Wednesday, 1 June 2016

PRK Kuala Kangsar - PAS Hanya Mahu Cabar PAN, Tidak Mahu Membela Rakyat


PAS TIADA HALA TUJU BAGI MEMBELA RAKYAT KUALA KANGSAR.





Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang pernah menerajui Perak selepas PRU12 tidak pernah membela nasib rakyat Perak walau Menteri Besar dilantik dari parti PAS kerana ketika itu mereka masih 'berpelukan' dengan DAP dan hanya menjadi 'khadam' kepada Pakatan Rakyat mengaburi mata pengundi.

Krisis kepimpinan yang pernah melanda PAS Perak ini merupakan satu pengajaran kepada pengundi Kuala Kangsar dalam menentukan pilihan mereka pada 16 Jun 2016. Seperti apa yang pernah menggemparkan negara, wakil PAS ketika itu diberikan jawatan selaku Menteri Besar namun kedudukan Exco Kanan dalam pentadbiran Perak telah di bolot oleh DAP selaku 'Taiko Besar'dan PAS akur mengenai perkara tersebut.

Walau pada dasar PAS menguasai kerusi nombor 1 Perak, mereka hanyalah 'patung mainan' yang telah di kawal segalanya melalui telunjuk DAP. Kedudukan PAS yang di lihat tidak lebih dari taraf 'khadam' menjadi sebahagian dari perancangan DAP mengaut keuntungan hasil negeri Perak. 


Kini PAS bersendirian tanpa gabungan DAP dan PKR bagi menentang calon BN dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar menentang Barisan Nasional. Dari sudut intergriti PAS telah kalah kepada Datin Mastura apabila mereka berdepan dengan calon yang mematuhi Syariah Islam apabila bertegas tidak akan turun berkempen berikutan tempoh berkabung yang ditetapkan dalam Islam. Mastura yang telah mendapatkan pandangan Mufti Besar Perak sebelum dinamakan sebagai pengganti Dato Khair-ril yang terkorban dalam nahaas helikopter di Sebuyau Sarawak.

Berbeza dengan calon yang ditampilkan BN, Mastura di kenali pengundi Kuala Kangsar apabila sering melibatkan diri dengan masyarakat dalam setiap program yang diadakan semasa Allahyarham Dato Khair-ril menduduki kerusi tersebut. Kemesraan calon BN tidak mampu dinafikan rakyat apabila beliau lebih selesa di sapa dengan panggilan 'Kak Mas' dan bukan sebagai Datin Mastura. 

Walau PAS meletakkan calon wanita, mereka seolah tahu akan kalah dalam pertembungan ini kerana calon yang dinamakan tidak menepati kriteria yang diperlukan pengundi Kuala Kangsar. Dengan bermodalkan sebuah klinik di Bota Kanan, calon PAS sebenarnya tidak menunjukkan ciri ciri seorang bakal pemimpin yang baik untuk rakyat. Beliau yang tidak begitu mesra dan tidak dikenali pengundi Kuala Kangsar hanya menjadi 'korban' PAS yang masih mahu menunjukkan EGO terhadap Parti Amanah Negara (PAN) yang turut dijangka akan bertanding.

PAS yang pernah memegang tampuk kepimpinan Perak satu ketika tidak pernah membela nasib rakyat Perak walau ketika itu berkuasa kerana tunduk kepada telunjuk DAP. Selama menerajui kerusi nombor 1 Perak, PAS hanyalah sekadar 'tukang angguk' bagi setiap keputusan yang ditetapkan dalam negeri Perak dan perkara ini berlarutan hingga mereka di halau dari Pakatan Rakyat berikutan kehadiran PAN telah berjaya menggantikan kedudukan mereka.

Di mana PAS ketika pengundi Kuala Kangsar memerlukan mereka sebelum ini? Hampir boleh dikatakan sebelum ini PAS tidak pernah memberi khidmat kepada pengundi Kuala Kangsar dan kini mereka cuba menjadi 'jaguh' kerana mahu merampas kerusi Kuala Kangsar daripada BN. Penduduk dalam Parlimen Kuala Kangsar yang selama ini dibantu oleh BN sudah tentu boleh menilai pihak mana yang telah membela nasib mereka selama ini berbanding dengan PAS yang secara tiba tiba mahu rakyat Kuala Kangsar memberi mandat kepada mereka sedangkan ketika PAS berkuasa nasib rakyat tidak diperdulikan langsung.

Matlamat sebenar PAS bertanding masih lagi kabur dan mereka sendiri tidak tahu hala tuju bagi membela nasib pengundi selain daripada menyalahkan kerajaan. Propaganda PAS yang selalu meletakkan kekurangan dan kelemahan mereka di bahu kerajaan Pusat sering di'lagu'kan dalam kempen mereka dan ini sebenarnya telah di jangka. PAS tidak berani mengakui kesalahan mereka yang mengabaikan nasib rakyat dan hanya akan menampilkan diri ketika mahukan simpati pengundi bagi memastikan kedudukan mereka terjamin. Selepas mendapat apa yang di kehendaki maka rakyat akan dipinggirkan hinggalah PRU menjelang.

Hampir tiada isu yang mampu dibangkitkan PAS dalam kempen kali ini dan mereka hanya bergantung kepada simpati semata mata bagi meraih sokongan. Menurut sumber bilik gerakan pembangkang, PAS bertanding untuk mencabar PAN bagi membuktikan 'kejantanan ayam sabung' DAP itu dan bukannya untuk membela nasib Kuala Kangsar. Malah pencalonan Dr Najihah sendiri disindir bekas  ahli PAS serta memperlekehkan kemampuan PAS menandingi BN yang sentiasa bekerja keras membela nasib rakyat Kuala Kangsar.

Jadi dimanakah intergriti PAS selaku pencabar BN? Mereka sering melaungkan bahawa PAS akan memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi mereka juga mengkhianati slogan itu ketika menjadi sebahagian dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu. Sikap bermuka muka PAS ini sebenarnya tidak boleh di percayai kerana mereka mampu berubah demi kepentingan politik dan bukannya kepentingan rakyat.

Telah terbukti Barisan Nasional merupakan yang terbaik bagi rakyat dan tradisi membela rakyat diutamakan dalam hala tuju BN.