3 Penjuru Buat DAP Sesak Nafas, Kelebihan Buat Barisan Nasional


Pengumuman oleh ahli politik 'senior' dari MyPPP M.Kayveas bertanding dalam PRK CH dilihat sebagai ancaman buat Pakatan Harapan dan calon mereka Manogaran. Keputusan yang dilakukan Kayveas sedikit sebanyak mencetus polemik baru di Tanah Rata yang menjadi kubu kuat ahli politik tersebut. Sebagai pencabar terbaru dalam PRK kali ini, sudah tentu ada impak yang akan berlaku di kawasan kubu kuat DAP sendiri sementelah beliau pernah 'turun padang' dan bertemu kebanyakan pengundi di Tanah Rata.

Walaupun kini Pakatan Harapan memerintah, pengundi atas pagar di Tanah Rata menilai pihak mana yang selama ini berada bersama mereka serta memberikan perhatian kepada permasalahan yang dihadapi penduduk tempatan selama ini. DAP selama beberapa penggal tidak menjadi rujukan rakyat walau wakil rakyat DAP berada dalam Dewan Negeri kerana tahu BN adalah pihak yang membantu rakyat CH dan membawa perubahan landskap ketara kepada mereka menerusi pelbagai projek yang melestarikan kehidupan pengundi. Malah Kayveas sendiri tidak boleh menafikan fakta tersebut dan beliau sendiri pernah berkempen untuk BN selama 4-5 tahun berulang alik ke Tanah Tinggi itu.

Secara positif Barisan Nasional selaku penyandang kerusi CH sejak 4 pilihanraya mempunyai kelebihan dari pengumuman Kayveas. Perpecahan sokongan pengundi India dan Cina di Tanah Rata akan memberikan tekanan terhadap Manogaran dan DAP untuk membawa isu tempatan berbanding 'Uncle Bond'. Sebalik kempen yang akan dijalankan oleh MyPPP, pengundi di Tanah Rata mempunyai peluang menilaikan pihak mana yang selama ini bersama mereka sekaligus akan diberikan sokongan menerusi undi pada 26 Januari kelak. 

Barisan Nasional yang akan meletakkan calon mereka pula berdepan dengan sedikut kesukaran menawan undi Tanah Rata namun dijangkakan tidak menghadapi masalah di Jelai dan kini dengan kehadiran Kayveas akan memberi ruang kepada BN untuk menokok undi dari pengundi atas pagar yang kini telah hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan selepas KEGAGALAN PH menunaikan manifesto dalam kempen PRU14 yang lepas. Walau bagaimanapun kehadiran Kayveas tidak boleh dianggap sebagai 'de facto' kemenangan BN dalam pertarungan 3 penjuru setakat ini kerana sudah tentu jentera BN akan bekerja keras memastikan kemenangan  pada PRU14 dikekalkan bagi membalas kepercayaan pengundi sekaligus memastikan kebajikan serta perkembangan ekonomi pengundi Parlimen Cameron Highlands terbela.

DAP yang kini berada dalam Kerajaan PH sudah pastinya akan lebih tergugat jika pertarungan kekal 3 penjuru. Sebalik kekuatan jentera PH yang kini sudah agak 'Mewah' mereka harus ingat keunikan pola pengundi di 2 DUN agak berbeza dan golongan atas pagar di CH merupakan penentu bagi mana mana parti untuk menang. DAP yang hanya bergantung pada kekuatan PH selaku Kerajaan Memerintah tidak boleh menafikan kekuatan BN yang terbukti selama 61 tahun menjaga dan membawa pelbagai kemajuan kepada rakyat. Percubaan menafikan jasa BN memang akan dilakukan oleh jentera PH sebagai satu bentuk serangan saikologi namun pemikiran pengundi yang jauh 'LEBIH BIJAK' menilai dijangkakan akan memihak kepada BN.

Sunday, 6 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN MAHU BINA JALANRAYA BETAU KE LENJANG, SIAPA 'CURI' KREDIT BAJET YANG NAJIB LULUSKAN?

Pakatan Harapan 'Janji' Bina Jalan Betau Ke Lenjang - Guna Bajet Najib Luluskan?


Pilihanraya Kecil Cameron Highlands semakin menarik dengan pelbagai kempen awal dari Pakatan Harapan telah mula bergerak walau cuba dinafikan pihak tertentu. Paling mencuri perhatian ialah bagaimana PH (DAP) mula mencari perhatian kononnya mereka menjuarai Orang Asli dan kononnya merekalah yang prihatin dengan keperluan masyarakat Orang Asli di CH.

Gerombolan skuad skuad tertentu dari PH didapati sudah mula mendekati masyarakat Orang Asli sejak SPR mengumumkan PRK akan diadakan pada 26 Januari 2019. Dimanakah mereka ketika masalah masalah kaum pribumi ditangani dengan baik oleh Barisan Nasional selama ini? Mengapa hanya baru sekarang PH seolah sangat mengambil berat isu Orang Asli sedangkan mereka tidak pernah pedulikan?

Terkini ada ura ura PH berjanji akan membina jalanraya menghubungkan antara Betau ke Lenjang dengan kos anggaran RM15 juta. Namun apa yang menjadi persoalan ialah dari mana bajet tersebut diperolehi jika bukan sebagai 'Dedak Pilihanraya'? Perlu diingatkan Dato Sri Najib selaku Perdana Menteri sebelum ini telah meluluskan sejumlah peruntukan khusus untuk Parlimen Cameron Highlands namun selepas PH mengambilalih kerajaan peruntukan yang telah diluluskan Najib telah dihentikan. 

Jika benar PH akan laksanakan projek berkenaan siapakah yang akan mendapat tender tersebut? Bukan kecil jumlah bagi pembinaan jalan yang diluluskan Najib (RM15 juta) dan apakah akan ada TENDER TERBUKA BAGI PROJEK BERKENAAN? Walaupun ada desas desus menyatakan projek berkenaan TIDAK AKAN MELALUI PROSES TENDER dan AKAN DISERAHKAN SECARA PROJEK ANUGERAH 'AWARD PROJECT' kepada seorang kroni menerusi proksi namun selaku Kerajaan yang mendakwa mereka telus, Pakatan Harapan perlu menjelaskan perkara ini agar tidak timbul keraguan.





PRK CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN HARAPAN MAHU TUTUP PINTU PEKERJAAN KEPADA RAKYAT TEMPATAN CAMERON?

Menteri Pakatan Harapan Mahu 'Susukan Kera Di Hutan'?


Kempen pilihanraya kecil Cameron Highlands kelihatan seperti sudah bermula di pihak Pakatan Harapan berikutan Menteri silih berganti menunjukkan keprihatinan mereka bagi menyelesaikan masalah di P078 CH.

Pelbagai isu yang adakala tidak 'masuk akal' turut dijadikan bahan seolah terlalu banyak isu yang timbul di Cameron Highlands. Semalam seorang Menteri yang 'Melawat' Cameron Highlands memberi perhatian terhadap isu pekerja asing di Cameron Highlands. Timbul beberapa persoalan mengenai apa yang beliau 'MAMPU' bawakan ke kabinet walau hanya sekadar propaganda tanpa memahami situasi sebenar? Jika dilihat permainan isu ini akan menampakkan betapa PH sangat prihatin akan membantu pekebun, pengusaha serta tauke tauke sayur&bunga CH dalam isu pekerja asing.

Tahukah anda?

  • pekerja asing bukan pengundi P078
  • kebajikan mereka adalah tanggungjawap majikan
  •  kebanyakan pekerja asing hanya ditempatkan dikawasan penempatan yang tidak selamat bagi mengelakkan mereka tertangkap oleh pihak berkuasa
  • pekebun sayur memang menggajikan pekerja asing untuk mengusahakan tanah mereka
  • ada pengusaha kebun yang bergabung (jv) dengan pekerja asing dengan memajakkan tanah bagi diusahakan oleh pekerja asing pada kadar 50:50
  • pengusaha kebun merupakan 'pengimport terbesar' pekerja asing
  • terdapat juga pekebun menggajikan pekerja asing tanpa izin bagi kebun yang agak jauh di pedalaman

Terdapat juga masalah sosial yang dibawakan oleh pekerja asing ke komuuniti CH dan ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan CH. 

Permasalahan sebenar yang sepatutnya difahami oleh Menteri ialah peluang pekerjaan di CH kini dimonopoli pekerja asing dari sektor perhotelan hingga kerja 'Pak Guard' pun di ambil alih oleh mereka.  Apa peluang anak muda di Cameron Highlands jika semua sektor ada pekerja asing? Pakatan Harapan juga gagal memahami sikap anak muda CH yang mahu mencari cabaran baru apabila ruang pekerjaan yang sepatutnya disediakan untuk mereka kini kelihatan sangat terhad di bawah PH. Dengan manifesto Pakatan Harapan yang kononnya mahu menyediakan 1 juta peluang pekerjaan sebenarnya tidak lebih dari satu bentuk 'Penipuan Harapan Palsu'.

Apakah yang sebenarnya PH mahu bawakan kepada pengundi CH? Apakah 'JANJI JANJI BARU'  Pakatan Harapan akan direalisasikan kalau calon mereka KALAH pada 26 Januari 2019? Apa peluang pekerjaan yang mahu dijanjikan oleh Menteri kepada Rakyat Cameron Highlands? Adakah lawatan semalam hhanya untuk populariti dan hanya menjaga kebajikan pekerja asing manakala PENGUNDI CAMERON HIGHLANDS diabaikan? Tidakkah ini seperti 'Menyusukan Kera Di Hutan, Anak Di Rumah Kelaparan'? Jika hanya isu pekerja asing dititikberatkan oleh Pakatan Harapan maka pengundi P078 perlu memberikan isyarat jelas bahawa Pakatan Harapan telah GAGAL dalam menepati JANJI dan GAGAL MEMBELA RAKYAT MALAYSIA.