Thursday, 7 April 2016

Skandal RM9.8j 'Gerbang Selangor' - Rafizi Kenal 'Penderma'? Azmin Gagal Namakan Pembiaya Projek...Siapa Sebenarnya Menipu?



Azmin Ali telah menegaskan tidak akan mendedahkan identiti 'penderma' yang membiayai projek 'Gerbang Selangor' bernilai RM9.8 juta walau telah di desak berkali kali. Adun Taman Medan, Haniza Talha turut enggan mendedahkan identiti walau rakyat mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbuat demikian. 

Aktivis PKR Chegu Bard yang mendedahkan apa yang beliau dakwa sebagai penyelewengan yang dilakukan Azmin membabitkan wang rakyat pula semakin dilihat sebagai 'penipu' apabila tiada tindakan tegas di ambil ke atas Azmin. Pimpinan PKR sendiri tidak mengambil langkah serius menjelaskan mengenai pembongkaran skandal yang didedahkan beliau. 

Langkah PKR yang berdiam diri hanya menampakkan Bard mempunyai kepentingan peribadi dalam parti apabila terus menyerang Naib Presiden PKR itu. Tiada ulasan daripada pimpinan tertinggi PKR semakin jelas tidak memihak kepada Bard walau beliau mengemukakan bukti mengenai pembaziran wang rakyat yang telah dilakukan Menteri Besar Selangor terutama wang rakyat yang dilaburkan dalam projek Gerbang Selangor.

Namun demikian, Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa mengenali individu yang menjadi pembiaya kos baik pulih Gerbang yang memisahkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Rafizi yang enggan di rakam perbualannya menyatakan beliau tidak faham mengapa Azmin tidak berani mendedahkan identiti penderma tersebut sedangkan kerajaan Selangor membuat keputusan membayar kontraktor yang mendapat tender berkenaan menggunakan wang rakyat sebelum mendapat kembali 'derma' yang dijanjikan.

Syarikat yang memenangi tender projek Gerbang Selangor juga menimbulkan tandatanya kepada netizen Selangor mengapa hanya Azmin dan seorang Exco dari PAS yang meluluskan pemberian tender kepada syarikat terbabit dan bukannya melalui tender terbuka dan telus. Adakah Azmin ada menerima 'sumbangan' bagi kelulusan tender 'Gerbang Selangor'?

Rafizi yang tidak berani mengulas mengenai skandal yang dibangkitkan Bard pula seolah bersetuju dengan pembaziran wang rakyat Selangor yang telah dilakukan PKR Selangor sepanjang memerintah. Mengapa Rafizi agak berat sebelah apabila membabitkan PKR? Wan Azizah yang juga Presiden PKR tidak memberi ulasan mengenai perkara yang dilakukan Azmin berkaitan wang rakyat dalam projek 'Gerbang Selangor' tetapi beliau hanya menyerang Umno berkaitan isu 1MDB. Malah Azizah juga tidak berani mempersoalkan tindakan Democratic Action Party (DAP) yang didakwa menerima dana daripada Israel sebanyak RM1.2 billion.

Adakah Azizah bersetuju dengan tindakan DAP yang dikatakan akan memberi sebidang tanah di Port Dickson sebagai hadiah kepada pihak Israel sekiranya berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional? Dakwaan mengenai DAP telah dilakukan bekas ahli DAP sendiri, Mohammad Razali dan hingga kini DAP tidak berani menagmbil langkah menyaman beliau bagi membuktikan dakwaan Razali hanya fitnah.

Ahli Parlimen Pandan yang kini ditahan reman pihak berkuasa berkaitan kesalahan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) sudah boleh mula memikirkan cara untuk menjatuhkan Azmin sebagai MB Selangor. Rahsia Azmin berkaitan Gerbang Selangor menjadi 'peluru; baginya mendedahkan kepincangan Azmin dalam mentadbir Selangor dan penyelewengan yang dilakaukan sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Rakyat Selangor yang mahu mengetahui identiti 'penderma' yang dimaksudkan Azmin pastinya akan mendesak MB tersebut menjelaskan mengapa kerajaan Selangor mendahulukan pembayaran kos Gerbang kepada kontraktor jika penderma telah berjanji akan membiayai sepenuhnya.

Adakah Azmin akan tunduk dengan desakan rakyat Selangor? Atau Azmin akan akur dengan kehendak Rafizi yang mendakwa mengenali identiti 'penderma' terbabit?

Mengapa Azmin begitu merahsiakan identiti sebenar penderma 'Gerbang Selangor'?


Benarkah Azmin menerima 'habuan' bagi kelulusan tender berkenaan? Jika benar, PKR perlu memecat Azmin kerana menyalahguna kuasa beliau sebagai MB Selangor untuk mengaut keuntungan bagi poket sendiri.