Thursday 14 April 2016

Skandal MEGA DAP, PKR - Gobind Tidak Berani Desak SPRM Siasat?







Sesuatu yang janggal apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo mengkritik serta mendakwa kerajaan Pusat melakukan penyelewengan dan hanya mengagihkan projek kepada kroni yang tertentu. Beliau perlu melihat kelemahan parti DAP dan PKR dalam mentadbir Selangor dan Pulau Pinang dahulu sebelum menuding jari kepada kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang di bawah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri sendiri telah banyak membazirkan wang rakyat untuk projek yang tidak mendatangkan faedah. Pembaziran wang rakyat oleh Guan Eng selama hampir 9 tahun sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional terlalu banyak.

Malah kontroversi pengambilan secara tanah rakyat secara tidak adil turut mewarnai era DAP memerintah P.Pinang.  Azmin Ali pula melakukan perkara di luar pemikiran dalam membelanjakan wang rakyat di Selangor namun kepimpinan tertinggi parti tidak pula menegur perbuatan mereka.

Kontroversi kedua dua parti didedahkan oleh bekas ahli mereka sendiri dengan pelbagai dakwaan yang mengejutkan rakyat. DAP sendiri terpalit dengan dakwaan rasuah menerusi projek yang dijalankan Guan Eng di P.Pinang, manakala PKR menerima tamparan hebat apabila aktivis SAMM mendedahkan pelbagai pembaziran wang rakyat oleh Azmin Ali.

Antara dakwaan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali yang hingga kini masih tidak dijawap pimpinan DAP

  • DAP ditawarkan dana PRU13 sebanyak USD300juta (RM1.2billion) oleh pihak Israel
  • Razali mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP menerima latihan daripada pakar risikan Israel dan beliau merupakan salah seorang yang terlibat
  • Razali turut mendakwa Guan Eng pernah ke Singapura dan bertemu wakil dari Israel  untuk urusan pembinaan sebuah pengkalan tentera Israel di Port Dickson jika DAP berjaya menawan Putrajaya pada Pru13

Apa yang didedahkan Razali sebenarnya merupakan sebahagian rancangan DAP dalam usaha mereka menjahanamkan umat Islam dan Melayu di Malaysia. Sehingga kini DAP masih tidak menjawap dakwaan tersebut dan tidak menafikan pendedahan Razali.


Kisah Pulau Pinang yang ditadbir DAP tidak kurang menarik untuk diselidiki. Isu pengambilan tanah rakyat oleh DAP serta pembaziran yang dilakukan sangat menarik perhatian netizen. Projek mengecat laluan basikal berharga RM30 juta sangat meragukan rakyat mengenai syarikat yang memenangi tender tersebut. Kualiti cat yang rendah serta laluan tidak munasabah menimbulkan keraguan rakyat adakah projek berkenaan bernilai jutaan ringgit.

Siapa pemilik syarikat yang mendapat tender tersebutdan apakah kaitannya dengan DAP P.Pinang hingga kerajaan DAP boleh membenarkan laluan basikal di cat dengan bahan yang tidak berkualiti. Jika diteliti dengan betul, belum sampai setahun cat telah mula tanggal dan ini akan pasti membebankan jika projek berkenaan di tender semula. Bayangkan kos laluan basikal bernilai RM30juta dengan kos mengecat keseluruhan stadium Kelantan oleh Dato Vida yang hanya memerlukan RM100 ribu sahaja. Malah kualiti cat stadium Kelantan jauh lebih baik dari laluan basikal di P.Pinang.

Terowong dasar laut P.Pinang juga menimbulkan polemik dalam politik DAP apabila sebanyak RM305 juta wang rakyat dibazirkan semata-mata untuk kertas kerja projek berkenaan. Kos keseluruhan projek terowong dasar laut itu mencecah RM6.3 billion dan bermula pada 2016 hanyalah satu projek yang tidak mendatangkan faedah jangka panjang kepada rakyat. Kerosakan ekosistem laut serta muka bumi pasti akan berlaku apabila alam semulajadi diusik tangan rakus demi keuntungan kantung DAP.

Skandal penjualan tanah di Taman Manggis membongkar sifat sebenar DAP yang rakus membolot harta rakyat bagi kepentingan parti. Lim Guan Eng menampakkan belang parti sosialis sekular yang selama ini bertopengkan perjuangan untuk rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat penyelewengan dan kaitan antara Ketua Menteri P.Pinang dengan pemilik KLIDC dan rakan niaganya. Berapa nilai sebenar kerugian yang ditanggung kerajaan negeri berikutan urusniaga antara kerajaan dengan KLIDC? Bukankah itu semua melibatkan wang rakyat serta kepentingan mereka?

Skandal Mega DAP sebenarnya cuba dialihkan pemipin mereka bagi membersihkan imehj Guan Eng sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak berlangsung. Pelbagai taktik meraih simpati rakyat akan dilakukan DAP demi menjayakan usaha mereka menawan hati rakyat. Taktik ini mungkin sebahagian dari yang di ajar pihak Israel mengenai cara meyakinkan rakyat mengenai kebaikan DAP seperti dakwaan Razali.

Manakala di Selangor keadaan tidak banyak berbeza buat PKR Selangor yang turut membazirkan wang rakyat demi kepentingan politik parti tersebut. Azmin yang membisu bila di soal mengenai individu yang di dakwa sebagai penderma untuk projek Gerbang Selangor menimbulkan keraguan pada rakyat adakah benar wujud individu tersebut. Malah Adun Taman Medan, Haniza Talha turut melindungi identiti 'penderma' yang membiayai kos Gerbang Selangor yang bernilai RM9.8juta. Bagaimana kerajaan Selangor begitu yakin penderma akan membayar semula keseluruhan kos Gerbang Selangor jika identiti penderma tidak didedahkan? Wang rakyat bukan untuk dibazirkan namun Azmin tetap berdegil dengan projek 'sewel'nya.

Apabila aktivis SAMM, Chegu Bard mendedahkan mengenai pembaziran wang rakyat sebanyak RM34.2 juta yang dilakukan Azmin dalam projek kubah masjid Selangor tiada siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan dakwaan Bard mengenai skandal balak Selangor yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Gobind Deo tidak memandang semua perkara yang melibatkan partinya kerana tidak mahu menjejaskan perancangan DAP yang mahu menguasai Selangor setelah menjatuhkan PKR dalam Pru14 dengan bantuan Parti Amanah Negara (PAN). Sikap 'double standard' Gobind sebenarnya menunjukkan kelemahan DAP dalam menangani pembaziran wang rakyat yang dilakukan sewenangnya oleh pembangkang.

Gobind sepatutnya mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat semua salah laku yang dilakukan DAP dan PKR untuk membuktikan pembangkang bersih dari skandal salah guna wang rakyat. Gobind juga wajar menjemput SPRM menyiasat semua dakwaan yang telah dilemparkan terhadap DAP dan PKR oleh bekas ahli parti itu.

Beranikah Gobind Deo melakukannya untuk membuktikan beliau memperjuangkan rakyat serta menjanjikan ketelusan kepada rakyat?

SPRM tidak perlu berat sebelah dalam menyiasat perkara membabitkan pembangkang sebagaimana mereka menyiasat perkara berkaitan kerajaan dan penjawat awam yang lain.

Gelagat SPRM yang kelihatan agak 'berat sebelah' menimbulkan pertanyaan dikalangan rakyat mengenai status intergriti pasukan terbabit. Benarkah dakwaan wujud 'memorandum persefahaman' SPRM dengan pembangkang?

DAP tidak pernah telus dengan rakyat dan mereka hanya mahu menguasai hasil Malaysia demi kepentingan ideologi mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sosialis sekular sepenuhnya jika diberikan mandat untuk memerintah di peringkat pusat.


No comments:

Post a Comment