Friday, 28 October 2016

MISTERI 'TERJUN JAMBATAN' TERJAWAP, MAYAT DIJUMPAI BERSAMA BATU BATA

Tragedi yang menimpa seorang individu di mana nota terakhir beliau meminta agar di'viral'kan surat amanatnya telah terjawap dengan penemuan mayat pagi yang dipercayai sebagai individu tersebut.

Dalam 'amanat' terakhirnya beliau memohon kemaafan daripada keluarga,isteri serta anak anaknya atas tindakan nekad membunuh diri dengan terjun dari jambatan Pulau Pinang kerana tertekan dengan tindakan yang dihadapinya atas kesalahan menjual rokok seludup. Walau cuba meletakkan kesalahan terhadap kerajaan, tindakan yang dilakukan itu menerima kritikan hebat dari masyarakat.

Satu nota balasan terhadap amanat beliau semalam menjadi 'viral' dalam media sosial di mana surat ini lebih merupakan sindiran terhadap mana mana individu yang cuba mengambil jalan singkat apabila berhadapan dengan masalah.

Dengan penemuan mayat itu kes ini mungkin boleh selesai namun pasti akan menimbulkan persoalan kepada rakyat.

Adakah Polis DiRaja Malaysia akan menyiasat samada benar mangsa mengambil tindakan itu hanya kerana kes rokok seludup atau mangsa ada terlibat dengan kes lain umpamanya terbabit dengan pinjaman dari 'Along'?

Thursday, 27 October 2016

NOTA BALAS KEPADA PENERJUN JAMBATAN PULAU PINANG

Gempar dengan tragedi seorang individu yang menulis amanat serta kelesalannya sebelum bertindak "terjun" dari jambatan Pulau Pinang, hari ini gempar pula ada nota balasan untuk surat amanat tersebut.

Dalam nota balas itu, disertakan sekali sebatang rokok "putih" jenama John yang menyindir pelaku tersebut.

Nota tersebut tertulis "kami dah tolong hang viralkan hang punya artikel sampai dah bergegar satu Malaysia pasal isu hang,hang kena tolong kami pi jumpa Zaharin Md Yasin #salambaliktiang,hang tolong bagi dia jiwa kacau"

Tidak diketahui siapakah yang membuat nota balasan tersebut namun demikian jelas nota balasan itu berupa sindiran terhadap "cetek pemikiran" pelaku yang mohon netizen mem'viral'kan nota beliau yang mengaitkan kerajaan sebagai penyebab tindakan pelaku.

Turut terkait dalam nota itu ialah beberapa permintaan yang agak melucukan.

Monday, 24 October 2016

Wasatiyyah 2016 - Mendepani Cabaran Dan Fitnah Media Sosial

Berada di tangga ke 4 menurut kajian "We are social, September 2016"  rakyatMalaysia merupakan negara yang paling aktif menggunakan media sosial untuk samada menerima maklumat mahupun menyalurkan maklumat.l

1 - Korea Selatan 50.4 juta penduduk (82%)
2 - Taiwan 23.5 juta penduduk (72%)
3 - Singapura 5.65 juta penduduk (69%)
4 - Malaysia 30.5 juta penduduk (62%)

Kajian TNS Global pula menunjukkan sebanyak 66% pengguna internet Malaysia mengakses aplikasi internet media sosial setiap hari. Dari jumlah tersebut 20.1 juta pengguna internet atau 59% adalah mereka yang berada di bawah umur 30tahun.

Menyedari melayari internet tanpa penapisan sebarang berita yang tidak diketahui kebenaran isi kandungan adalah sangat berbahaya kepada pengguna yang masih belum mampu membezakan kebenaran dan penipuan, satu seminar Wasatiyyah Fiqh Tabayyun 2016 telah dianjurkan Jabatan Perdana Menteri bagi menerangkan garis panduan kepada Umat Islam untuk mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan dari terus dikongsikan pengguna internet dan media sosial.

Fenomena berkongsi berita yang tidak diketahui kesahihannya menjadi kegilaan pelayar media bagi menjadi antara yang pertama menyebarkan berita. Kegilaan ini adakala memakan diri apabila sesuatu yang menjadi viral sebenarnya merupakan berita yang tidak sah serta merosakkan kisah sebenar.

Berkongsi pandangan serta fikiran dalam Seminar Wasatiyyah ini adalah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia serta beberapa nama besar dalam pembangunan Wasatiyyah di Malaysia.

Pelbagai informasi dikongsikan oleh penceramah bersama peserta bagi mendepani cabaran media sosial dalam terus dipengaruhi unsur fitnah yang akan memporak porandakan Malaysia atas kesilapan rakyat dalam berkongsi maklumat tanpa sempadan.

Atas kesedaran ini MENJANA MALAYSIA menyertai satu Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertempat di Intekma Resort & Convention Centre di Shah Alam.

Sunday, 23 October 2016

SELEPAS BUTUHKAN NAJIB, WARGA EMAS GELAR PENYOKONG PM SEBAGAI ANJING

Seorang ketua cawangan Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini menggelar penyokong Presiden Umno sebagai anjing selepas beliau menaikmuat status Butuhkan Najib di garismasa facebooknya.

Zaharin Yasin atau dikenali sebagai Sang Kelembai menggelarkan penyokong setia Presiden Umno sebagai anjing kerana dipercayai Najib enggan tunduk kepada kehendaknya yang mahu khidmat JASA( Jabatan Hal Ehwal Khas) ditamatkan serta beberapa tuntutan lain yang telah beliau nyatakan dalam satu klip video.

Beginikah perangai seorang warga emas yang mendakwa telah bersama Umno selama 45 tahun selain mendapat latihan 'kombat,agen risikan serta lain lain'? Tidakkah tindakan beliau ini hanya mencemar imej Umno?

Lembaga Displin Umno sebagai satu entiti yang bertanggungjawap untuk mengawal kelakuan ahli Umno hanya memandang perkara ini?

KERIS 2314 TIDAK LAGI SOKONG PRESIDEN UMNO - ZAHARIN GILA 'DEDAK'

Entri terbaru dari aktivis facebook Umno Bandar Tun Razak sekali lagi memperlecehkan Presiden Umno dan mengaibkan KERIS 2314.

Entri tersebut jelas satu propaganda Zaharin bagi menunjukkan bahawa kononnya peserta alumni KERIS 2314 kinu tidak lagi menyokong Najib selaku Presiden Umno.

Dipercayai entri itu ada kaitan dengan klip video dari Jakarta yang dinaikmuat oleh Zaharin dan memaki Najib dengan perkataan "Kepala butoh kau Najib Razak bantu aku". Dalam klip tersebut jelas Zaharin sebut akan terus mem'balun' Najib dan beliau turut menggugut Najib agar memberhentikan khidmat JASA sebagai lidah kerajaan atau berhadapan dengan serangannya.

Mengapa Zaharin begitu lancang? Beberapa komen dalam laman facebook milik Ketua Cawangan Umno ini turut menyatakan Zaharin sebagai 'pemeras ugut' kepada Menteri dan pemimpin Umno selama ini. Benarkah Zaharin punyai karekter begitu hingga turut dikenali sebagai #salambaliktiang?

Benarkah dakwaan Zaharin terhadap peserta KERIS 2314?

Lembaga Displin Umno sudah boleh menimbangkan beberapa perkara berkaitan kebiadapan Zaharin Yasin terhadap parti serta Presiden Umno. Tuduhan beliau bukan sedikit tetapi sangat berbahaya kepada Umno. Malah Biro TataNegara turut difitnah Zaharin sebagai agensi yang menerapkan latihan memaki dan mencarut dalam modul latihan.

Pada penulis tindakan Zaharin ini jelas menampakkan beliau sedang dalam proses menjadi 'GILA' selagi tidak berjaya mengawal serta mengepalai media maya pro Umno yang mempertahankan Institusi Umno dari serangan pembangkang. Mungkin "DEDAK" yang beliau terima selama ini sudah kehabisan?

PESERTA KERIS 2314 PUJI ZAHARIN BUTUHKAN NAJIB

Penggiat facebook yang dikenali sebagai Zaharin Yasin dari Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini berbangga apabila satu klip video memaki Presiden Umno mendapat pujian dari peserta Alumni KERIS 2314 hari ini.

"Kepala butoh Najib Razak tolong aku,haaaa ni aku nak bagitau bila Najib Razak tolong aku?"

Beliau mengakui telah ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri mengenai perangai biadap itu namun terus mengengkari teguran Ahmad Zahid Hamidi.

Selaku peserta KERIS 2314, Zaharin perlu sedar bahawa beliau bukanlah nama besar yang boleh menjadi sandaran kepada BN selama ini, malah Parlimen Bandar Tun Razak sendiri di tawan oleh wakil PKR(ketika itu). Ini menunjukkan bahawa Zaharin tidak membawa apa impak kepada Umno dan BN bila PRU13 berlangsung.

Tidakkah klip video itu cukup untuk membuka mata Badan Displin Umno? Mengapa Zaharin begitu istimewa hingga tiada tindakan boleh dikenakan terhadap beliau? Benarkah dakwaan Zaharin yang KERIS 2314 memuji segala tingkah lakunya serta perbuatannya memaki Najib Razak? Malah dalam klip tersebut Zaharin turut menggugut Setiausaha Akhbar PM jika kehendaknya tidak dituruti.

Siapa Zaharin Yasin sebenarnya? Adakah beliau seorang pencatur politik yang ditakuti oleh Menteri serta pemimpin Umno? Tindakan memaki Najib pula direstui oleh KERIS 2314?

Saturday, 22 October 2016

RATU BADAK MASUK PKR KERANA DI TOLAK PARTI MAHATHIR?








RATU BADAK PILIH PKR KERANA MAHATHIR TIDAK BERI 'DEDAK' YANG CUKUP?

Seorang aktivis facebook dikenai sebagai Ratu Naga atau lebih lebih mesra di sebut sebagai Ratu Badak oleh 'haters' di facebook mengumumkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Dalam kariernya selaku 'facebooker' yang tidak mempunyai prinsip teguh menyokong parti walau mendakwa sebagai ahli Umno satu masa dahulu dan antara penyokong BN, beliau kini mengambil jalan untuk menongkah arus.

Bermula dengan ketaksubannya kepada Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), nada Ratu Naga mula ke arah menyerang Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isteri apabila Tun Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB serta isu dana RM2.6 billion. Ternyata tuduhan Mahathir itu merupakan satu tuduhan tanpa bukti malah Mahathir sendiri mengakui beliau hanya bersandarkan persoalan yang dibangkitkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal. Hingga kini mantan PM itu tidak mampu memberi apa apa bukti kukuh berkaitan tuduhan yang beliau lemparkan.


Kisah Ratu Naga yang kini beralih kepada kem pembangkang tidak mengejutkan langsung kerana beliau dikenali sebagai seorang yang tidak mempunyai prinsip. Menjadi sebagaian dari jentera menghimpun sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat, Ratu Naga dimalukan apabila seorang individu telah tampil mendakwa 'data base' individu yang menurunkan tandatangan telah dipalsukan. Individu tersebut tampil bersama seorang aktivis dan ahli seumur hidup PKR dikenali sebagai Che'gu Bard mendedahkan Ratu Naga telah berurusan dengannya bagi pembelian data base melibatkan jumlah yang dikehendaki dan dijanjikan dengan bayaran tertentu. Ternyata Ratu Naga terdesak dengan keperluan Mahathir untuk mengumpul sejuta tanda tangan bagi mendesak Yang DiPertuan Agong memecat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia bagaimanapun usaha Mahathir telah gagal dan di tolak oleh Yang DiPertuan Agong baru baru ini.


Ratu Naga yang berhadapan dengan dakwaan di Mahkamah semakin terdesak mencari peguam untuk mewakili beliau dalam perbicaraan dan dikatakan Lateefa Koya, orang kuat PKR bersetuju untuk mewakili Ratu Naga melawan kes di Mahkamah. Beliau juga dikaitkan dengan laporan polis berkakitan satu entri facebooknya cuba memalukan KDYM Sultan Pahang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. 

Semakin terhimpit dengan kes yang masih belum selesai, Ratu Naga dikatakan cuba meminta bantuan daripada Mahathir sebagai imbuhan membantu mengumpul tandatangan yang diperlukan Deklarasi Rakyat. Ada khabar menyatakan Ratu Naga cuba meminta hingga RM700,000.00 dari Mahathir sebagai upahnya membuat propaganda di media sosial bagi membantu gerakan Mahathir tetapi di tolak.

Benarkah dakwaan ini? Jika di lihat dari sudut promosi parti yang meletakkan Muhyiddin Yasin selaku Presiden, tidak kurang hebat kerja kerja Ratu Naga lakukan tetapi mengapa beliau tidak menyertai PPBM dan memilih PKR? Wujud persoalan prinsip perjuangan Ratu Naga apabila memilih PKR sebagai wadah baru dan tidak mengikut parti Mahathir. Adakah ada satu bentuk perjanjian Ratu Naga dengan PKR apabila Lateefa Koya berjanji mewakilinya di Mahkamah? Atau Mahathir sendiri tahu permainan licik Ratu Naga yang hanya mahu 'dedak' sebagai upah melakukan tugasan tertentu?

Benarkah perkhabaran Ratu Naga pernah mengambil wang dalam jumlah banyak daripada seorang pemimpin Umno untuk melakukan tugas tertentu bagi pemimpin tersebut namun tugasan tidak dilaksanakan? Beliau sering mengatakan orang lain makan 'dedak' rupanya beliau sendiri makan 'dedak'? Adakah ini sebabnya Ratu Naga tidak konsisten dengan apa yang beliau perjuangkan? Adakah ini mengapa beliau tidak menyertai PPBM dan memilih PKR? Sebab 'DEDAK'?


ZAHARIN KATA TIADA PIHAK BERANI BERTINDAK TERHADAP BELIAU?

Satu klip video 'kepala butoh kau najib razak' yang dinaikmuat oleh aktivis facebook, Zaharin Yasin telah mendapat reaksi buruk dari netizen maya. Menurut mereka Zaharin yang sering mendakwa mempunyai 45 ribu pengikut facebook tidak sepatutnya menaikmuat video tersebut yang turut menghamburkan amaran bahawa Barisan Nasional dan Umno akan kalah pada PRU14 jika masih menggunakan JASA( Jabatan Hal Ehwal Khas) bagi menerangkan isu isu semasa berkaitan kerajaan.
Video tersebut bagaimanapun telah dipadam dari entri facebook Zaharin namun tanpa beliau sedar video tersebut telah menjadi viral dalam laman media sosial. Dipercayai video tersebut di rakam di Jakarta, Zaharin secara langsung mencabar Umno supaya memecatnya.
Dalam satu 'printscreen' perbualan dengan Dato Seri Salleh Said Keruak dalam aplikasi whatsapp yang diviralkan dalam facebook dikatakan Zaharin akan diuruskan oleh PDRM sebaik kembali dari Jakarta namun demikian tidak dapat dipastikan kesahihan mesej tersebut.
Namun demikian Zaharin Yasin telah membidas perbualan whatsapp tersebut dengan menaikmuat satu status kepulangannya tanpa di apa apakan dan tidak di tahan oleh pihak berkuasa di KLIA.
Netizen yang marah dengan video Zaharin mula tertanya mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) terhadap kebiadapan Zaharin yang semakin melampau dalam media sosial. Benarkah SKMM tidak berani mengambil tindakan terhadap Zaharin Yasin? Adakah Zaharin berada di atas dari sebarang akta SKMM seperti disangkakan netizen?
Sebagai aktivis facebook, Zaharin perlu bertanggungjawab atas setiap status yang beliau naikmuat serta klip videonya yang jelas memaki hamun Perdana Menteri Malaysia.

BIRO TATANEGARA TERAP MODUL MAKI HAMUN -Zaharin Yasin

Selepas video memaki Perdana Menteri dengan ayat 'Kepala butoh kau Najib Razak', aktivis media sosial yang juga seorang ketua cawangan Umno Bahagian Bandar Tun Razak Zaharin Yasin hari ini mendakwa Biro Tata Negara menerapkan elemen maki hamun dalam kursus yang di selia BTN.

Mendakwa mendapat latihan pada akhir 80an dari BTN, Zaharin menegaskan sememangnya BTN mengajar untuk setiap pelatih BTN mencarut serta memaki hamun terhadap sesiapa sahaja jika merasakan perlu berbuat demikian. Dakwaan itu di buat Zaharin dalam entri laman facebook miliknya.

Zaharin mendakwa seorang pelatih yang bernama Othman Balak merupakan orang yang bertanggungjawap melatihnya memaki hamun siang dan malam sepanjang mengikuti kursus BTN Pelapis Umno sekitar lewat 80an.

Benarkah terdapat modul khas memaki hamun 'Apa utuh' seperti yang didakwa Zaharin? Biro Tata Negara di bawah kendalian Dato Ibrahim Saad perlu menjawap isu ini kerana dakwaan Zaharin sebenarnya serius dan berkait rapat dengan intergriti BTN sebagai agensi latihan bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada negara dan bukannya memaki hamun.

Benarkah dakwaan Zaharin itu? BTN pula mungkin terlepas pandang dan menganggap dakwaan ini enteng dan mengambil jalan mudah namun tuduhan Zaharin ini sebenarnya mencalar imej BTN tanpa disedari. Apa pandangan netizen jika dakwaan Zaharin ini di putarbelit oleh pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari kesalahan kerajaan?

Benarkah Othman Balak mengajar Zaharin Yasin modul memaki hamun? Sungguh mendukacitakan jika benar dakwaan Zaharin bahawa tenaga pengajar BTN sentiasa menerapkan maki hamun sebagai sebahagian latihan BTN. Apa pula penerimaan mereka yang pernah dan bakal diarahkan mengikuti kursus BTN?

Pengarah BTN perlu menyiasat perkara ini dan mengeluarkan kenyataan jika dakwaan Zaharin tidak benar.

Tuesday, 18 October 2016

DAP LATIH PELAJAR UNIVERSITI SEBAGAI 'PEKERJA POLITIK JALANAN'?- SIAPA BIAYA JIKA TERSINGKIR DARI PENGAJIAN?






ANIS SYAFIQAH WAJAR FAHAMI AKTA AUKU SEBELUM TERJUN POLITIK JALANAN,
TIADA SEBAB UNTUK TARIK SEMULA SURAT TUNJUK SEBAB


Surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya terhadap Anis Syafiqah tidak menyalahi peruntukan yang telah ditetapkan dalam mana mana seksyen Akta AUKU (Akta Kolej dan Universiti)  A1433  Penggantian Seksyen 15 yang menyebut.


  • 15 (2) (b) - menjadi ahli mana mana persatuan,pertubuhan ,badan atau kumpulan orang, yang bukannya satu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu, atau
  • 15 (2) (c) - terlibat dalam aktiviti politik dalam kampus
  • 15 (3) - seseorang pelajar Universiti dan mana mana persatuan, pertubuhan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap - (a) Mana mana persatuan, pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang undang, samada di dalam atau di luar Malaysia. (b) Mana mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu
Surat yang bertarikh 12 Oktober2016 yang ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Dato Dr Rohana Yusof mendakwa 'Anis telah merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti' ekoran penglibatannya dalam kempen Tangkap MO1 anjuran Democratic Action Party (DAP).

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh pihak Universiti mematuhi Akta AUKU seperti yang telah ditetapkan kepada semua pelajar Universiti di Malaysia dan bukan untuk mematikan demokrasi seperti di dakwa oleh DAP. Maka tidak wujud sebarang tekanan politik terhadap pihak Universiti Malaya dalam isu surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah.

Anis yang terpengaruh dengan kempen oleh DAP hanya berpandukan laporan yang dikeluarkan DoJ di mana penama bagi MO1 tidak dinyatakan oleh DoJ atau pihak lain. Persepsi yang cuba dibenamkan kepada pelajar adalah 'menelan segala pandangan' dari pihak luar sekaligus meletakkan satu takrifan pihak berkuasa Malaysia tidak mampu untuk melakukan sebarang siasatan. Mengapa ini yang sering DAP tanamkan kepada pelajar Universiti? Anakamuda merupakan generasi yang paling mudah terpengaruh lantaran dunia maya di hujung jari yang menjadi 'trend' terkini untuk mengetahui sebarang berita dari seluruh dunia walau kesahihan tidak di ketahui.

Tindakan Sekolah Demokrasi (DAP) menggesa supaya pihak Universiti menarik balik surat tunjuk sebab kepada Anis sebenarnya membongkar kelemahan pemahaman Akta AUKU di Sekolah Demokrasi (DAP). Mereka terlalu ingin memberi kebebasan kepada pelajar yang sepatunya menumpukan pengajian sebelum terjun ke bidang politik jalanan. Adakah DAP memang mahu mewujudkan satu gerombolan pelajar yang boleh dikerahkan turun ke jalanraya setiap kali tidak berpuashati dengan kerajaan sedangkan dalam waktu sama mereka 'kononnya' menjunjung sistem Demokrasi Berpelembagaan? 


Pelbagai kempen jalanan telah dianjurkan bersama oleh DAP bersama NGO yang bertopeng di mana akhirnya pelajar akan menerima akibat dari penglibatan mereka. Kemana arah pelajar ini jika didapati bersalah dan menerima hukuman? Adakah DAP akan menjamin masa depan mereka serta menanggung pengajian pelajar terbabit atau lebih hebat lagi pelajar dijadikan 'Pekerja Politik' untuk DAP?