Friday 1 April 2016

GST Dinaikkan 4% - DAP Sarawak Cuba Mem'bodoh'kan Rakyat Sarawak



Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) yang akan diadakan setelah Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) menetapkan tarikh sebaik pembubaran Dewan Undangan Sarawak pada 11 April 2016. 

Persediaan parti politik yang bakal bertanding dalam PRN tersebut kini berkira kira mengenai pembahagian kerusi serta isu yang mampu memberikan kemenangan kepada parti. Tidak kurang kriteria calon juga memainkan peranan penting bagi semua parti yang bertanding.

Democratic Action Party(DAP) yang bersungguh untuk merampas Sarawak daripada Barisan Nasional (BN) telah memulakan kempen dengan menabur fitnah serta dakyah bagi mempengaruhi rakyat Sarawak. Klip video pendek yang dihasilkan DAP untuk memburukkan Barisan Nasional Sarawak telah mula berlegar didalam media sosial. Dalam klip berdurasi hampir 4 minit itu lirik memburukkan BN berulang ulang dan ada lirik mengenai GST yang dipaparkan.

Secara sengaja DAP memainkan isu GST bagi mem'bodoh'kan rakyat Sarawak dan pada 31Mac 2016, Pengerusi DAP Sarawak Chiong Cheing Jen mula melemparkan fitnah mengenai kadar GST. Beliau mendakwa kadar GST akan dinaikkan 10% dari kadar sekarang 6%. Dakwaan beliau itu dibuat dalam temubual beliau bersama portal rasmi DAP, Roketkini.com.

Beliau cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa pendapatan negara hanya bergantung kepada hasil petroleum dan penurunan harga minyak mentah dunia akan mempengaruhi kadar GST Malaysia.

http://www.roketkini.com/2016/03/31/kadar-gst-bakal-naik/

Beliau membuat perbandingan harga minyak mentah dunia pada April tahun lepas yang dianggarkan USD100 setong semasa GST diperkenalkan dengan harga sekarang pada kadar USD40 setong. Anggaran mudah yang dilakukan Chiong untuk mengelirukan rakyat Sarawak kerana beliau beranggapan rakyat Sarawak tidak mengambil tahu perkara tersebut dan kadar GST yang dikenakan kerajaan.

Menggunakan alasan kononnya kadar GST akan dinaikkan sebagai alasan DAP untuk menentang BN Sarawak, Chiong sebenarnya hanya mahu memfitnah kerajaan. Pada pembentangan Belanjawan 2016 September tahun lepas, Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak tidak menyatakan sebarang kenaikan kadar GST. Ini adalah kerana kadar 6% yang digunapakai sekarang memadai untuk membantu merangsang ekonomi Malaysia.

DAP yang ketandusan isu untuk menawan Sarawak berhadapan dengan kemelut perebutan pembahagian kerusi. Parti Amanah Negara(PAN) yang menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam PRN kali ini sudah tentu mahu kerusi selamat bagi mereka letakkan calon. Manakala Parti Keadilan Rakyat(PKR) juga mahukan pembahagian samarata kerusi antara Pakatan Harapan bagi mengimbangi kuasa DAP yang mahu menjadi parti dominan di Sarawak.

Kehadiran PAS yang mungkin akan bertanding pula dilihat DAP tidak lebih dari 'pengacau' dan mereka mengarahkan PAN agar bertanding di mana sahaja PAS bertanding. Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, kehadiran PAS dan PAN tidak disenangi DAP Sarawak yang enggan berkongsi kuasa memerintah jika memenangi PRN tersebut.

Adakah pembangkang di Sarawak akan mencapai kata putus jika mahu terus bernaung di bawah Pakatan Harapan?

Kerjasama antara pembangkang di Sarawak boleh diibaratkan 'retak menanti belah' apabila gabungan mereka hanya fokus untuk memenangkan calon masing masing berbanding BN yang komited memenangkan semua calon mereka.

Jika isu perebutan kerusi pun tidak mampu diselesaikan DAP Sarawak, bagaimana mereka yakin mampu memerintah Sarawak dengan baik?

Chiong perlu bertegas tidak memberi ruang kepada PAN untuk bertapak di Sarawak kerana mereka bakal memecah undi DAP, manakala PKR perlu diberikan kerusi panas yang tidak pernah DAP Sarawak menangi bagi menjamin kedudukan DAP sebagai parti dominan di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment