Friday, 29 April 2016

Pemimpin Dalam Umno Batu Kawan Terbabit Gerakan 'Team B' Mahathir Untuk Jatuhkan Najib?





Gerakan Mahathir berkempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin rancak dengan pelancaran satu lagi jenama yang menggunakan nama Umno. 'Team B' yang diwujudkan oleh individu yang menyokong kuat gerakan Mahathir bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disertai Shapie Apdal serta Mukhriz Mahathir. Siri jelajah gerakan Mahathir ini semakin jelas menunjukkan kebobrokan beberapa bekas pemimpin Umno yang dikatakan telah dijanjikan kedudukan oleh bekas PM ke-4.




Gerakan ini juga sedang menghasut Ketua Ketua Umno Cawangan untuk meluluskan usul meminta Najib meletakkan jawatan di dalam mesyuarat cawangan. Ketua Umno Cawangan Kuala Juru dikatakan telah meluluskan usul tersebut semasa bersidang dan perkara ini dinafikan Ketua Bahagian Batu Kawan Pulau Pinang. 




Namun demikian terdapat dakwaan perkara ini sememangnya di rancang dengan teliti untuk mengelakkan kecaman terhadap Ketua Umno Kuala Juru. Paling mengejutkan terdapat dakwaan mengaitkan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan sendiri yang meminta Kuala Juru melakukan usul mendesak Najib meletakkan jawatan dan Bahagian Batu Kawan akan melindungi Kuala Juru demi perjuangan Mahathir dan 'Team B' Umno.

Dikatakan terdapat individu di dalam Umno Batu Kawan yang terhutang budi dengan bekas Menteri Besar yang melepaskan jawatannya baru baru ini. Individu terbabit dikatakan telah menerima kontrak pembersihan sampah bernilai RM 30 juta di daerah Kulim dari bekas MB tersebut dan untuk mem'balas budi' usul mendesak Najib turun akan dilakukan melalui mesyuarat agung cawangan.

Benarkah dakwaan itu? Umno Bahagian Batu Kawan perlu tampil untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap kepimpinan Presiden Umno.

Benarkah dakwaan ini? Adakah Umno Batu Kawan hanya melaksanakan 'skrip' yang disediakan oleh pihak tertentu? Dikatakan juga beberapa orang dalam Umno Batu Kawan sebahagian besarnya adalah penyokong kuat Mahathir dan ini merupakan punca mereka membuat rancangan secara sulit menggunakan Umno Kuala Juru bagi melaksanakan 'tugas khas' ini.




Berdasarkan beberapa status di Facebook, kredibiliti Ketua Umno Bahagian Batu Kawan serta Ketua Umno cawangan Kuala Juru dipertikaikan oleh penaikmuat status dan ini menimbulkan persoalan kepada pelayar media sosial berkenaan intergriti Bahagian Umno dan Cawangan yang terbabit.

Jika benar mereka terbabit dalam perancangan 'sulit' itu maka tindakan tatatertib parti perlu dikenakan terhadap yang terlibat dalam usaha menjatuhkan Presiden Umno sendiri. 'Duri dalam daging' perlu dicabut sebelum merosakkan daging yang masih elok.