Sunday 6 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN HARAPAN MAHU TUTUP PINTU PEKERJAAN KEPADA RAKYAT TEMPATAN CAMERON?

Menteri Pakatan Harapan Mahu 'Susukan Kera Di Hutan'?


Kempen pilihanraya kecil Cameron Highlands kelihatan seperti sudah bermula di pihak Pakatan Harapan berikutan Menteri silih berganti menunjukkan keprihatinan mereka bagi menyelesaikan masalah di P078 CH.

Pelbagai isu yang adakala tidak 'masuk akal' turut dijadikan bahan seolah terlalu banyak isu yang timbul di Cameron Highlands. Semalam seorang Menteri yang 'Melawat' Cameron Highlands memberi perhatian terhadap isu pekerja asing di Cameron Highlands. Timbul beberapa persoalan mengenai apa yang beliau 'MAMPU' bawakan ke kabinet walau hanya sekadar propaganda tanpa memahami situasi sebenar? Jika dilihat permainan isu ini akan menampakkan betapa PH sangat prihatin akan membantu pekebun, pengusaha serta tauke tauke sayur&bunga CH dalam isu pekerja asing.

Tahukah anda?

  • pekerja asing bukan pengundi P078
  • kebajikan mereka adalah tanggungjawap majikan
  •  kebanyakan pekerja asing hanya ditempatkan dikawasan penempatan yang tidak selamat bagi mengelakkan mereka tertangkap oleh pihak berkuasa
  • pekebun sayur memang menggajikan pekerja asing untuk mengusahakan tanah mereka
  • ada pengusaha kebun yang bergabung (jv) dengan pekerja asing dengan memajakkan tanah bagi diusahakan oleh pekerja asing pada kadar 50:50
  • pengusaha kebun merupakan 'pengimport terbesar' pekerja asing
  • terdapat juga pekebun menggajikan pekerja asing tanpa izin bagi kebun yang agak jauh di pedalaman

Terdapat juga masalah sosial yang dibawakan oleh pekerja asing ke komuuniti CH dan ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan CH. 

Permasalahan sebenar yang sepatutnya difahami oleh Menteri ialah peluang pekerjaan di CH kini dimonopoli pekerja asing dari sektor perhotelan hingga kerja 'Pak Guard' pun di ambil alih oleh mereka.  Apa peluang anak muda di Cameron Highlands jika semua sektor ada pekerja asing? Pakatan Harapan juga gagal memahami sikap anak muda CH yang mahu mencari cabaran baru apabila ruang pekerjaan yang sepatutnya disediakan untuk mereka kini kelihatan sangat terhad di bawah PH. Dengan manifesto Pakatan Harapan yang kononnya mahu menyediakan 1 juta peluang pekerjaan sebenarnya tidak lebih dari satu bentuk 'Penipuan Harapan Palsu'.

Apakah yang sebenarnya PH mahu bawakan kepada pengundi CH? Apakah 'JANJI JANJI BARU'  Pakatan Harapan akan direalisasikan kalau calon mereka KALAH pada 26 Januari 2019? Apa peluang pekerjaan yang mahu dijanjikan oleh Menteri kepada Rakyat Cameron Highlands? Adakah lawatan semalam hhanya untuk populariti dan hanya menjaga kebajikan pekerja asing manakala PENGUNDI CAMERON HIGHLANDS diabaikan? Tidakkah ini seperti 'Menyusukan Kera Di Hutan, Anak Di Rumah Kelaparan'? Jika hanya isu pekerja asing dititikberatkan oleh Pakatan Harapan maka pengundi P078 perlu memberikan isyarat jelas bahawa Pakatan Harapan telah GAGAL dalam menepati JANJI dan GAGAL MEMBELA RAKYAT MALAYSIA.



No comments:

Post a Comment